Tuesday, June 24, 2008

Suatu kisah kejujuran

Petang tadi sewaktu pulang dari tugas mengawas SPM(U)
saya seperti biasa memasang radio sambil mendengar celoteh si dj
selain menghilangkan mengantuk kekadang ada juga informasi terkini
yang dibualkan...

Saya tertarik dgn satu perbualan mengenai kejujuran..
kata pemanggil tersebut dia sudah putus dgn kekasihnya
dan telah mempunyai kekasih baru..namun tanpa
diduga kekasih lama menagih kembali kasih lama...
dan kerana itu hubungannya dgn kekasih baru agak terganggu..
bila dj bertanya..bagaimana kekasih baru itu tahu?
katanya "saya yang bagi tau..ye lah kite kena jujur"
Dj itu pun membalas " itulah kenapa bagi tau..kita tak boleh jujur sangat.."

Saya bersetuju dgn si dj kerana bagi saya jujur itu biar bertempat
kalau ia boleh membawa buruk dari baik apa salahnya kita
bersikap hipokrit sedikit..bukannya saya bersetuju seratus peratus
dgn menipu
tetapi kekadang ketidakjujuran itu juga perlu
dalam mengekalkan
hubangan kita dgn insan2 di sekeliling kita..
mmg ada ungkapan " Bercakap benar w/pun pahit"
namun bergantung juga kepada situasi...
contohnya ada satu kisah...

Dua sahabat baik yang berkawan sejak kecil..A dan B
Si A seorang gadis yang cantik dan mempunyai ciri2 gadis
idaman seantero jejaka di seluruh dunia..manakala
si B pula mempunyai fizikal yang berlawanan..
berwajah tidak menarik langsung ditambah pula dgn
kulit yang tidak secerah mana, berwajah masam serta berbadan
gempal..suatu hari mereka berdua keluar membeli-belah pakaian
untuk suatu majlis makan malam, maka mereka
mencari fesyen idaman mereka...bagi si A tidak mengambil masa
yang lama..almaklumla kalau sudah cantik, tinggi lampai, putih
melepak pakai apapun nampak kena...malang bagi si B..puas dia mencari
dari satu butik ke satu butik tiada yang berkenan..kalau ada pun,
saiz pula yang tidak ada, kadang warna pula tak sesuai utk kulitnya..

Si A yang dari tadi sabar meneman sudah pun hilang sabar..
berjalan dgn kasut tumit tinggi 4 inci apatah lagi..badan penat..
kaki
pun sudah sakit..si B pula pelbagai kerenah yang di beri..
itu tak sesuai, ini tak sesuai...akhirnya bila tiba di satu
butik mewah si B akhirnya berkenan dengan evening dress berpotongan
agak ketat dan tanpa melepaskan peluang si B terus mencuba

dan bertanyakan pendapat sahabatnya itu.."ok tak baju ni

dgn aku?Cakap betul2 tau..jgn tipu" tanya si B sambil memusing2kan
badannya..Si A serba salah..tetapi kerana selama ini hubungan mereka
selama ini berteraskan kejujuran maka si A berkata dgn lembut...
"aku rasa tak sesuailah..sebab warnanya hijau dgn purple gelap tak
sesuai utk kulit engkau, lagipun baju ini ketat, perut engkau buncit dan
nampak lemak2 kau yang berketul2 tu. Lagi pun aku rase..kalau kau pakai baju
apa pun tiada sesiapa yang akan ambil peduli kot sebab selama ini kalau
kita berjalan berdua
pun selalunya orang akan tengok aku dulu"

Nah...bagi saya kalaulah si A sejujur itu, sudah tentu si B akan terasa hati,
malah lebih dalam lukanya kerana kata2 itu w/pun jujur tetapi
sangat pahit dan mungkin menyebabkan si B merasa terhina dan rendah diri..
bukannya
merasa berterima kasih di atas kejujuran sahabat baiknya itu.

1 comment:

  1. menurut saya, si A sudah benar dengan berkata jujur, namun yang salah dari si A adalah bagaimana cara dia menyampaikan kejujurannya....seharusnya kejujuran si A disampaikan dalam bentuk saran saran yang bijak...misalnya karena tubuh si B gemuk maka siA bisa menyarankan untuk memakai baju yang hitam atau gelap....tidak ada yang rugi ketika kita menyampaikan kejujuran karena Alloh akan membalasnya dengan seimbang....rumahbaikhati.blogspot.com

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers