Monday, January 5, 2009

Hero Sr. & Hero Jr. Double Birthday!!!

Bila tibanya si bulan Januari, adalah bulan yang banyak makna bagi saya. Ada yang best ada yang tak best. Yang tak best sbb kena masuk kerja balik, busy balik, no time for blogging, tido2 di siang hari dsbnya aktiviti yang rileks2. Bulan Januari juga mengingatkan saya kepada arwah atuk saya yang meninggal. Al-fatihah buatnya. Saya sayang tok ayah. Semoga arwah tok ayah tenang di sana.

Bulan Januari juga merupakan bulan tarikh kelahiran insan2 yang saya sayangi, of course my 2 hero!!! Suami pada 13 Januari dan my liltte hero 9 Jan (actually my due date dulu same day ngan hubby tapi sbb demam so doc induce kasi saya bersalin cepat!!! Huhu...tersangatla 'best' kena induce nih!!). Maka genaplah umur cik abe 33 thn dan E-in 4 tahun. Tahun ini saya tak buat besar2an...chewah macamlah thn sebelumnya pun buat besar2an. Ikhlas saya katakan setakat ni saya tak pernah buat birthday party besar2an. Setakat mkn2 skit utk bersama family in laws. Nak sambut dgn family sendiri jauh sgtla pulak. Okla setakat nak bagi budak2 hepi..blow the candle then cake cutting. Ambik2 gambar skit.Lagi pun awal tahun umi tersangatla busy..samalah dgn ayah pun.

Oh! 21 Januari juga merupakan harijadi adik bongsu saya, paksu Hani...Mohd. Syafiq, genap 14 tahun. Kini sedang menuntut ilmu di MRSM Kuala Krai. Belajar rajin2 ye dik..tahniah baru ni dapat Anugerah Penghormatan Pengetua. Teruskan usaha!!!
----------------------------------------------------------------------------------
Apapun umi tetap bersyukur kepada tuhan kerana mengurniakan insan2 ini. Merekalah penggerak semangat. Melalui mereka saya kenal erti kasih sayang sebagai kekasih, isteri dan ibu. Mereka menjadikan saya matang bersama waktu suka dan duka bersama.
Buat Abang, Anese doakan abang
  • panjang umur (byk lagi yang kita perlu tempuhi dan ingat segala cita2 kita)
  • kesihatan yang baik (jgn lupa buat fully medical check-up)
  • dimurah rezeki (rezekimu, rezeki kami jua...hehe)
  • berjaya mencapai ur resolution yang nak kuruskan badan itu
  • sentiasa dihormati oleh semua org
  • dan segala yang terbaik!!
  • Anese sayang abang dan kami semua sayang ayah!!!

Buat E-in umi doakan

  • E-in akan pandai bertutur..umi nak sangat dengar patah demi patah dari bibirmu sayang!!!
  • Semoga segala terapi dan treatment nanti akan memberi perubahan buat E-in kerana umi tahu E-in seorang yang cerdik dan cerdas!!
  • Sihat dan membesar dengan sempurna
  • Semoga tuhan melindungimu sentiasa
  • Umi sayang E-in, ayah dan kakak pun sayang E-in. Tak perlu buat perbandingan dengan yang lain kerana E-in adalah paling istimewa yang tuhan anugerah pada umi!!!! Luv u baby!!!

My both Capricorn Hero also share same interest too...

  • both luv orange!! My hubby mcm tak rase pahit ke payau masa koyak kulit oren dengan gigi...urrr...skang ni e-in pun dah leh buat jugak!!
  • Ribena Mania!!!! adusss....ini mcm dah jadik kewajipan lakss...harus bukak kilang Ribena nih!!
  • both suke gigit kuku tangan (apsal jari kaki tak gigit sekali?????)
  • suka laksa penang!!
  • suka tgk tv sambil silang kaki!!! Ish!!!Ish!!!
  • suka tgk tv sambil teleng..like menjeling cam tu..(ayah tak mo ngaku tapi certain dia tak perasan jadik cam tu mase tgk tv)
  • both yang suka kalau dah siap elok semua mandi pepagi pastu baru terasa nak membuang!!!! geram tul kalau nak cepat nak gi memana!!
  • Same sleeping stail...seriously saya ada gambar mereka yang tidur dgn gaya sama!!!!
  • both ada kaki yang bersaiz besar!!! Huhu masa untuk membeli-belah sepsg kasut mereka = 10 kasut saya!!

banyak lagila...soon bila E-in besar mesti lebih byk yang boleh kongsi dengan ayah. Body frame pun mcm ayah..rangka besar. Hmm...hidup saya bahagia sgt dgn insan2 ini. Colors of my life!!!!

1 comment:

  1. happy besday E...moga murah rezeki,moga jadi anak yng soleh & moga sentiasa di beri kesihatan yg baik..

    anese buat besday parti jgn luper jemput aku yer..

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers