WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers

99 HTN Fever!!

Monday, July 27, 2009

Azam Baru & Harry Potter 6 Review

(AMARAN: Bagi yang belum tgk dan berhajat nak tgk..sila jgn baca..nnt tak syok bila tgk movie..tak surprise)


Haha..tgh2 tahun baru terhegeh2 nak buat azam baru..azam awal tahun pun lom tercapai 10%. Nak kurus pun lagik gemuk adalah...tapi azam nak kurus mesti diteruskan...tensen beb tgk baju2 kat shopping complex...yang cantik2 (murah lak tu)...tapi sayang tak leh masyukkk. Azam baru yang mahu ditambah ialah ..jeng..jeng..mahu mengurangkan masa berinternet...1 jam je sehari including edit the blog and FB..and also visit my frens blog....kadang saya leka dr petang smpi ke mlm..sblm kena sound dari memana pihak (esp. my big boss kat rumah) better sy menyesal dulu...bak kata org tua2...lagipun byk kerja boleh dibuat..nak jadik mak yang lebih baik...itu azam saya!

So i'm gonna make a quick entry 'bout my most fav movie series~Harry Potter and The Half Blood Prince. Sesambil tu leh menikmati gambar I kat bwh ni..sekali sekala mau jugak interfrem kat sini..sorry for the pic. quality...just guna compact camera w/out flash sbb bat mase tu nak habih. I'm very happy in that morning coz kami dah beli awal tiket(malah b4 first day release lagi! :D) ..tak perlu beratur then dpt seat yang palg syok sekali..row belakang + tengah =heaven!



Apa yang berbeza dari buku? Meh saya senaraikan skit....sebenarnya byk sesgt but i want to stick to my new "azam"kan...so i just put little ..lagi pun makin disenarai..makin i frustla...huhu..

Saya mmg tak sabar nak tgk HP6 movie sbb dah khatam byk kali buku, dah review byk kali kat Youtube then frust sgt masa thn lepas depa postpone citer ni..lama tunggu from Nov 08 to Julai 09!! So mmg dah hafal dah buku cerita tu....dah mmg harap sgt the movie will be gonna be same as the book..of course ada yng depa cut utk jadikkan 2jam setengah.


Malangnya..hampir 50% depa ubah..jalan cerita masih sama, perjalanan si Harry kembali ke masa silam Voldemort dgn bantuan Prof. Dumbledore tapi setiap scene byk yg diubah. As a HP fan, I'm quite dissapointed. I dun mind if they do want to cut a few not important scene but to change the plot? I don't think so...

  1. First saja sudah lain..actually Prof. Dumbledore (i refer him as PD) bukan jemput HP di restoran stesen keretapi tapi di rumah Pakcik Vernon HP. Saya excited sgt nak tunggu scene ni sbb this is first time PD jumpa HP's family. Masa ni juga ada benda penting berlaku di mana rupanya makcik Petunia pernah menerima surat dari PD dan pernah mengutus surat merayu utk masuk ke Hogwarts dan telah ditolak. So that's why she hate HP's mom, Lily.
  2. Mase scene HP ke pekan Diagon Alley pula utk membeli keperluan sekolah, dia terserempak dgn Malfoy dan mak dia di sebuah kedai menjahit pakaian sekolah Hogwarts, mase tu HP bergaduh dgn Malfoy dan cuba ditenangkan oleh tailor tersebut then Malfoy memarahi tailor itu kerana tailor itu tersentuh bhgn lengan Malfoy. Ini menyebabkan HP mengesyaki ada tanda kuasa jahat di lengan Malfoy. Malah HP, Hermoine and Ron mengintip Malfoy yang keseorangan ke kedai Burgin and Burke..bukan ditemani oleh maknya dan all the Death Eaters!
  3. Sebenarnya ada byk lagi memori yang berkaitan dgn Voldemort yang telah dikumpulkan oleh PD..antaranya memori seorang pekerja k'jaan yang telah ditugaskan utk menangkap pakcik Voldermort. Bagi saya ini tersangatlah penting kerana ini membawa kepada bagaimana PD mendapatkan cincin kepunyaan keluarga Voldermort yang kemudiannya dijadikkan Horcrux. Lagi satu memori penting ialah bagaimana Voldermort mendapatkan lain2 brg berharga Revenclaw dari seorg perempuan yang gila mengumpul brg berharga.

  4. Satu lagi yang saya rase penting ialah scene yang patut ada ialah bila HP tahu yang sebenarnya yang membuat ramalan ialah Profesor Trelawny dan telah didengari oleh Snape yg kemudiannya mendedahkan kepada Voldermort(penyebab utama Voldermort membunuh parents HP) dan disebabkan itu, HP sgt benci kepada Snape!
  5. Sebenarnya Harry terjumpa The Room of Requirement bila dia nak sorokkan buku Posyen lama dari Snape setelah menyumpah "sectumsempera" kepada Malfoy, dan dia sorokkan secara berseorangan tanpa ada scene kissing2 dgn Ginny. Scene tu patut ada sbb nnt ada kesinambungan dlm HP7!! Dia sorokkan dlm sebuah almari dan diletakkan dgn sebuah patung yang memakai tiara (that tiara yang plg important in the next episode!!!) Yayadaiiii...why la depa tak buh scene nih!!
  6. Opsss..dah almost one hour...last2..actually HP dikakukan (stupefy) oleh PD semasa HP balik dari mengambil Horcrux tu. HP terjelapuk di satu bhgn dan badannya ditutupi dgn kain Halimunan. Tujuan? PD mahu HP tak dilihat oleh Death Eater yang dtg bersama Malfoy utk membunuh PD.

Fuhhh...sekian saja laporan ke'frust'san saya terhadap HP6..but still i'm gonna to collect the DVD soon....hehe..frust2 sayang gitu...oklah...hilang tensi dgn kerja sekolah yang tak berkesudahan. This is one of the way i want to release my tensi2...see u babai!

P/S: Sorry for the spelling..nak cepat!


Sunday, July 26, 2009

Rancangan Tergendala

Hujung minggu ini rancangnya Sabtu mahu membeli keperluan Hari Raya(laa...posa belum lagi sudah mau pi beli..!). Bukan apa, saya tak suka bersesak2 bila membeli time dekat nak raya. Tak larat nak berhimpit2, carik parking, dgn posanya lagi....selalunya kami beli awal2. Then adalah sekali dua kami turun juga shopping mana yang tak ada lagi tu. So tak de la pressure sgt nnt..leh shopping rileks2. Kemudian Ahad pula i planned for sofa hunting! Tapi semuanya tak jadi....

Pagi Sabtu my hubby nak pergi service kereta..then lepas service gi beli barang Raya tu.. tetiba Hani mengadu sakit tekak. Bila sy tengok, mmg merah je anak tekaknya. Dia makan sikit je sarapan pagi tu. Kemudian bagitau saya dia nak tidur. Sblm mr.hubby keluar service keta sy srh gi beli ubat demam + sakit tekak dulu. W/pun masa tu dia tak demam, suhu badan normal tapi selalunya kalau tekak perit, sakit....mmg akan jadik demam. Tepat jangkaan saya...tghari tu dia demam....terus kansel program. Panas betul suhu badan dia. Makan pun tak lalu..kesian anak umi. Tidur je. Malam tadi siap meracau2 lagi. Saya pun tak tidur sgt...takut demam dia makin kuat. Saya lapkan bdn dgn tuala lembap, kasi minum air banyak. Adalah dia muntah dua kali. Pening katanya.


Hari ni demam masih belum kebah...kami bawa ke klinik. Doktor kata jangkitan virus dan dibekalkan dgn antibiotik. Hani berjangkit dari sepupunya, Misha yang baru baik demam. Skang ni ok skit suhu badan dia. Masih panas tapi tidak seperti semalam. Badannya sudah mengeluarkan peluh..bagus..nnt cepat skit keluar panas dalam tu. Petang tadi ada juga mood dia nak tgk tv...then lepas mkn ubat pastu tertidur. Cepat sembuh sayang.


Tadi dia kata dekat saya.."Umi tak sempat..nak beli baju rayala. Sorry Hani demam". Saya kata tak pe..nnt next kiter pi beli minggu depan. Minggu kiter rest je kat rumah. So pencarian sofa pun postponelah juga. Hopefully next Saturday, umi tak kerja. So cari2 kat dalam kedai google je la..

Saya idamkan sofa berbentuk L tapi saya tak tahu nak gayakan macam mana. Rumah kami ni tak de sofa..caya tak? Ada satu je yang jenis 2 setter yang Hani duduk mcm dlm gambar kat atas, itupun dah lusuh bukan main..dgn cap2 mohor E-in makan minumnya..semua ada(errr...kesian kan kami? Berebut2 nak duduk situ, nak baring2 pun tak lepas). Sudahlah dari pada fabrik mmg kepam giller kalau korang tgk. Jadi, sy ingat nak beli sofa kulit jela.. yang warna gelap2. Senang nak cuci, nak lap dan nak jaga..betul tak puan2?Saya mmg amat malas nak jaga elok2 ni..dgn anak2 sedang membesar..huuhu.

Siapa tahu link2 kedai perabot moden kat malaysia ni..kasi share sini. Ini yang saya google..tak byk yang sy jumpa cun2. Mungkin keywords sy pki tak betul kot? Actually sy dan Mr. Hubby mahu beli dua set sofa. Satu utk ruang tgk tv (ni nak yang selesa giller tapi murah...haha!) and one more set utk guest area. Share ye kalau ada yang tau.


Saya suka yang cam ni..leh berlunjur2..baring sambil tgk tv. Yang penting tak berebut dgn Mr. Hubby!!Indahnya leh baring dgn selesa sambil tgk citer DVD citer Korea/ Harry Potter. Suka meja kopi tu (should i call it 'meja kopi'?..ke ada istilah lain?)


Sangat suka dgn ini kaler coklat + white..but...just forget it la...

Disebabkan ranc. tergendala...sesambil jaga Hani, saya pun mencarik tutorial menggunakan benda alah ni.. serius saya tak reti pakai. Lepas tgk/baca tutorial pun still 'toing2' lagi. Tak pelah next year kena join jugak la kelas fotografi. Bukan tak nak join kelas tapi duit dan masa tak mengizinkan..ada duit..masa tak de. Ada masa duit tak de...haha.



Saturday, July 25, 2009

Thank U abang...

Now i'm happy bunny! Alhamdulillah..
Kena byk belajar since i'm 0 knowledge in this area...

Wednesday, July 15, 2009

Wangi



I like...rase nak mandi manda sokmo. Sy mmg suka dgn bau bunga ros. Kalau beli perfume kat Crabtree pun mesti grab yang evelyn rose tu...rase feminin sgt...hehhe..my hubby's pun suka...

p/s :Kenapa la Malaysian product tak packaging menarik mcm nih?? Sendayu Tinggi je rasenya yg menarik pun. diorang ni tak nak invest lebih skit for packaging :(

Monday, July 13, 2009

HARRY POTTER and The Half Blood Prince

Saya memang peminat sekuel ni...mmg frust sgt thn lepas depa postpone tarikh...sy mmg tak miss tgk citer ni..hehe..mcm bebudak kan..tapi nak wat cam ne..i suker..i suker! Terima kasih En.Hubby kasi surprise ...hhehe...tak sabar nak kumpul dvd plak..pss..my HP dvd punye collection sama taraf dgn my BOF dan DVD korea yang seangkatan..jgn sesapa pun berani usik!!!!!!!!!!!

P/S: terasa lambatnya AHAD...tak sbar nak tgk..sesapa yang mmg tak byk kerja tu g la beli tiket first day release..this 16 July!!!

Friday, July 10, 2009

Hari yang sgt puas hati..

Sepatutnya dah lama sy pos entry ni tapi disebabkan mim alif lam alif sin habis punah impian konon nak berbelog setiap hari. Entry hari ni hanya sekadar entry picisan..dgn erti kata lain..sy dah tak de idea bernas mahu berbelog..nak tulis pasal programme ABA takut tersalah kasi info..sungguh sy tak reti mengarang seperti org lain. Sy juga cetek ilmu..tak byk informasi yang berguna boleh dikongsikan. Maka terjadilah entry ini yang semuanya byk mengenai diri sendiri juge. Ada boring? Ya sy tau...sbb sy pun boring juge.

...tapi nak post juga entry "Hari yang sgt puas hati"..sy sgt puas hati kerana hari itu sy dapat 4 benda yang sya sgt2 perlukan utk menghilangkan tensi dan merilekskan badan...ye lah kadang2 kepenatan dgn rutin seharian nak jugelah ada something yang blh kasi hati ini happy!!

Inile benda pertama yg sy sgt idamkan...hehe..ngak perlu lagi menonton di mysoju...set dvd BOF udah sampai Malaysia!!Yaiyy...puas tgk muka hyun joong dan min ho dgn clearnya..anak murid aku pun sibuk nak pinjam...hoho..sorry ye...DVD lain buleh..ini cikgu dah simpan dlm peti besi...korang jeling pun tak leh...muahahaha!!


Barang kedua yang plg dikehendaki ialah pensel kaler...nak kaler kat kening ai ni..biar jadik cam kening kak Jiana Jain...sy tak suka pki yang jenis kena asah tu..suka jenis AVON ni..masuk jadi ahli semata2 nak beli eyebrow liner je..suka sbb dia moist tak kering...byk2 jenama mahal yang pernah beli Clinique, MAC, Body Shop..bla..bla..yang murah ini jugak goes to no 1 in my chart!! Sape kate barang murah tak dak kualiti!? Puas hati beli 4 batang sekali..


Lepas puaskan hajat kat hati..kiter puaskan hajat kat perut plak..eh..eh..peyutt pun mesti di isi..baru hati benar2 senang!! Hehe..dasar kuat mkn. Tu dia...dua hajat sekali..dedua jenis yang bakal menambahkan deflection jarum mesin penimbang..memang lama dah teringin mkn Subway..hoho..puas hati..kemudian minum kopi bersama donut Big Apple sesambil menonton BOF....hmmm...tak ke puas hatiku!


Thursday, July 9, 2009

Auchhh!! Durimu buatku terluka!

Ya ampuunnn kepada perantau2 di luar sana (terutama yang peminat raja buah ini..yang tak minat dok diam2) kerana menyiarkan buah kesukaan hamba...bertuah sungguh hamba kerana tempat kerja kat kaws kg yang byk dusun durian...hehe..kerana tak sanggup lukakan hati takut ada yang meroyan mau balik msia...maka hamba cuma ambik gambar yang tak berapa cun..yang versi biasa2 aje...bukan gambar yang jenis seulas2 tu dan warna kekuningan keemasan...itu pun ambik gambar pki kamera kompak kapak aje...hehe..... risau juga kalau yang berbadan dua itu nnt jenuh pula mengelap air liur anak...

Hamba ini mmg sedari kecil hantu durian...setakat sebijik tu sgtlah tidak cukup utk memuaskan hati hamba...suami hamba kureng gemar..tapi mkn la jugak. Anak2? Hani dulu mmg tak sentuh langsung tapi skrg bersentuh juga cuma tak byk...


Ini tiga bekas dah siap hamba kopakkan sendiri..ye sungguh gigih hamba membuka durian...kerana hari ini terlupa nak ckp kat org kedai srh bukakkan skit...dpt pulak durian yang bentuk 'kemot' skit...maka lagilah menggunakan tenaga segagah2nya...suami hamba? hmm...baik tak payah srh..thp kecekapan hamba band 4 berbanding dia ber band 2...
Hamba kopakkan siap2 isi dlm bekas plastik..kemudian hamba bekukan..bila setengah jam mau mkn hamba keluarkan...huisss terasa seperti memkn ais krim durian!!! Sedap sungguh...!!!!!!!!!!!!
Maka disebabkan kegigihan hamba membuka durian maka jari hamba telah mendapat trade mark sementara...tapi apalah sgt jika dibandingkan dgn nikmat di lidah hamba ini..sungguh sempurna ciptaan tuhan...
Ini pula hamba tujukan kepada si dia yang hitam2 si tompok(ke tampok) manggis....memang manis sgt!!!!

P/S: ye..berat badan sy telah bertambah dgn jayanya!

Tuesday, July 7, 2009

Colek Kerabu Pauh...maka melelehlah air liur!

Ni korang mesti kenalkan buah apa...buah mangga muda, tapi yang ni spesel skit (to me la) sbb dibawak dari kelate..kitorang panggil woh pauh rik'nge (buah pauh ringan). Dia tak mcm mangga muda yang jual kat KL ni..kulitnya nipis, lebih kecil dan sgt le masam! Kalau org siam buat kerabu diorang pki buah mangga jenis ni la sebenarnya....

Saya kalau dpt mangga ni mesti terus buat Colek Kerabu..bukan utk mkn dgn nasi dan tom yam(sedap la plak tomyam!hehe..) tapi utk dimakan dikala santai2 menonton tv! Kalau tak de mangga ni kadang sy beli yang yang mangga muda yang biase tu je..cuma sy rase lagik sedap pki mangga ni..


So inilah hasilnya....caranya mudah...hampir sama dgn cara buat kerabu mangga biasa...cuma berbeza sbb yang ini sy parut halus skit...sj nak bagi dia lembik2 skit..sebab sedap sgt bila mkn dgn kacang tumbuk + ikan bilis garing...

Walaupun tahu takkan ada nak buat resepi ni (sbb ai tau u all mmg pandai masak dr ai..), nak taip gak sbb tgh rajin ni...lagik pun hati gumbira sambil taip dgr lagu hindustan petang2 cam ni..rase mcm kat kg lak sbb kalau kat klate petang2 cam ni radio mesti pasang lagu hindustan tak pun lagu dikir barat berirama lagu hindustan! Haha...mengarut dah! Ok!ok! pergi terus jgn belok2 ye cik anis..


Bahan :
-Mangga muda (suka hati korang nak berapa bijik!)-diparut
-2 biji bwg merah (mayang nipis2)
-Cili padi (tumbuk)- lagi pedas lagik kick!
-Kacang tanah goreng yang telah ditumbuk kasar-suke giller buh byk2..pas mkn naik jerawat!
-Ikan bilis goreng
-Sos ikan
-garam
-gula (jgn kedekut..taruk lebih skit baru sedap..tapi jgnla smpi jadik sira plak!)

Cara campur semua(kecuali ikan bilis)..adjust bhn perasa ikut korang punye selera...kalau buh sikit2 nanti tak kick sbb nnt tak balance rase masam masin pedas tu..lepas tu simpan lam peti ais dlm 4-5 jam...tabur ikan bilis bila nak mkn..huhu...sedap wehhh!!

Memang sedap bila mkn sejuk.....bila gigit kacang dia mcm empuk...dgn rase pedas, masam masin manis serta sedikit berkapur...huhu...tak tahan rasenya.... Perfect colek! Pastu kalau korang tgk air jus dia yang keluar tu kan..cuba hirup...hoho! Addictedla bagi org2 yang suka mkn masam2 ni....dan mmg bagus juga utk menyenang tugas anda 'membuang' tanpa memerlukan tenaga dan usaha yang gigih!!!

P/S : Amaran dari bhgn kesihatan...resepi ini dibawah kategori "unhealthy food". Sebarang 'keciritan' adalah tanggungjawab anda sendiri! Pastikan juga semasa resepi ini dibuat dan dimakan, bekalan air di rumah anda tidak terputus!

Saturday, July 4, 2009

KAMI


Saje tak de story nak upload...gambar ni umi ambik masa umi balik ambik depa kat rumah Opah. Konon nak tunggu ayah balik...sekali ayah balik lambat. Terus umi hambat depa masuk rumah..mandi manda..sebab umi pun dah keletihan sgt..tak larat nak layan depa main kat luar..kesiann....
Hani ni kalau biar mmg suka khayal nyanyi lagu ntah apa2...
Oleh itu.....petang ni umi nak bawak depa pi main layang2...lagi pun layang2 yang beli tu baru sekali je depa main..tak hapus beli 20 henggit satu! dua empat pulohhh...umi dulu kecik2 buat sendiri je dgn lidi n kertas surat khabar/warna. Untung budak sekarangg..



Wednesday, July 1, 2009

Entry 3-in-1

Salam...lama tak update. Sibuk + demam + sakit tekak + batuk..semua pakej ada. Kesibukan yang memanjang..dgn kerja sekolah bawak balik rumah..dgn ABA class..dgn urursan rumah yang tak berkesudahan..dgn kursus/program anjuran sekolah (7.30 to 5pm) yang mcm tak paham bahawa hari itu adalah HARI SABTU a.k.a weekend...semua adalah. Malas nak tulis sbb buat boring org baca dan buat tension si tukang taip!

Kadang nak hilang tension mmg internetla jawapannya..tapi tetap malas nak update blog. Jadi saya buat entry 3 dalam satu mcm minuman kegemaran saya...MILO instant (kes senang bancuh dan malas juga..).

AMARAN : Sila bersedia utk satu karangan yang panjang dan sesuai dijadikan folio kajian tempatan.


KISAH 1 : Seorang insan yang masih belum matang tapi hampir mencecah 30-an.

Tahun ini setelah 7 thn mengajar, pertama kali saya rasa sy dihargai, di syangi oleh pelajar2. Pelajar kelas saya buat surprise party untuk harijadi saya..sgt terharu ok! Kelas saya hari itu selepas rehat..jadi depa sanggup berlapar sbb nak buat surprise party utk cikgu. Terkejut juga sbb masuk je depa nyanyi ramai2 lagu birthday dan dua bijik kek terletak di meja depan berserta dgn silauan cahaya dari kamera...terasa mcm artis kejap!Haha...

Malangnya dah menjd undang2 sekolah tak boleh ada apa2 party dlm kelas..maka sy minta diorang potong kek dan cepat2 habiskan (serba salah dibuatnya..yelah budak2 tu semangat meraikan..) sebelum mana2 'org besar' lalu kat kelas....

Saya : Ok potong ni pastu cepat2 mkn..nnt pengetua ke PK lalu kang sy lak kena marah...jom!jom! makan..pastu kita samb. belajar
Students : Cikgu tu makan2 mana leh cepat2..tercekik kang..
Saya : ala makan kek tak kan smpi sejam kot?
students : Cikgu...ada lagi la mknn lain kitorag bawak...(sambil menunjukkan susunan bekas2 plastik berisi mknn di bhgn belkang kelas)
Saya : (mmg terkejut...i tot ada kek je...) ....speechless
Student : mcm2 ada cikgu kitorang bawak..Saya bgn kul 5 hari ni semata2 nak masak ayam...diorang semua ni tak pergi rehat tadi sbb nak tunggu mkn dgn cikgu....

Sesungguhnya saya mmg tak terkata...terharu dan sebak tapi sy tahan dr air mata ini mengalir...tak pernah lagi saya ada sekumpulan pelajar yang begini.... Mmg serba salah..tapi sy juga tak mahu cari kes atau jadi isu di sekolah maka sya minta mereka tunggu lepas habis waktu sekolah jumpa di dewan. W/pun lepas tu saya ada mesyuarat tapi sy nekad utk masuk lambat sedikit..sbb 'anak2' itu tak mahu mkn selagi cikgu takde!!!!

Gambar kek ada dlm handset...syg tak leh nak transfer. Apasal entah dgn software ni..dulu ok je. Apapun harijadi kali memberi erti yang cukup bermakna buat saya. Sy akan kenang selagi sy tidak nyanyuk..terima kasih 3 Bestari 2009! Cikgu sayang kamu semua....muahhhh!!!!!


Hari yang sama balik rumah....jeng!jeng! My MIL ada kat rumah saya bersama dgn Penny-upline ELKEN dan seorg installer penapis air BIO PURE!!!

Penny : Haiyyyaaa...manyak jeles saya maa...u lucky ada ini mak mentua mau kasi u hadiah mahal macam ni...Happy birthday aa...

Saya senyum sahaja..wpun dalam hati melonjak keriangan kerana sy mmg idamkan penapis air yang berkualiti tinggi serta boleh sediakan air panas/sejuk secara instant!! (sy suka benda instant..haha). Terima kasih mak..terima kasih ayah. Lagi mudah kerja menantu mu ini...(lagi malas..hehe)...dari beg yang berjenama mahal saya rase bekalan air yang bersih jauh lebih berharga . Jadi untuk ibu mertuaku pula yang menyambut harijadi yang ke 59 selang 4 hari dr harijadi ku...maka saya menghadiahkan sepasang kain chiffon utk dibuat baju raya! Nak bagi hadiah setara hadiah mak....annis belum mampu..tapi kalau sy dah mampu saya juga mahu menghargai jasa mak yang bukan dari segi harta benda tapi kasih sayang yang tak ternilai.




KISAH 2 : Father's day yang sudah basi...nasib baik bukan kek yang basi!

Saya pernah maklumkan kepada en.hubby yang sy tak sempat nak buat father's day. Dia tak kisah pun. Then saya rase serba salah pulak sbb my dotter asyik tanya bila nak buat surprise kat ayah...kat umi hari tu buat. Maka di hari yang sudah hampir habis 'bulan Bapa' saya membeli sebiji cis kek yang plain..tiada hiasan..beli strawberry, potong dan susun kasi nampak cun skit..lagi sadisss..kat rumah tak de lilin kecik tu..sib baik ada lilin biasa..belasah je lah..sorry dear..next time i will arrange a proper celebration..k?

Lampu padam, kipas dipadamkan..kami tunggu en. hubby pulang dlm kegelapan plus kepanasan. Bila dah dgr bunyi enjin kereta en.hubby, lilin dihidupkan..haiyaa...E-in plak nyanyi lagu "hapi beday yu-yu!" then 'hafuhhhhh...' ditiupnya lilin...penat kakaknya pula menahan api lilin dari terpadam..haha...

Me? Apa lagi get my camera ready la!..adakah anda nampak en.hubby masuk ke rumah..hehe...he totally suprised!!...Sungguh happy dia...


KISAH 3 : Kisah pengguna DLSR-yang-tak-reti-guna tapi sudah mau kumpul koleksi lens..

Jika ditanya pada waktu ini (read : waktu ini ye...tak tau la pada masa akan datang! ;P)...mau lens/speedlite or branded handbag? Jawapan yang pasti ialah lens/speedlite!! Dah lama nak beli ini lens..mau ambik gambar potrait cantik2! Alhamdulillah ada rezeki....nekad je beli masa jenjalan kat Mines hari tu...mula confuse juga mahu beli 50mm f/1.8 yang cuma ratusan then leh terus sambar speedlite atau yang ini 50mm f/1.4...tapi tak pe la...kalah membeli(cuma aku belum gila dgn total menghabiskan 3k ke atas utk beli lens!).....lagi pun dah lama dah hajat yang ini..nnt menyesal+teringat2+meroyan pula(pernah tak korang berdepan dgn masalah ini?Sy selalu sgt tau!!). Takpe2x...lepas ni kumpul duit beli speedlite.


Pastu nak join kelas fotografi lak....setakat ni explore sendiri sbb tu gambar kureengg superb....hehe..terbalik aku ni. Org lain join kelas belajar smpi pandai baru tambah tools..hehe..bukan apa masa lom izinkan..bila masa ada kadang pulus takde..kalau pulus ada masa tak de...tak de kelas yang dibuat pula..Insyaallah..sbar dan berusaha..rezeki akan ada satu masa nanti.

Babai,

Blog Widget by LinkWithin