Saturday, March 14, 2009

Akulah Penyelamat Dunia!

Tempat kerja sy terletak di Hulu Langat jauh ke dlm kg...hampir ke Sg. Congkak, dekat Batu 14. Pagi Jumaat semalam hujan turun lagi bermula jam 6 pagi di area Cheras hinggalah Hulu Langat. Saya yang sudah lambat bertolak ketika itu jam hampir ke pukul 6.53 pagi. Perjalanan dari Ban. Tun Hussein Onn ke sekolah hampir 14km. Aku cuba untuk memecut tetapi bila masuk jalan kg yang dua lane sahaja nak tak nak terpaksa ikut sahaja. Nak memotong memang tak boleh sbb lane satu lagi memang sesak. Hujan pula semakin lebat sampai tak nampak jalan. Perjalanan menjadi semakin perlahan. Beberapa jalan saya lalui mula ditenggelami air. Ish!! Salah aku keluar rumah lambat. Pagi baru terhegeh2 nak iron baju. Memalam kekonon malas takde masa nak buat.


Dipendekkan cerita saya sampai jam 7.35 pagi di sekolah!!! Huh dah lambat. Tapi saya stuck dpn sekolah pun dekat 10 minit. Jalan kecil nak masuk sekolah, kemudian sesak dgn kereta ibubapa yang mahu hantar anak, bas, motor semua ada. Nasib baik bukan saya sorang sahaja. Sepanjang di sekolah hujan semakin lebat. Rase nak melayang bumbung yang ditiup ribut berserta hujan. Ada beberapa cikgu yang tinggal jauh ke dlm Hulu Langat sudah mula bimbang akan terjadinya banjir kerana kawasan di situ memang rendah. Kami pula yang tinggal ke arah Cheras dan Kajang pun risau juga kerana kalau banjir maka tak dptlah kami balik kerana biasanya beberapa jalan arah pulang, kalau hujan sedikit pun mmg akan ditenggelami air. Inikan pula hujan lebat.


Tiba waktu pulang, bbrpa cikgu sudah mengesahkan mmg diorang tak dapat balik dan rumah mereka sudah pun ditenggelami air! Cikgu sesi petang pula menelefon ke pejabat tidak dapat hadir kerana jalan sudah terputus, masalahnya bukan cikgu yg rumahnya di Dusun Tua sahaja tapi cikgu2 yang arah cheras/kajang juga tak dapat dtg sebab jln kat Sg. Serai sudah tenggelam dan arus deras!! Huwaaa..maknanya aku tak dapat balikla!!! Ada cikgu yang cuba balik ikut Sg Tekali ke Semenyih juga patah balik kerana jalan situ juga sudah tenggelam. Ada juga cikgu yg mempunyai pacuan empat roda menelefon kami, dia kata kalau tak berani/kereta kecik/ kereta rendah jgn lalu! Air deras, jam lagi...silap2 kalau terberhenti dekat tgh2 air..mampuih tersedut air masuk lam enjin. Itu satu hal..kadang arus laju leh tolak kereta!!


Saya memang fikir balik ikut bukit yang melalui kaws. menara tinjau dan tembus ke Ampang. Cuma itu satu sahaj jalan yang ada. Saya ajak diorang ikut. Tapi ada yng tak berani nak bawak kereta naik bukit, ada yg takut sesat sbb tak tahu jalan, ada takut nak follow2 takut terputus, ada yang baru dapat lesen tak cekap lagi. Dah tak de org nak follow saya pn mmg nekad nak balik ikut situ. Memang dulu masa sekolah kat Ampang tiap2 hari panjat bukit bukau yang tak berlampu tu.


Kemudian ada sorang cikgu ni husband dia kata, memang jam giller jalan nak masuk hulu langat sbb org tak berani lalu. Dia call srh wife dia balik ikut jalan lain kalau ada. Lagipun dia baru seminggu pki Merc. E200 (sapa kata cikgu takleh hidup mewah..bolehla! Dgn syarat kawin ngan org kaya..hehhe!)..kereta yg byk benda elektronik ni manjala..mana leh kena air. Jadik dia nak follow sy, bila dah sorang nak ikut yang lain2 semua nak ikut. Yang tadi takut2 pun mahu ikut sama. Kalau tak bermalamla korang kat sekolah. Kecoh betul bilik guru masa tu. Yang nak ke toilet dulu takut terkucil pun ada. Ada siap bagik syarat, bawak jgn lebih 40km sejam!! Kalau traffic lights kena tunggu semua lepas, kalau tak tunggu. Kikikiki...memacam. Bising giller mase tu.


Saya rase mcm bawak van mayat je mase tu..punya slow. Takut ada yang terputus..almaklumla hampir 15-17 buah kereta!!! Hahah..rase mcm bwk rombongan kawin/cik kiah pun ada gak! Saya pulak dah bagitau..saya ingat2 lupa jln bila dah smpi Ampang tu, sbb saya tak nak masuk pekan Ampang. Saya nak lalu ikut Taman Seraya kemudian tembus ikut Cheras Baru, kemudian leh tembus MMR2..ada beberapa bulatan yang perlu saya lalu..saya konpius tang bulatan2 tu. Diorang nak ikut je asalkan dpt keluar dari kaws ni. Alhamdulillah..tidak sesat dan rombongan kami selamat sampai ke MMR2 dan saya terus lead mereka masuk highway Cheras/Kajang.


Saya terus ke Jusco selepas itu. Beberapa rakan call ucap terima kasih. Ada yang cakap "Annis..kaula penyelamat dunia aku hari.....kalu tak, tak pasal2 tidor kat sekolahla aku!!". Hehehe..sama2. Tetiba aku rase aku ni mcm Super Women! Kikiki...perasan!!


Notes:

Rupanya ini merupakan banjir terburuk yang jarang berlaku di situ. Anda boleh baca petikan dari Utusan Online dan tgk gambar di sini juga. Air memang dalam giller! Kesian mereka yang tinggal kat situ. Kebayakannya org susah. Saya pun kalau tunggu, jam 6 baru leh balik sbb air surut kat Sg Serai jam 6 petang!!

2 comments:

  1. nasib baik tau jalan lainkan... :)

    ReplyDelete
  2. Hmmm... Cheras baru tu area bakal rumah saya.

    Saya selalu ke SUngai Chongkak dan ada sahabat di sana. Memang situ selalu air naik.

    Nampaknya kena hadapi keadaan macam ni selalu lah kot...

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers