Monday, February 23, 2009

I wanna be a SUPER MOMMY !!!!!

AKU TENSION!!! Fikiran berkecamuk antara memenuhi tanggungjawab di rumah dan di tempat kerja. Terlintas di fikiran..alangkah...alangkah...bagusnya jika aku seorang surirumah. Tiada bebanan lain di fikiran hanya suami, anak dan rumah. Hari-hari yang berlalu tanpa diganggu langsung dgn bebanan di tempat kerja, tanpa perlu memikirkan..apa yang mahu diajar esok, disemak, dicatat, apa mahu di key-in esok, apa mahu ditulis minit esok, apa mahu masuk mesyuarat esok, apa yang mahu diedar, apa yang mahu diisi, ditelefon sana sini...apa mahu buat untuk aktiviti sukan esok..apa..dan apa2 lagi.

Bila anak sakit yang berpanjangan bukan mudah mahu memahamkan org bila mahu ambil cuti, keluar ke hospital waktu bekerja, emergency dan sebagainya. Mungkin org mahu mendengar dan faham TETAPI bukan bermakna mereka SANGGUP utk mengalas beban kerja kita walaupun sedikit. Nama sudah termaktub dlm pelbagai AJK kerja, sbg ketua, sbg pengikut, sbg kuli dan sebagainya.....u punya nama u have to do it la by hook or by crook pun.....Ah!! sama sekali saya tak salahkan mereka. Mereka juga ada bebanan berat mahu ditanggung!!! Mana bisa untuk menanggung lagi....telinga yang telah sudi dipinjamkan utk aku bercerita sudah cukup baik bagi aku!!

Aku serba salah bila mahu ambil MC, cuti rehat, nak mintak balik awal dsbnya. Bila minta bermaksud aku sudah meninggalkan kerja2 aku yg kadang kala melibatkan rakan kerja lain. Argghhhh...aku masih baru di sini..tiada insan yang betul2 boleh aku minta tolong seperti rakan ditempat lama. Tradisi di sini lain. We can be best friends in anything accept works!! That one..you hv to walk alone ok!!!Others..we can shopping together, sharing foods..bla..bla.

Jumaat lepas aku terlibat dlm meeting yang kemudian tugas yang berderet selepas itu..huhu..siapa mau tolong???? Walau aku susah mcm mana pun....sibuk macam mana pun.....walau anak aku dlm condition tak berapa sihat yang memerlukan aku punch card tepat2 loceng berbunyi untuk pulang awal (Which is bukan kebiasaan aku balik on the dot!!) pun tak akan ada insan mahu tampil membantu. Sekali sekala bolehla..bukan kerap.

Sebab itu terlintas jua difikiran...alangkah...alangkah bagusnya jika aku tak bekerja..semua benda ini tak perlu aku fikir..sekarang E-in sakit tak perlu aku serba salah nak bertouch screen kat HP nak call bos bgtau aku tak leh dtg. Tak payah aku fikir..yang esok nak kena pegi jugak sekolah..tawakal je tinggal E-in dirumah MIL..sbb nak submit apa2. Nak tunggu loceng berbunyi buat aku cukup terseksa sbb sbg ibu pula aku rase tak sedap hati selagi tidak menjaga sendiri anak aku dlm keadaan yg memerlukan belaian aku. Aku rase hanya aku sahaja yang tahu bagaimana nak buat E-in selesa. Bukan org lain hatta nenek dia sendiri. Aku ibunya!!

NAMUN hari ini TERLINTAS di fikiran aku..ini semua dugaan tuhan. Allah mahu aku jadi lebih kuat dari sebelumnya. Mahu aku tabah dan mampu mengendalikan kedua2 keadaan. Mahu aku lebih berusaha mencontohi insan lain yang lebih byk dan berat dugaannya. Sebelum ini aku leka, suka bermalas2, kadang suka bertangguh, abaikan rumahtangga, abaikan suami dan anak bila ada byk kerja, kadang aku lebih beratkan kerja banding anak....masa lebih byk di tempat kerja, kadang juga aku tak tahu membahagi masa..urus rumah, anak dan kerja. DIA mahu aku sedar bahawa manusia ini bukan hanya ada satu fungsi sahaja. Ada byk lagi yang boleh dimainkan peranan.

Melihat mereka2 yang disekeliling aku, yang cekap menguruskan segala hal membuatkan aku merasa iri hati dan rendah diri. Apalah sgt sumbangan aku kepada kedua2nya??Aku terasa ingin menjadi SUPER seperti mereka. Mahu jadi EXTRAORDINARY. Sejauh mana kekuatan diri yang ada aku pun tidak pasti sbb aku belum pernah mengujinya sebegitu tekad. Namun jauh di dasar hati ku..terselit impian aku mahu menjadi SUPER MOMMY!!! Insyallah.....

4 comments:

  1. dun wori too much...apa2 pun berdoa padaNya minta dipermudahkan segala urusan...moga ur son cpt sembuh ye

    ReplyDelete
  2. Alis
    kak za paham sgt apa yang Alis rasa tu..kita mahu yang terbaik untuk setiap apa yang kita buat kan..lebih2 lagi untuk anak.Semua ini ujian, tabahlah dan bersabarlah. E-ien sakit perut lagi ke..ambillah cuti sehari dua dan habiskan masa dengan dia.

    Kak za dah rasa semua itu dan sekarang bila tak kerja memang sgt rasa tenang dok kat rumah ngan anak-anak.Tapi tekanan dtg dari org sekeliling yg bertanya pasal kerja..bila nak kerja? takkan nak dok kat rumah aje? huhuuhu ada yg pandang rendah pada kita bila jadi suri rumah ni.

    Pada masa2 tertentu tekanan sekeliling menyebabkan kita berserabut dan tak boleh nak focus pd sesuatu. Tak apa, benda ni bersifat sementara sahaja. Berdoalah supaya E-ein cepat sembuh.Doa ibu sgt cepat makbulnya. Sekurang2 nya anak2 Alis dijaga bawah pengawasan neneknya, bukanlah orang asing atau nurseri yang tahap penjagaannya teramat-amatlah kurang.

    Semoga Allah mempermudahkan setiap urusan kita hendaknya.

    ReplyDelete
  3. jangan campur adukkan kerja dan keluarga..pentingkan keluarga... walau apa pun terjadi, walaupun ko berenti keje sekali pun, akan ada orang yang akan buat kerja ko kat opis tuh... start to say 'no' to jawatan2 sampingan...

    ReplyDelete
  4. Ms.Lilies
    Ya moga2 sembuh sepenuhnya

    Kak za
    Thanx kak za..sesungguh apa yang kak za cakap tu semua umpama a part of me too...Jadik cikgu ni org ingat mudah tapi bkn seperti yang dikata. Belum terjun belum tahu sedalam atau secetek mana. Nak ambik cuti tak boleh kak za..sbb kami ni mase cuti sekolah dah bercuti jadi no more cuti2..no istilah emergency leave. Yang ada pun cuti rehat 7 hari/year. Tu pun tak boleh ambil 2 hari berturut2..kena ambik sehari je utk satu permohonan. Tu lah nak berhenti byk kekangan..nak pikir org tua kita dan belah sana sekali..byk kontra dari pro....hmm..harap anak2 sihat selalu hendaknya..

    Redghost
    thanx for the opinion...tu la nak say no sy ni mmg tak reti. adala jugak yg buat2 tak tahu tp at the end rase bersalah la plak...hehe..

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers