Saturday, May 10, 2008

Cinta Luar Biasa

Bingkisan dari ibu mertua a.k.a penulis kepada buku ini
Sudah lama MIL menulis di salah satu ruangan majalah Anis
He..he..macam kebetulan pulak nama sama ngan menantunya yeks..


Kali ini pihak majalah membukukan kesemua hasil penulisan mak
dlm sebuah buku yang bertajuk 'Cinta Luar Biasa-alam perkahwinan'
Saya belum habis membacanya
Bukan memuji tapi mmg kenyataan MIL memang byk pengalaman
Dia dibesarkan dlm lingkungan adat dan agama yang kuat
Apatah lagi sebagai menjadi cucu sulung kepada Tuan Haji Hussein Al Banjari di Pokok Sena,
Seberang Perai, Pulau Pinang.
Sebagai menantu yang baru sahaja 6 tahun mengenalinya,
saya kagum dengan pengorbanan beliau dalam rumahtangga dan masyarakat

Membesarkan anak seramai 11 org bukan perkara yang mudah
Sehingga kini pun dia masih mahu menjaga cucu2
Tidak sekalipun membenarkan cucu2nya dihantar ke nurseri
Saya juga kagum semasa beliau muda, w/pun susah dengan anak yang ramai dan kecil2 belaka
tetapi masih mahu menjaga mentuanya yang nyanyuk
Malah mentuanya meninggal pun dalam pangkuannya
Ketika saya masih pantang dialah yang menjaganya mencari daun2 herba sebagai
air mandian, mengurut dan menjaga anak saya w/pun saya tidak lama berpantang di rumah mak kerana menyambung pantang di kg tetapi saya merasa bertuah atas perhatian yang diberi.

Mungkin juga kerana berkat seorang isteri rezeki baik dikurniakan tuhan ke atas suami, ayah
Dulu mengikut suami, keluarga mereka tidak sesenang sekarang
adik-beradik ramai, mak tidak bekerja
tetapi sentiasa pandai menguruskan rumah tangga dan taat kepada ayah
tidak pernah meninggi diri malah sentiasa bersabar

Ibu saya juga beberapa kali mengingatkan saya bahawa "Long jaga elok2 hub dgn mak Didi tu..bukan senang nak dpt mentua baik mcm tu.." bimbang jika saya melukakan hati ibu mertua sebaik itu

Lantas buku ini saya akan jadikan sbg sumber inspirasi saya supaya menjadi lebih sabar dan sentiasa menjadi isteri yang baik sepertinya terima kasih mak..

No comments:

Post a Comment

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers