USANA PROMO!

*STICKY POST*
Sebarang pakej Usana, klik link ini. Terima kasih.

Thursday, November 19, 2009

I got u.....i call chocolate luv

Tulunggg!! Kerja banyak ni tapi mata asyik je tgk je MV ni. Sah aku kena sampuk ngan hantu Korea...DVD Korea cik abe aku kata skit lagi boleh bukak kedai DVD citer korea..haha! Oklah tu..at least i tak mcm dulu suka merayap kat shopping complex lepas kerja!

Ok pada yang tak minat Korea tu try tgk dulu MV ni...sure nak tgk lagik dan lagik..kalu tak minat pun mesti ada yang jeles tgk figure diorang yang mmg mimpila klu aku jadik cam tu...huhu! K layan!!!



One more plss....!! ;D







Monday, November 16, 2009

My Sweetie Pie

Umi tak sabar nak tunggu Sabtu ni sebab Sabtu ni tadika Hani ada buat Konsert!!! Yaiyy!! Hehe..over mak dia..mestilah kan..mak2 kat luar sana setuju tak dengan saya? Seronok bila tgk anak kita berjaya buat sesuatu biar pun bukanlah perkara sebesar mana tapi tetap rasa bangga. Pada waktu tu tentu dah tak pandang anak org lain dah..tgk anak kite jeeee kan...tgk boleh ke tak dia ikut..tgk dia berani duk nun kat atas pentas...

Since tahun depan dah masuk darjah 1 maka this year mcm lastla ada persembahan2 mcm ni dah. Darjah 1 nnt dah tak de..kalau ada pun tak surela Hani masuk ke tak. Demam2 pun semangat nak gi practise kat sekolah. Umi pulak yang runsing. Ada satu kali tu dia pening smpi teacher dia suruh baring. Tu pun dia tak cakap kat ayah dan umi. Punyala dia sorok takut umi tak kasi. Nasib baik Misha (cousin yg satu sekolah) bagi tau.

Serba salah umi. Cuti sekolah ni umi nak bawak Hani pergi jumpa Pakar Metabolic kat PCMC. Sejak umi bagi makan 4life adalah nampak perubahan sikit. Kalau dulu 3-4 hari baik then demam sekarang ni seminggu lebih baru demam..hari ni baru baik demam setelah 4 hari demam. Hopefully dia akan sihat dan bertambah berisi since dia dah ada selera nak makan. Harap2 hari Sabtu ni dia sihat. Umi pun tak sabar nak tgk Hani berlakon jadik Princess..hihi dia ada 4 persembahan. Lepas jadik Princess kena berlakon jadik nenek pulak..haha! So layan je la gambar Hani masa Q-dees concert tahun lepas.

9qdc

14qdc



11qdc



1qdc

Kurus skit i masa ni...Hani pun masa ni berisi skit dari sekarang. Masa tu Hani sihat sesgt. Doalah dia sihat sentiasa. Kalau boleh tukar ganti biar umi yang demam pun tak pe asal anak sihat! :(

Wednesday, November 11, 2009

Gambar Kenangan

Hari ini saya ada meeting..sblm bermula challenge tak makan nasi ni..meeting yang satu ni buat saya risau. Runsing macam mana nak mengelak nasi yang siap di'pack'kan untuk setiap sorang..kalau tak makan maka bertubi2 soalan yang malas sy nak jawab. Tapi nasib menyebelahi saya....pagi ini saya pergi ke tempat meeting seperti biasa, saya diberitahu yang semua ahli boleh makan sendiri dan 'claim' kemudian. Maknanya...i got choice!! Yaiyy!!

Jadi sarapan saya pilih bihun goreng dan tengahari sup wantan. Sedapla pulak sup wantan tu...hish...teringat2la. Hihi..so enuff say for today. Ok..balik pada tajuk entry. Tadi browse gambar2 yang ada dlm handset terjumpa beberapa gambar. Dah tak apa nak update (oppsss...ada dua resepi nak update tapi tunggu ye!), maka kite tgk2 gambar lamalah ye. So it's going to be a longggggggg...long entry!! :D


P180609_10.56[01]


P180609_10.56


Apa2 hal gambar makanan dulu..ye ini lah orang kata seronok jadik cikgu. Dompet tak tebal tapi alhamdulillah Tuhan beri kami rezeki dalam bentuk lain. Kek sempena hari jadi saya. Diorang buat surprise! Terharu...diorang siap masak2 lagi untuk buat bezday party kat saya! Cayang u all :D

IMG12


Wahaha...gambar cik abe sayang mase mudo dolu.Kurus yang amat! Ramai peminat tu wei(ni yang aku tak paham dgn diorang??)....tapi akhirnya jatuh gak kat tgn i..kwang2x!Jgn makan hati yo. Lagipun pojaan hati korang dah bulat dah ai jaga..ihiks!;P

haniein


Alalahai anak umi...Sungguh comel mereka di mata umi(biarla kat mata org lain tidak). Hani, 3 thn dan E-in setahun. Waktu ini kat rumah tok ma...dan ketika ini perkembangan E-in seperti kanak2 lain yang sebaya. Ada respons, ada eye contact, bercakap, menyanyi dan meniru perbuatan......rindunya umi dgn saat2 itu....Jadi gambar ini merupakan gambar yang paling umi suka!!

P090609_21.24


Gambar kurang jelas tapi umi suka sbb E-in dan ayah sedondon je. Masa ni keluar makan kat Mines.

P160808_09.36


Gambar Hani bersembang dengan Tok Abah. Bila tengok ni teringat saya kecik2 dulu manja dengan Abah. Hehe...jgn mare ye adik2ku. ;D

P300509_14.19


P240808_13.31[02]


P280309_10.53[01]


Puas hati tgk gambar tuan punya blog yang debab dan saix XXL??? Ni buh banyak2 sbb menyampah dgn sesetangah blog yang konon tak mo buh gambar diri sendiri. I tak kisah kalau yang jenis nak private mcm MAMAFAMI tu ke..yang mmg dari awal tak buh gambar......yang saya menyampah jenis yang tak mo buh gambar sbb malu badan gemuk, berisi(eh aku lak yang emo!;P). Kalau kurus baru buh gambar..citt!! Hipokrit ok! Terima je la kenyataan kalau dah gemuk tu.Apa kes gambar cun je nak letak..kalau bujang lagi tu tak pe la. Penting untuk saham. Yang dah kawin tu yg I tak paham. Lagipun kalau dah tak cun kau snapla 100 kali pun lom tentu gamabar kau cun...tapi kalau mmg cun sejak azali lagi mcm wife Ahmad S tu..kamera bodo pun muka dia tetap cun melecun.

P160508_15.03


Gambar ni ambik masa bawak maid MIL yang dah nak balik Indon sebab dah 2 thn kerja. Banyak2 maid, Neng ni la yang saya tgk paling bagus jaga budak. Dia paling sayang E-in. Selalu cakap kat saya..."Akak jangan marah E-in tau..kasiannn!". Apa E-in nak, dia layan. Menangis 3-4 round dia masa nak balik. Punya sayang dia kat E-in.

P1030290


One of my fav...sebab Hani looks cheeky! Tapi lepas tu dia mengamuk! Tak ingat la pulak apa pasal dia buat perangai..haha!

P130609_21.25


Love this one! Nampak kamcing anak dan ayahh!

P300509_14.25


P300509_14.56


TGIF...TGIF...sedapnya!!Waaa...rindu nak pi...tulun!!!;P

Oklah...dah ngantuk...byk lagi gambar..tapi mata dah kuyu..besok meeting lagik..huhu!!

Tuesday, November 10, 2009

Bau-Bau Bacang

kuinin2

Sekarang saya sudah tahu kenapa orang tua2 dulu buat perumpamaan bau-bau bacang!! Hujung minggu lepas saya kedai runcit untuk membeli bahan basah untuk membuat mee hoon sup tulang. Masuk-masuk kedai...terhidu satu bau yang agak familiar...........aduhai..wanginya bau!! *_*

Satu bau yang sudah lama saya tak hidu. Bau yang mengingatkan suasana kampung, mengingatkan rumah arwah tok mek dan tok ayah...huhu. Di belakang rumah arwah dulu ada pokok bacang a.k.a 'woh mache' . Saya selalu tunggu buah dari pokok itu masak. Baunya sangat harum bagi saya. Bau yang menyelerakan. Saya tak tunggu lagi..terus capai plastik putih. Ambil sebanyak yang mungkin sebab saya tahu bukan mudah untuk jumpa buah ini lagi. Tanpa sedar dekat 20 biji saya ambil!! :D

buah kuinincopy

Bila balik, tak tunggu lama terus kupas 3 biji. Alhamdulillah semuanya elok isinya. Kuning keemasan dan tersangat manis. Tekstur isinya tidaklah terlalu ranggup tapi jugak tidak lembik. Segah dan segar isinya. Saya cicah dengan kuah colek Aji. Sedap! Terima kasih EZI. Bertuah betul saya ni..dah dekat separuh botol baru cakap terima kasih. Ihiks. Sesapa nak order sila klik sini. Tak rugi order! Memang sedap!!

Sambil makan sambil itu saya hidu bau buah ini sepuasnya kerana bau ini benar2 mengingatkan saya pada arwah berdua. Hanya Tuhan yang tahu betapa rindunya saya pada Tok Mek dan Tok Ayah. :(

rebustulang

Tengahari itu saya masak Meehoon Sup Tulang Lembu sahaja. Senang semua makan. Saya rebus dulu tulang bersama lengkuas, halia, bwg putih dan bawang merah yang diketuk..biar sampai empuk. Kemudian baru masuk segala rempah dan garam. Lama jugak kena merebus. Hehe saya rebus dlm Smart Cooker. Senang skit nak tinggal buat kerja lain. Tapi kalau ada periuk idamanku yang AMWAY tu sure lagikkkkkk cepat! Tak de org nak sponsor ka?? :D

meehoonsup2

Tadaaa!!! Dah siap! Nak buat sambal mcm mee sup utara tapi takde serbuk cili plak. Cili + Kicap ajolah. Jeruk lobak dan jeruk cili pun tak beli...huhu kalau tak sure lagik terangkat!!!! Bagus gak kalau tak sure I taram lebih2..hehe!

P/S: Saya masih lagi belom makan nasi....sudah 10 hari...yaiyy!! :D

Saturday, November 7, 2009

USANA

Kejap lagi saya ada annual hi-tea...
Sekarang.......saya belum siap lagi..
Tak tau nak pakai baju apa...
Sebab saya tak de baju baru.. *_*

Saya malas nak pakai baju kurung...
Sudah hari2 pergi kerja pakai baju kurung...
Tapi saya tak de blouse yang sesuai..
Kalau ada pun saya bukan boleh pki long skirt!!..
Tang b0***t tu lebar yang amat!! Sgt burukss okeh!!..

Saya jarang shopping baju..
Sebab tiap kali saya cuba baju kat fitting room ..
Saya benci bila tgk baju yg cantik jadik pembalut buah nangka....
Benci jugak tgk cermin kiri kanan yang sgt jelas memantulkan sy punya lemak2...
Urghhh!!!......ni semua buat sy hilang mood!
Kadang rasa malas je nak pi...

Pernahkah anda alami perkara macam ini?????
Alangkah bestnya org yang slim...sarungla apa saja..semua muat..
Tak semestinya mahal tapi semua fesyen yang berkenan boleh digayakan..
Namapak cantik dibadan...
Aku?? Tak banyak pilihan...yang saiz besar semua design mcm makcik2!!

.....Cepatla sampaila sampai Nutrimeal +Fibergy Usana...
Tak sabar nak minum...!! Dah tak tahan menanggung lemak2 ni...
Owh sesapa nak tau pasal Usana boleh email yer!! annisellyna@gmail.com
Jangan jeles kalau i kurus nanti.....

Sedikit mengenai USANA Health.
  • Diasaskan pada tahun 1992 oleh Dr Myron Wentz - Seorang pakar mikrobiologi dan immunologi yang telah memenangi anugerah Albert Einstein. Memegang rekod menternak sel darah manusia di luar badan manusia selama 40 tahun tanpa sebarang jangkitan.
  • Dipilih 'The #1 Distributor's Choice' -9 tahun berturut-turut oleh Network Marketing Today.
  • Majalah Forbes menyenaraikan USANA sebagai No. 5 di kalangan '200 Best Small Companies of 2005 in America' - Tiada syarikat MLM/Network Marketing lain tersenarai.
  • Majalah Business Week menyenaraikan USANA No. 3 di kalangan '100 Hot Growth Companies of 2005'. Tiada syarikat MLM/Network Marketing lain tersenarai.
  • Media Usahawan 2005 menyenaraikan USANA No. 1 di kalangan "45 Syarikat Rangkaian Paling Top"
  • Produk USANA tersenarai di dalam Master Index of Medical Specialties (MIMS) iaitu buku rujukan doktor dalam memberi ubat kepada pesakit. Tiada produk syarikat MLM/Network Marketing lain tersenarai. (yang ni sbb paling utama saya pilih produk ini!!)
  • Produk Multivitamin USANA telah memenangi tempat #1 di dalam buku 'Comparative Guides to Nutritional Supplements' di semua edisi (edisi 1 sehingga edisi 4).
  • Produk disahkan halal oleh IFANCA (Islamic Food and Nutritional Council of America)
  • Produk-produk USANA tidak mengandungi bahan kimia, dadah dan PARABEN (penyebab KANSER)
  • Produk USANA mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia
  • Produknya banyak membantu pesakit seperti diabetes(kencing manis), gout, darah tinggi, kanser dan lain-lain.
...satu lagi yang saya suka....Slimming product Usana lebih murah compare dgn HL!! Yaiy!!

P/S : Info taken from here!...and official website is here.

Thursday, November 5, 2009

ToM YaM PuTiH

Pernah teringin nak buat tomyam yang rase dia macam kat kedai buat? Sy ni kalau bab mknn kegemaran saya akan try and error sampai jadik. Setakat ini puas hati dgn hasil tapi masih perlu develop lagik...satu benda yang saya nak kongsi..bila masak tomyam jgn masak lelama...semuanya kena cepat2 sbb tu bila makan tomyam kat kedai..daun limau purutnya hijau bagai baru petik...tomatonya tak hancuss...aroma limau+cili padi+daun ketumbar meruap-ruap!!!Fuhhh.......terangkat!! Jadi hari ini saya mahu kongsi resepi Tom Yam putih pula. Selalu merah je!

Untuk cik puan Nikos..dgn kata2 hikmat..."menyampah aku...dah kurus mau diet lagik ka wei???"

serai

+Rebus air bersama serai bersama dengan lengkuas tua..lengkuas muda boleh jugak tapi kureng sedap! Err...En.Diego..sila lihat betul2 ye...LENGKUAS....hehe!

masuk ayam

+Masukkan isi ayam or daging ke..tapi sy suka daging ayam je kalau utk tomyam

bungakobis

+ Masukkan sayuran keras seperti bunga kobis dan carrot atau apa2 sayur yang korang suka!

+Tutup dan didihkan sampai 3/4 masak

cilitomato1

udg

kobis

+Kemudian baru masukkan udang,bawang, tomato dan cili padi yang kaler merah.
+Masukkan juga daun kobis kalau suka dan tutupkan periuk..biar udang masak..tak lama dlm dua minit je..

Tips:
*Cili kaler hijau tak leh ke? suka hatilah, korang juga nak makan......tapi aroma cili merah lebih sedap!! Fuhh!!
*Cili ni saya potong2 je sbb nnt bila nak makan baru penyek...kalau nak kick sila tumbuk dgn lesung ye...sy potong pasal anak2 nak mkn sama....malas nak masak asing2 ;P
* korang bleh buh seafood lain..sy buh udang just utk kasi rase manis skit..

nampla

+Masukkan sos ikan, sedikit garam dan 1/2 sudu teh gula.

*Ya ampun jgn salah anggap! Jangan cakap ..."ish org kelantan ni, masak tomyam pun nak letak gula ke? giller manis!". Sebenarnya mknn org siam lagik manis. Gula tadi jgnlah taruk banyak. Sikit sahaja. Bila kite masuk gula ia akan akan balancekan rase di lidah anda so tak dela rase garam semata je. Malah resepi tomyam merah yang saya cuba korek2 rupanya masuk gula merah/nisan lagik! Tapi tak banyakla. Jgn sampai manis!! :P

*nak sedap masuk aji la tapi i mmg tak pki aji sbb nnt sakit kepala!

*at this stage, try buh garam secukup rase..jgn risau kalau tiada rase masam..not yet! don't worry!

daun limau


air limau

+Bila dah balance rase masin tu, terus masuk daun limau purut dan jus limau (perah dlm 2 biji)..Kacau skit....biar seminit...Haaaa.....lepas tu terus tutup api!

almostdone

So, skrg tomyam tu akan berupa begini...sudah masak sebenarnya dan boleh dihidangkan..

F&N

+Yang ini langkah optional...bleh masuk susu cair or santan. Kalau pi mkn kat res. pure siam sure diorang taruk. Bila masuk cepat2 kacau supaya tak berketul.

*Suka hati nak banyak mana. I tak reti nak bagi amount. tgkla mcm mana korang nak.

daun parsley

+Then utk menaikkan aroma...wajib tabur daun ketumbar bila nak makan. Kalau tak, tak de maknanya tomyam korang! hihi...pepandai je..!


siap

Okeh! Siapla my tomyam darah mahsuri punya version! ^_^

Kalau tak sedap jgn komplen sini...itu korang tak reti masak! Kijam tak cikgu ni? ;P

Next Entry : Jom Kurus Dgn USANA


Wednesday, November 4, 2009

Resepi : Non Baked Cheesecake

Ramai pula mintak resepi yer...tak pe..no hal to share..jap...i ingat2 balik....tapi kalau pasni i buat cheesecake tak jadik..siap korang!! Haha....tak de la..jgn caya benda tahyul...!!Lepas ni i nak buat bleh refer sini juga...almaklum resepi main campak2! So A.X.A dan kengkawan semua sila salin ye...sorry pasal blog ni i dah set tak leh right click....tak pe....exercise jari jemari supaya kurus dan runcing seblm membantai cheesecake!! hihi....here we go....

Gambar dulu.....

oreocheesecake



Bahan:
-200gm whipped cream (sy beli jenis Emborg)
-500gm cream cheese (sy pki jenis Phildephia)
-100gm gula castor (kalu nak manis suka hati leh tambah lagi..)
-2 sudu kecil Halal Gelatin (kalau tak de boleh guna serbuk agar2)
-1/4 cawan air suam utk bancuh gelatin/serbuk agar2
-3/4 cawan butter yang dicairkan
-2 tiub biskut oreo yang di jadikkan serbuk (buang bahagian cream)
-1 sudu kecil coffee paste (kalau takde bancuh je nescafe ngan air panas dlm dua sudu..nescafe tu ikut sukala korang nak byk mana!)

Cara-cara:

-Gaulkan serbuk oreo dgn butter sampai hancur kemudian padatkan pada acuan..tekan2 sampai padat yer ibu2!!Kalu tak nnt nak potong dia hancuss...kemudian masuk lam peti ais (bhgn bwh je...jgn buh kat bhgn beku plak!)..
kalau boleh biar smpi 2 jam tapi sy buat tak sampai pun..masuk kejap je.....elok bancuh bhgn cheese pastu boleh terus buh je...
-Pukul w.cream sampai bertanduk
-masukkan cream cheese skit2..pukul lagi sampai dapat adunan yang licin..
-masukkan gula castor
-kemudian bancuh gelatin, then masuk dlm adunan tadi...kacau rata
-bahagi adunan kepada dua bahagian kemudian
-satu bahagian dicampur dgn coffee paste/bancuhan nescafe
-masuk dua2 dlm acuan oreo tadi..then pepandaila korang nak godeh2 skit bagi nampak mcm corak marble....masuk balik dlm peti ais...tunggula semlm baru dia cantik utk dipotong....

***sila rendam pisau dalam air panas seblm potong utk dapatkan clean cutting!!;)

***selamat mencuba! Nnt bagi feedback ye!

RESEPI YANG BAKED NNT I UPDATE YER!! :) Errrr...saya tidak bertanggungjawab di atas segala penambahan jarum penimbang di rumah anda!! Sekian, terima kasih!!!

Tuesday, November 3, 2009

Menu Day 3

Salam semua...ada ok lagi ka?Hehe...I'm ok lagi...tadi dah berjaya menolak godaan nasi lemak sambal petai...sebab tu sarapan kenyang2 sgtlah penting sbb bila ada godaan lepas tu boleh tak kisah je sbb perut kenyang...cuba bayangkan kalau sarapan skit2?? Surela dah habih sebungkus tadi...hehe!

Ok kengkawan...saya malas nak update daily sbb kadang saya sibuk..so saya update mana yang sempatla..kadang pic dah snap tapi tak de mase mau upload..kadang dah licin baru ingat nak snap!! Haha...Pagi tadi saya buat roti john dua keping....tak taruk daging...just telur+bawang+daun bawang+serbuk kari+lada sulah+ garam+sesudu olive oil......masak guna kuali chefel so tak perlu majerin ke minyak tambahan.......pastu bantai milo panas segelas dan telan segala mak nenek vitamin sperti biasa....

Ini yang saya makan lunch tadi...balik terus masuk dapur..kungkangkungkang...siap! Kejap jo..buat yg simple2....Disebabkan saya tak nakla berdiet sambil hilangkan semua nikmat makan sedap so saya tabur gak skit cheese kat salad...ayam grilled dgn olive oil.......tak de la nak obses sgt nak berebus stim je semua...kang asyik makan yang tawar, pastu kurang rase mula la terpikir nak mkn benda lain setiap masa....lagi bahaya....so ini dia...chicken grilled with salads....

grilledchicken

Lepas makan baru teringat lom telan Blackmore's Lecithin!! Tak pe kan telan lepas tu? ;P .Besok mungkin saya nak buat TomYam Putih...baru ni try buat sedapla plak...selalu buat tomyam merah buh susu cair kali ni buat yang putih je......

toyam putih


Tapikan.......hehe...nak menayang non-baked oreo cheesecake yang dibuat minggu lepas.....hihi!! First attempt tapi resepi main campak! (sbb first time juga so harus didokumentasikan!!LOL) Cik Abe yang mmg minat dgn cake2 ni telah memberi komen "lagik sedaplaaa...dari SR!"..haha...terangkatla cik mek ni sorang! Sekali sekali blehla ye cik abang....kang yang tukang buat ni ngap sekali..habih ceritala......!!

oreocheesecake

Cheesecake togel tanpa sebarang hiasan sbb kalau di hias mmg tak cantik jadiknya...nak buat camno...cek mmg kerastangan!

cheesecake


Dua beranak yang gumbira...yang ayah gumbira sbb lepas ni dia kata tak yah pi beli kat SR lagik...seronok ye jimat duit?

happy customer

Malam ni minum Milo dgn biskut Jacob's Weetameal je la......!Sedap tuh...!! ;)

Monday, November 2, 2009

Kecewa!!

....bukan kecewa kerana termakan nasi ke apa....tapi kecewa sangat2 sebab...sebab.........
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Tak dapat join Kursus Asas Fotografi!!!
Dah lama saya nak join kelas fotografi...
Rasa macam tak guna je ada DLSR pun gambar macam ambik dgn henpon je...
Ada lens marbelles pun gambar macam biasa...
Terkial2 nak set kamera..by the time apa yang nak dirakam terlepas!!!
Speedlite pun tak reti nak set....semua jadik useless!!
.
.
.
.
.
.
.
Aduhai bila nak ada rezeki join ni?
Kenapala tarikh 14 hb ni aku ada meeting? Why oh Why!!
Frustated larrrrrr!!!!!!!!!!!!!!! ;(
.
.
.
.
Layan gambar anak sedara cik abe la..
kasi hilang mood frust!!
Izjahhh...cianla kat cik lang ni kan....kalu tak bleh ambik gambar izjah comel2..huhu!

_MG_9134

_MG_9128

IMG_9172

Hari Pertama Cabaran

Bangun pagi saya terus sambung kerja, banyak kerja harus disiapkan. Tinggal beberapa hari je due date ni. Semalam cik abe dah bagi tau yang pagi ni MIL suruh breakfast kat rumah dia...sealunya menu nasi lemak marbelles ler!! Risau dah bukan takut saya tergoda tapi takut MIL terasa dan tak reti nak mengelak. Takkan nak cakap saya tak mo makan nasi 99 hari kot!!Nasib baik menunya murtabak.

Bahaya jugak tu kalori tinggi tapi sarapan penting dalam diet! Ingat dulu coach HL bagi tau yang saya kena ambik breakfast berat sbb nak mulakan hari dan supaya saya tak jadik super lapar bila tengahari then ambik mknn lebih untuk lunch!! Jangan salah konsep and don't skip ur breakfast!

So, saya makan juga murtabak sedap MIL. Memang sedap sesgt...huhu! Tapi saya berjaya menahan keinginan untuk menambah. Saya cuma ambik 1/2 biji je murtabak..selebihnya saya share dgn Hani.
Hari ini masak juga nasi...untuk anak2. Takkan mak tak makan nasi, anak pun tak makan juga kan?! Saya masak simple as usual, cuma saya lebihkan masak sayur sbb saya nak ratah sayur. Tak de la sayur rebus....bukan nak extreme dan obses sesgt nak kurus. Saya goreng juga. Goreng dgn dua sudu besar minyak jagung.

Sebenarnya saya ni bukan jenis org yang tak-boleh-kalau-tak-makan-nasi-sehari. Percayalah walaupun tgk saya ni gemuk! Sebenarnya saya gemuk sbb cara pemakanan yang tak sihat saya amalkan;
  1. kurang minum air
  2. kuat makan time tengok tv...bayangkanlah kalau bantai tgk citer Korea yang berpuluh episod tu kan...koleksi dvd dah le byk...ulang2 lagi...sc tak sedar...berapa banyak mknn yang masuk mulut!!
  3. Pemakanan yg tidak teratur....
  4. suka dgn minuman sejuk, manis dan berais!!

Kadang bila tgk..dalam satu hari saya tak makan nasi pun. Contohnya kat sekolah saya makan kat kantin bihun sup...sarapan merangkap lunch. Bila balik, saya mula goreng itu ini. Pastu makan aiskrimla, buat burgerla...bila malam kadang cik abe belikan Char Kue Teow. Lewat malam pula tu. Bagusla aku punyer supper!! ;P Tak de la nak makan nasi pun...tak de la kes ketar lutut...cumanya saya tak boleh kalau tak makan apa2...yang penting ada benda makan, ok dah bagi saya.

So bila di teliti...masalah saya bukanlah nasi.....masalah utama saya ialah corak pemakanan saya yang tak sihat. Cabaran sebenar2nya buat saya ialah nak ubah corak pemakanan, disiplin dgn waktu makan dan bagaimana nak berpisah dgn makanan sodap2!! huhu...tgh tulis ni pun terbayang Ribs and potato skin Tony Roma's, Terbayang pancake at Paddington, terbayang Mac and cheese fried kat TGIF...pasta Italiannies...huhu!!! Oh...Seoul Garden...owh...Siam Square....kena kurangkan lawatan ke sana lepas ni ler......

Cabaran kedua skrg saya tgh pikir ialah saya ada 4 hari meeting kat luar...mcm mana nak buat2 mcm sentuh nasi tapi tak mkn pun nasi, sbbnya setiap org depa akan bungkuskan nasi siap2 untuk lunch dan kami tak de pilihan lain...saya boleh bawak bekal tapi saya malu nak tak makan nasi depan member...malas nak layan soklan2 depa...huhu....tu la masalah skang...yang lain2 tu tak pe la...huwaaa!!

Now saya nak minum balik Teh HL.....shake saya dah tak boleh telan dah....sapa yang tak tau history saya, nak kasi tau yang saya pernah minum HL tahun 2007. Minum almost one year mcm tu....memang slim you!!Tapi lepas raya tahun 2007, raya punya pasal saya bantai mkn....lupa dah dgn HL..so bila nak start balik...sy minum balik...then termuntah hijau...tak tahu kenapa...adala 3-4 kali saya cuba dalam selang masa beberapa minggu. Sampai cik abe marah...dia suruh stop. Hanya teh je la yang boleh saya terima skang ni...so kalau kengkawan ada alternatif dan nasihat boleh share dgn saya....

Oklah...kepada kengkawan selamat menyahut cabaran..jgn paksa dan membahayakan diri...semoga berjaya mencapai impian kita. Penampilan baru untuk tahun 2010! ;)

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers

99 HTN Fever!!

Blog Widget by LinkWithin