Tuesday, February 10, 2009

Pemeriksaan Sendiri Payudara (PSP) + Sakit Mata


Baru balik dari klinik. Hadui mmg betul kena sakit mata. Ingatkan allergic saja, doc kata mmg skang musim sakit mata. Rugi kerja hari ni. Ooo..saya bukan la rajin sgt nak gi kerja tapi saya tak suka mc dan tak suka jika ada kerja yang saya rancang and my lesson plan yang kena postpone. Saya tak suka jika kerja tertangguh dan saya lambat menghabiskan syllabus. Sebab nnt saya tak cukup masa untuk buat revision dan buat perbincangan dgn students...dan paling tak suka bila students saya ramai fail atau tak score A. Bukan kerana nama tapi kerana kepuasan diri even i don't like my carrier at all now. Maybe saya enjoy teaching but not kerja2 pengkeranian yang lain tu!!!

Saya dapat mc satu hari..harap esok dah baik pasal tak nampak teruk + gatal mcm pagi tadi. mungkin tak teruk sgt sbb tu dpt mc satu hari je..lagipun sepanjang hidup dah 2 kali kena dah. Dah ada antibodi org kata (pepandai2 je aku ni..). Itu satu cerita..lagi satu saya nak cerita pasal "Breast Cancer". Oh..pada yang rase cerita ni terlampau atau kategori tak tau malu..silalah jgn baca. Tujuan saya menulis atas dasar " sharing is caring" sbb saya tahu blog saya dibaca oleh kebanyakannya kaum wanita dan lelaki yang mungkin sudah beristeri atau kalau tidak beristeri pun ada ibu, kakak, adik yang juga kaum wanita. So kalau rase2 sayangkan kesihatan yang ada atau isteri/kaum keluarga anda yang ada itu..mungkin ini boleh tambah pengetahuan yang sedia ada. Jadi tolong baca bkn dgn fikiran yang kotor. Baca dgn sbg manusia yang cerdik akalnya dan matang!!!

Semalam lepas balik dari Desa Water Park saya rasa sakit seperti lenguh dan bengkak dari bhgn underarms to the left side of my breast but not until the nipple. Saya cuak juga cuma rase ok bila cerita kat suami dia kata mungkin sebab tadi dok tarik, dukung E-in maybe ada salah urat. Bgn pagi ni sakit dia lebih kuat sampai nak angkat tgn pun rasa sakit. W/bagaimana pun sakitnya tak dela smpi nak menangis..bolehla tahan lagi. Then i try to picit my nipple then suddenly keluar mcm cecair kuning mcm colostrum, mcm nanah pun ada. Tak bykla sikit sgt. Mcm jerawat pasir tu. Memang saya rase nak mengigil pun ada. First thing terfikir adakah "penyakit" itu? Hanya tuhan yang tahu bagaimana paniknya saya. Yelah...cancer ni bukan boleh detect awal kerana dia tiada tanda sakit. Saya cuba buat PSP, mmg tiada ketulan yang dirasai tetapi that yellow liquid and the panic tu mengatasi segalanya.

Jadi sambil2 jumpa doktor sbb mata saya minta dia checkkan sekali. Dia tanya sama ada saya sudah ada nak belum, mengandung atau tidak then saya tunjukkan juga cecair kuning yang keluar bila saya picit sikit..tapi kali ni lebih sedikit yang keluar..malah hampir tiada. Then dia tanya saya sakit atau tidak..mmg that area tak sakit..yang sakit are armpit tu..Doc said that is my muscle. Alhamdulillah it's nothing to worry...doc said that mmg kadang bagi wanita yang sudah bersalin sometimes our milk gland produce a bit of milk. Saya berkali2 confirm dgn doc!! Serius saya mmg panik..but now rase bersyukur sangat. Malah tiada ketulan yang dirasai/dijumpai...kalau cancer ketulan yang dirasai seperti anda merasai biji mata anda bila mata tertutup dan ketulan itu dia statik tak bergerak.

Bila nak buat PSP perlu check dlm right position dan jgn lupa checkkan juga your armpit area sbb kat situ ada kelenjar limfa. Nodus limfa (lymph nodes) berfungsi sabagai penapis menangkap bacteria, bahan toksin dan sisa-sisa sel. Kelenjar ini didapati berkelumpok diseluruh tubuh dan cecair limfa dari payudara mengalir kepada kelenjar limfa di-kawasan ketiak sebab itu kalau kiter terkena jangkitan mungkin kelenjar dibawah ketiak juga boleh bengkak. Tapi kanser juga boleh bermula dari situ!!

Jadi kawan2 apa yang ingin saya katakan..jangan ambil mudah kesihatan anda. Buatla PSP ini sebulan sekali dan juga "Pap Smear" kerana cancer itu bukan kenal siapa yang jadi mangsa. Jika tidak pasti untuk membuat PSP pergilah ke klinik. Memang kerja ni amatlah renyah + malas + malu juga sbb that is our private part. Mintalah doctor wanita juga. Mungkin kuranglah sikit rase segan. Apa yang penting kesihatan kita. Tak guna harta berjuta atau suami yang hensem atau bentuk badan yang cantik untuk menyarung apa jua fesyen jika kita berpenyakit merbahaya..betul tak?

P/S: Pls goole more info sbb sy bkn pandai nak describe..also bad in writting too. Pengetahuan sendiri juga cetek. Entry ini sekadar penringatan untuk kawan/kenalan yang saya hargai. I would to share this link too.

6 comments:

  1. lin pun pernah alamai perkara yg sama... tapi bila doc tgok tu cuma kelenjar jerk..

    yup elok kongsi benda2 camnie..... kadang kita tak perasan kan..

    ReplyDelete
  2. hai ...im blog hopping dari blog munirah ...

    salam kenalan ...lawak plak baca komen2 kat sana .

    ReplyDelete
  3. alhaldulillah xde pape..just sakit mata...ikshh takut bila dgr akak cite der kuah cecair kuning tuh..macih kak anese share cite mmg kine alert benda2 camni sbb cancer ni menyerang senyap2...tup2 dah kronik!

    ReplyDelete
  4. i pun nak check gak la . . takot!
    err laki pun ada potential untuk dapat breast cancer. . heheheheh

    ReplyDelete
  5. sajer nak share cite nih....dl arwah nenk sedare kena breast cancer n arwah suami dia tanak bwk p sepital sbb x caye kat doc2 nih...saye tgk sndiri dua2 breast dia mase dtg melawat dia saket dulu...yg sebelah da bernanah..n ade ulat...n yg sebelah lg..keras..bengkak n merah2...sian sgt...lalat asek nak hinggap...dia kena mase umo 60 lebeh but b4 dat...dia mmg da lame lumpuh...sian kan?

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers