Thursday, January 29, 2009

Kerajinan Anak Teruna

Aktiviti begini adalah antara yang disaran dlm Terapi Cara Kerja. Nampak biasa bagi ibu2 yang tiada anak autisme seperti saya, tetapi ini adalah satu effort yang baik bagi saya dan E-in. Jadi kepada pembaca kalaulah ada perkara2 yang saudara/i rase adalah perkara yang remeh bagi anda tetapi ia adalah perkara yang bermakna buat kami. Tak dapat nak bayangkan seronoknya perasaan bila dia menerima dan memahami arahan kami.

If u notice, cuba dgr bunyi yang dia keluarkan. Itulah bahasa dia setiap hari..sama seperti bayi berumur 1-2 thn w/pun umor sudah 4 thn. Inilah anak autisme. Kadang dia menunjukkan reaksi menakjubkan kami kerana kekadang kami juga sekali sekala under estimate him. Tapi tak sangka dia boleh lakukan. Kadang dia mengeluarkan perkataan2 yang tepat benar dengan apa yang lihat, mahu atau sedang dibuat. Ketika itu kami akan impressive dgnnya.

Byk lagi perkara yang perlu dibuat dan dilatih untuk membantu merawat E-in. Memang letih menjaga kanak2 seperti ini. Memang amat memerlukan pengertian dari masyarakat yang kadangnya menanggap atau membanding dgn anak2 normal mereka w/pun sudah diberi penjelasan.

Setakat ini w/pun didiagnosis AUTISME, tetapi tahap apa kami belum pasti lagi kerana autisme byk kategorinya. Di kalangan kanak2 autisme juga berbeza sikap dan sifat yang dimiliki. Mujur dunia internet membekalkan pelbagai info yang berguna bagi ibu bapa seperti kami. Tidaklah terasa keseorangan.

2 comments:

  1. Semuanya ujian Allah... Harap cekal dan tabah kalau ada yang membeza-bezakan. Yang penting kita sendiri tahu apa yang berlaku.

    Setiap perkara pasti ada hikmahnya.

    Dan kita perlu bangga dengan apa yang kita ada sebab tak ada yang sempurna.

    ReplyDelete
  2. kecekalan akan mmbawa kpada keyakinan diri dan tidak pernah kenal erti putus asa..
    smoga anis tabah ye dikk..

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers