Friday, May 16, 2008

Tamat Sudah


Sekejap je masa 2 tahun itu berlalu...sedar tak sedar org gaji MIL saya sudah tamat kontraknya selama 2 thn dan sudah tiba masenya utk pulang ke tanah airnya..
Secara jujur saya rasa sayang juga pada dia yang kami panggil 'Neng' ini..Kenapa ye?

Bukan apa susah nak mencari org gaji yang menepati citarasa kan?
Neng mmg seorg yang sukakan kanak2 apatah lagi sewaktu dia menjejaki ke rumah my MIL, anak yang ditinggalkan di Indonesia itu sebaya dgn anak saya E-in yang waktu itu berumur 1 thn lebih..Jadi mmg dia melayan E-in seperti anaknya...malah kalau saya tinggikan suara sikit pada E-in dia pula yang ckp "jgnla marah dia kak..kasiannnn...", alahai..sayang sungguh dia pada E-in...
E-in buat apa pun tak pe..sepah2 walau pun baru lepas dia mengemas pun dia tak marah..E-in pun mmg manja juga ngan Mak Nengnya ini...Neng seorang yang lemah lembut..kadang my MIL ada juga marah dia kalau kerja tak betul tapi dia tak mudah nak merajuk atau ambil hati
..mmg lemah-lembut..tak seperti yang sebelum2 ini ada yang cepat merajuk ada pula yang kuat melawan..paling tak tahan ada yang mmg tak suka budak..


Walaupun org gaji baru sudah sampai, dia pula yang rungsing takut tak pandai menjaga E-in 'nya' itu..lagi parah yang baru sampai ni baju budak lelaki perempuan pun tak reti nak beza...dipakaikan baju Honey yang kurus itu pada E-in...saya dpt lihat merah matanya sambil bercerita tentang kebimbangannya itu..

Kalau diikutkan kami memang minta dia dtg balik ke sini, tapi yelah dia pun sudah ada anak dan bersuami...Jadi perlu ada keijinan gitu..Sebenarnya umornya pun masih muda, dtg bekerja di M'sia ini pun kerana hendak melunaskan hutang keluarganya kepada Pak Joko...dan saya lagi terkejut kerana sebenarnya dia juga dipaksa berkahwin dengan Pak Joko ini...kesiankan? terpaksa berkahwin dgn org tua yang boleh dikatogerikan sebaya dgn bapaknya...bermadu pula....Saya juga pernah melihat Pak Joko ini yang pada mulanya saya sangkakan bapanya dtg melawat....Entah2 pulang ke sana nnt duitnya diminta lagi...apalah nasib yang bakal menimpanya nanti?
Mungkin sbb itu juga si Neng ini mmg katanya kalau boleh dia pun mahu bekerja lagi di sini..


Maka oleh kerana service yang diberi memuaskan hati, maka saya telah membawa dia berjalan2 dan makan2 hari ini....Sebelum ini selalu hadiahkan pakaian tetapi tak pernah bwk kelu
ar mkn2 sbb dia duduk dengan keluarga mertua...... jadinya saya menghadiahkan sepasang kasut pilihannya. Tersenyum dia berterima kasih. Keluarga mertua pula menghadiahkannya barang kemas dan juga handset baru...terima kasih neng atas khidmat mu itu!!!!
Harap2 dapat berjumpa lagi di lain masa...

No comments:

Post a Comment

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers