Sunday, October 5, 2008

The Chamber of Secret has been open!!!

Assalamualaikum kengkawan..maafle dah lama tutup diari ini..
hari ni baru ade peluang nak buka..nak bersih2 skit segala habuk dan debu yang ada..
almaklumla kalau rumah yang lama tak berpenghuni, bukan aje sawang berdebu..
malah makhluk lain pula yang datang...ayooo...hehe

Ada juga kengkawan yang tanya kenapa tak invite..nak passwordla..
hehe..actually tak de cerita yang hangat mau cerita sbb itu yang tutup kejap.
Sori ye..

Di kesempatan ini saya ingin mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada semua readers dan kengkawan sekalian. Harapan saya semoga aidilfitri kali ini memberikan seribu lagi kenangan indah dalam hidup anda di samping insan tersayang..

Saya pulang ke kampung pada hari Sabtu lepas..alhamdulillah perjalanannya lancar tidak seperti yang kami jangkakan sebelum ini. Kami selamat tiba dikampung jam 3.00 petang. Seronok tak terkira rasenya dapat bertemu ma dan abah di kampung. Dapat juga merasa berbuka bersama mereka. Esoknya adik lelaki saya pula sampai sewaktu kami sedang berbuka puasa dan diikuti seorang lagi adik saya yang dari Miri, Sarawak. Kegembiraan bertambah dan kebahgiaan terpancar jelas di wajah ma dan abah yang selama ini berdua sahaja.

Hari raya pertama saya menyediakan nasi arab, daging rebus cicah asam, ayam masak merah, acar jelatah serta roti jala yang ditempah (selalunya sy buat sendiri..tahun ni malas skit.. :P) berserta gulai ayam kentang utk meneman roti jala dan macam2 lagi. Seawal jam 4 pagi saya sudah bangun menyediakan juadah. Saya sudah berazam tidak mahu membebankan ibu saya. Alhamdulillah ma tersenyum dan berterima kasih apabila kerja hampir selesai sewaku dia menjengah ke dapur.

Hari raya ketiga kami mengadakan kenduri kesyukuran a.k.a kenduri menyambut menantu perempuan. Makanan ditempah dgn katering tetapi kami hidang sendiri secara buffet. Oleh kerana masalah air yang memang lah menjadi tradisi di kaws. ini setiap kali waktu perayaan terpakse juga kami belikan pinggan kertas. Mungkin kalau di KL jamuan menggunakan pinggan kertas adalah biasa sewaku jamuan tetapi kalau di kampung saya ia akan jadik buah mulut org.Bagi mereka, mkn di dlm pinggan kertas seperti kurang meraikan tetamu. Namun alhamdulillah setelah diterangkan dan ada juga yang mengalami perkara yang sama mereka jua memahaminya.

Penat tidak terkata walaupun kenduri secara kecil2an. Sebelum tidur semua tong2 dan bekas2 gulai yang besar saya basuh. Semalam sebelum saya bertolak ke KL saya pastikan semua barang dan pinggan mangkuk serta bekas buffet semuanya dibersihkan, dilap kering dan disusun balik ke dalam almari. Lantai juga disapu dan dimop. Walaupun penat kerana berseorang (ma saya sibuk dengan kerja2 lain) tetapi puas hati kerana sekurang2nya ma saya tidak akan penat mengemas berseorangan lepas ini. Almaklumlah ibu saya masih lagi berkerja. Hari Ahad sudah masuk kerja.

Setelah berpuas hati baru bertolak ke KL. Malang sekali perjalanan kami tidak selancar perjalanan sewaktu pulang. Bertolak pukul 3.45pm dan pukul 9.10pm kami baru sampai di MRSM Kuala Krai kerana menghantar adik saya bersekolah di situ. Fuhhh...sudahlah inilah pertama kali kami berjalan waktu malam..jam pula. Syukur suami sabar memandu. Kadang saya mengeleng kepala melihat sikap2 pemandu yang saya rasakan tergolong dalam orang yang bodoh. Bayangkan sudahlah sesak teruk, jam from bumper to bumper, jalan satu lane tetapi masih ada yang memotong dari sebelah kiri...kemudian memotong barisan. Ada yang lagi berani memandu di lorong bertentangan dengan laju..memotong banyak kereta..tanpa berfikir jika ada kenderaan dari arah yang bertentangan. Kadang saya yang menjerit dan berdebar bila melihat mereka hampir berlanggar dgn kenderaan dari depan yang kadang bas dan lori besar2.

Kalau accident mereka sahaja tidak mengapa..tetapi melibatkan org lain..maaflah kalau ada yang membaca entry ini dan jika anda atau suami anda memandu dgn sikap yang begitu ingin saya katakan bahawa anda adalah org yang paling BODOH dari KELDAI!!!! Dan sewaktu saya menulis entry ini juga saya mendapat berita ada kemalangan maut di Kuala Krai malam tadi jam 11 disebabkan bertembung dgn kenderaan dari arah yang bertentangan. Hmmm...

No comments:

Post a Comment

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers