Tuesday, February 17, 2009

Susu org vs. Susu Lembu ( In my case SUSU SOYA)

Both of my childrens breastfeed tak lama. Hani 3-4 months dan E-in pula about 2 months. Ya..bukan saya tak tahu pasal kebaikan susu ibu ni..tahu sesgt ok. I' m biology teacher la. Saya pun punya keinginan nak menyusukan anak sekurang2nya setahun. Sebab saya tahu khasiat susu ibu memang tak boleh nak banding dgn mana2 susu formula.

Waktu Hani dulu, anak sulung..memang saya akui sy kurang pandai dan kurang paham sgt. Mungkin umor saya yg terlalu muda belum matang benar fikiran, merasa sukarnya memberi susu badan pada anak. Hani pula mase tu jenis cerewet. Almaklumla tuannya jenis tak pemakan, kadang pengaliran susu agak laju pun dia mengamuk tak suka. Mungkin dia tak sempat nak telan. Kemudian dia jenis suka menyusu sikit2 tapi lama.

Tiap2 petang dia menyusu dari jam 7 pm up to 11-12 pm. Memang sakit pinggang dibuatnya. Dia juga jenis kurang tidur. Dia berjaga hingga jam 5-6 am, tidur bila hampir waktu utk sy bersiap2 pergi kerja. Berjaga pula bukan jenis boleh letak..have to dukung. Dukung lak tak boleh duduk. Mesti berdiri!!! Kalau tak kena gaya dia akan menangis sampai tak bunyi suara tau..menangis sampai naik biru. Nak tak nak kena ikut juga keinginan dia. So bayangkanlah betapa tensionnya kami mase tu. Bila diberi botol dia mmg suka. Cepat pula dia hisap dan byk jugak kuantiti boleh dihabiskan serta kurang meragam.

Jadi sewaktu megandung E-in saya tekad utk memberi fully breastfeeding kalau tak dapat pun sekurang2nya tempoh penyusuan lebih lama. Jadi sewaktu dalam pantang 2 bulan lebih saya beri sepenuhnya susu badan. Tak campur langsung. E-in memang jenis kuat menyusu. Hehehe..bayangkan berat sewaktu lahir 3.3kg..timbang utk sebulan beratnya naik hampir sekali ganda..6.2kg!!! Seronok tgk. Memang tak meragam. Menangis bila mahu susu saje. Kenyang perut, main dan tidur. Malangnya bila habis pantang, bila perlu kembali bertugas saya tak terpaksa tinggalkan E-in di kampung.

Anak2 sy mmg dijaga oleh MIL di KL. Waktu tu kebetulan org gaji MIL tak cukup. Dengan cucu2 lain lagi jadi mmg tak sempatlah nak jaga. Nak hantar ke nurseri tak diberi. Pelbagai kisah yang ada. Saya pun turut risau juga. Maka nak tak nak tinggalla jugak di kg mak saya dulu. Alhamdulillah dia senang menyusu botol pun..hehe mmg jenis kuat mknkan..tak kisah dgn apa yg diberi. Tiga minggu kemudian saya berjumpa dgn org yg boleh diharap menjaga E-in. Gembira bukan kepalang..almaklumla sepajang tempoh itu tiap2 hari menangis. Cik Abe pun komplen badan i dah kurus. Sedihhhhlaaa...teringat tau. Niat hati nak menyambung kembali penyusuan tak kesampaian kerana E-in sudah mula menolak utk susu badan. Huhuhuhu...dah majuk dah anak umi agaknya.

Sekarang ni E-in masih lagi menyusu. Dia minum susu Isomil kerana dia alah dgn laktosa. Maka Susu Soya jadik alternatifnya. Sebulan dia minum 6-7 tin (walaupun dia mkn nasi jugee). Satu tin 900g plg murah beli dgn harga RM51.90....huhu. Tak mengapalah sayang..demi kebaikanmu umi dan ayah rela berkorban. Apa yang penting anak2 umi sihat. Hani akhir tahun lepas sudah mula berhenti susu. Jadik untuk bekalan kalsium saya galakkan dia mkn cheese dan juga bbrp sumber kalsium lain.

3 comments:

  1. Kos susu pun mahal sekarang ni. Anak saya 5 hari habis sekilo susu. Satu kilo Dugro dalam RM22. 5 hari RM22. Kalau sebulan dah berapa. Tu baru sorang, nanti sorang lagi... Hmmm... Wife saya pun jenis kurus, jadi susah nak susu badan...

    ReplyDelete
  2. Hi Anese, soya is good....you get good and smooth complexion.
    Mothers going to have babies should minum lots of soya, then babies very nice complexion, ha ha.

    I noticed in your profile page about 'Dreams'.
    Here's mine for you....

    Night is longer for those who dream. And day is longer for those who make their dreams come true'.

    You have a nice day and keep well. Senang datang, Lee.

    ReplyDelete
  3. nonie pernah minum 1 kali susu nie...pasal dia alah...lepas tue aku tukar dumex ..xtahan anese mahal...

    anese susu bdn mmg cepat kurus klu ko jumpa aku skrg
    tgk la betapa keringnyer aku...smpi hb aku kata knp kurus sgt nie...ssh hati ker...kui...kui

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers