Tuesday, October 14, 2008

Apa nak jadi?

Sepanjang minggu PMR saya ditugaskan untuk menjadi guru bertugas petang. Jadual diberi masuk pukul 12 keluar pukul 5.30 petang. Saya menerima tanpa banyak songeh..kang byk songeh kena ban laks..hehe..Lagi pu tugas tu tak berat bagi saya. Harapan sy mohon tiada apa perkara yang tidak diingini berlaku supaya saya tak kalut kena handle itu ini..
Sesampai di sekolah, sy terus berjumpa guru yang bertugas pagi untuk mengetahui serba sedikit maklumat yang berlaku sepanjang pagi tadi. Saya dimaklumkan ada pelajar sakit (accident) yang dikuarantin di Bilik PIBG. Kakinya bersimen dan berkerusi roda. Saya mengikut rakan saya untuk memantau keadaan kerana sy pertama kali berdepan masalah calon sakit walaupun sblm ini sy biasa mengurus peperiksaan (sy pegang jaw sbg s/u peperiksaan SPM di sekolah terdahulu). Saya juga diberitahu calon tersebut memakai pampers kerana beliau tidak mampu ke tandas kerana kakinya bersimen hingga ke paras peha. Alhamdulillah tidak susah kendalikan pelajar tersebut kerana ada pelajar lain yang sudi menolong.
Kemudian saya dikejutkan dgn berita seorang pelajar telah dipukul. Mengikut cerita pelajar tersebut keluar selepas peperiksaan BM kertas dua. Sebenarnya pihak sekolah sudah buat peraturan tidak membenarkan pelajar balik kerana petang mereka masih ada lagi kertas yang perlu diduduki. Cerita lanjut dan punca kejadian serta siapa yang terlibat tidak dapat sy ceritakan kerana sudah menjadi kes polis, yang pasti mangsa dipukul hingga pengsan dan bila dibawa balik rakannya ke rumah, dibaringkan mulutnya berbuih2..Masyallah..minta jauh dari tuhan.
Sedihnya kan? sepatutnya mereka minggu ini bergelumang dan bertungkus-lumus menjawab peperiksaan tetapi mereka lebih suka berperang dgn manusia. Tanpa ada iman mereka terjerumus kepada perkara yang merugikan..Bukan guru tidak ajar segala nilai2 murni..kadang sampai terlebih ajar pun ada..ibarat mencurah ke daun keladi..setitik pun tidak disimpan di hati. Puas juga kami menadah tangan kepadaNYA agar diberi petunjuk dan keinsafan kepada mereka namun tetap jua berlaku. Namun jika empunya diri sendiri tiada niat untuk berubat begitulah jadinya..
Ini baru satu..byk lagi kes yang lebih hebat, kurang hebat, sederhana hebat berlaku..yang semuanya merugikan. Bagaimana dgn generasi akan datang agaknya? Risau juga hati saya sebagai seorang ibu memikirkan apa yang bakal dihadapi anak2 saya nanti. Minta tuhan lindungi dari segala perkara yang tak diingini serta memlihara mereka dari kejahatan dan aktiviti yang boleh menjatuhkan maruah keluarga dan agama. Amin.

No comments:

Post a Comment

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers