Saturday, February 21, 2009

Diarrhea + Vomitting yang tak sudah

Curi masa sebentar sementara E-in tidur keletihan kerana cirit-birit dan muntah2 yang tak berkesudahan. Bermula Jumaat lepas dia kena cirit-birit dan muntah2 selama 3 hari, kemudian diikuti demam dan kemudiaannya dia tak boleh berjalan sehingga membawa kami berjumpa pakar ortopedik. E-in semalam boleh berjalan seperti biasa. Dia riang seperti sediakala. Lihat saja gambarnya semalam.

Kemudian pagi ini dia muntah2 bermula jam 5 pagi dan diikuti cirit-birit sehingga jam 9.30 pagi. Tanpa berlengah kami ke Prince Court sekali lagi. Kali ini dirujuk dgn Paediatric, Dr. Sharmila Kylasam. Semasa berjumpa pun E-in masih lagi cirit-birit. Nasib baik tandasnya tersgt bersih dan luas serta selesa. Urusan menukar lampin menjadi mudah. Dr. Sharmila juga ke tandas utk melihat sendiri warna najis yang keluar. Tiada pendarahan. Perut juga bila disentuh dan diperiksa tidak menunjukkan tanda2 luar biasa..alhamdulillah tiada apa yang tidak diingini. Mungkin E-in cirit birit disebabkan virus. Dia kemudian menasihatkan kami supaya...
  • E-in meminum air garam yang diberi serta air yang byk (hv to paksa..E-in mmg refuse tadi!!!)
  • Berhenti mkn ubat yang menghentikan muntah & cirit-birit yang dibekalkan klinik sebelum ini kerana dia mahu segala najis yang mengandungi virus boleh keluar dan kejadian cirit-birit tidak berulang
  • It's ok kalau dia tak mahu makan tetapi beri dia susu seperti biasa dan tak perlu cairkan dan gunakan sukatan yang betul
  • Tgn kami dan E-in perlu di basuh bersih untuk memastikan tidak berjangkit
Anak umi yang lemah je..tak mahu mknn lain selain susu.

Kat tgn sy tu hasil X-ray Khamis lepas

Dalam tempoh ini..kesian kepada Hani sbb kurang perhatian kepadanya. Bila ada peluang mase tu lah dia ambik kesempatan untuk bertempek dgn ayah.

E-in dah tukar baju sbb tadi dah tercirit... :(

Dlm lif..mmg first class hospital ni. Nasibla panel..kalau tidak mmg tak berani nak dtg...hihi...Ayah kata umi masih ada quota 5 kali untuk bersalin kat sini..huhu..mmgla umi pun next time teringinla nak bersalin sini..tapi takde la smpi 5x!! :P

Tunggu ubat di bhgn lobi yang mcm hotel. Kesian anak umi dah mengantuk.

See..ubat pun masuk lam paper bag. Mcm gi shopping pulak.

Segala urusan selesai hampir jam 2 petang..Hani sudah komplen lapar2!! Singgah mkn kat Pavilion. Takleh tahan smpi rumah. Singgahla kasi dia mkn dan kami jugakle.

E-in mknla jugak sedikit roti dan pasta. Tu pun bbrp suap juga. No appetite langsung anak umi ni. Balik tu smpi tadi dia masih muntah +cirit-birit. Perutnya kembung smpi bunyi seperti kompang bila di tepuk sedikit dgn jari. Tadi dia terjaga sekejap, cirit lagi...kemudian sambung tidur..kesian anak umi. Tadi umi cuba tuam perut dan belakang..tapi dia tak suka langsung w/pun tak delah panas mana.

Umi urut dan sapu minyak angin skit kasi dia selesa. Usah tanya pasal tilam, cadar + kain yang perlu dicuci...mmg byk yang terkena muntah walaupun sudah disediakan plastik muntah. Pakaian pesakit cirit-birit juga perlu diasing supaya tiada jangkitan.

Cepatlah semua ini berlalu tak sanggup melihat anak umi dlm keadaan mcm ni. Umi nak tgk E-in gembira dan aktif seperti biasa. Umi lebih rela penat menjaga asalkan dia sihat. Ibu mana tak sayangkan anak.....

4 comments:

  1. anese...
    kesian nye kat e-in...
    insyaAllah cepat sembuh yer e-in...

    ReplyDelete
  2. 1. 3 hari dah cirit birit n muntah? Bukan keracunan makanan ke?

    2. Prince Court? Dah sangat beruntung dapat panel kat situ. Takde rupa hospital langsung. Silalah bersalin disana dan share nanti. Huhu.

    ReplyDelete
  3. anese
    aku xtau la knp dgn pc aku nie...bila buka blog ko aku leh tgk gmbr jer
    huhuhu

    ReplyDelete
  4. Mrs.FHM
    Insyallah...tq!

    AMANI
    Mungkin juga..tapi doc tu kata mungkin sbb virus sbb tu berpanjangan..nak kata keracunan..yang pompuan tu tak kena pula..mkn mknn yang sama..

    Hohoho..nntla 2-3 thn kalu mau share..hehe..lom ada niat nak tambah lagi..nak settle E-in dulu biar dia pandai berdikari.Tapi bila tgk hosp ni..mmg rase cam skang gak nak gets pregnant!!! Hahaha...

    Azie
    Hmm ada lah tu something wrong dgn connection between us..nak check pun tak pandai IT...huhu

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers