Wednesday, March 4, 2009

Sakit jiwa

Now i know kenapa ramai cikgu masuk wad sakit jiwa...

Sekarang tgh panas dgn kisah buli sama hot dgn kisah politik di Perak. Itu satu kisah. Tapi as a teacher a.k.a kuli gomen rase sedihnya kerja cikgu ni..tak de pihak yang tlg back up. Sekolah seharusnya menjadi tempat menuntut ilmu dan guru pula seharusnya golongan yang perlu dihormati sepperti ibubapa tetapi tidak begitu.

Sekolah kini bagi anak muda adalah tempat yg membosankan, tempat menunjukkan 'kehebatan' dan tempat bertemu jodoh. Salah siapa menjadikan tempat yang mulia itu sebgitu?? Salah guru kerana tidak tahu menjadikan sekolah sbg tmpat yang menyeronokkan utk mereka. Biarlah hakikatnya cikgu bukan lagi kerja mengajar hatta mengecat dinding, buat mural, tukang sapu, tukang kebun semuanya pakej sekali harung bagi menjadikan sekolah itu sedap mata memandang (oh... mmg ada ajk guru bhgn longkang, kebun, peralatan elektrik, mural hatta tandas sekali pun..rase2 kat kementerian lain kena buat ke kerja cam ni???) . Namun masih belum cukup agaknya jiwa ketukangan dan pekebun dlm diri sbb itu pelajar lebih suka ponteng sekolah berjalan2 makan angin kat shopping complex.

Beberapa mlm lepas ada keluar dlm tv komen makhluk ini sbg org tertinggi dlm bhgn pendidikan..bercakap ttg kes buli di asrama. Salah cikgu katanya kerana tidak memantau. Kata- ini amat menyenangkan hati ibu dan bapa sekaligus berbaur politik. Hmm..yelah nak buat mcm manakan..cikgu asrama ni dapat elaun buta agaknya. Tak pantau 24 hours. Cikgu ni dpt elaun pak guard tapi tak buat tugas 24hours 7 days. Sepatutnya cikgu ni jgn balik rumah dok kat situ keep their eyes on the students. Kalau yang dah kawin tu mintak isteri bawa anak ka asrama jika nak berjumpa. Jgn tidur sbb nak jaga pelajar yang beratus. Kesimpulan mmg salah cikgu.

Sabtu lepas as usual..kerja. Ada taklimat ttg pengurusan fail meja. Pot..pet..pot..pet.. taklimat. Saya ok je. Terima jelah w/pun sy nampak tak perlu setiap ada org ada fail meja utk AJK yng sama. Tapi yang best.."fail nnt cikgu2 beli sendiri". Claim?? Apa tu??Kami as a teacher mmgla golongan yang tak familiar dgn claim2 ni. Mcm sy cerita sblm ni la....segala keperluan utk mengajar atau nak buat keceriaan kelas atau apa2...pki duit cikgu. Kalau tak apa guna gaji 'mahal' tu?? Kalau ada majlis besar2, budget skit2 je leh mintak..lebih?? Dlm beg cikgu kan ada. Ntahla sy ni kedekut agaknya..ala berapa sen la kan setakat nak habis duit photostat bhn kat pelajar koman2 puluhan ringgit setiap kali copy, berapa sen sgt harga fail, berapa sen sgt nak beli dawai langsir kelas, berapa sen sgt nak beli dakwat marker, berapa sen sgt nak beli mahjong paper bila student nak buat presentation, berapa sen sgt nak belanja budak minum lepas tolong cikgu, berapa sen sgt nak sumbang beli bhn nak buat keceriaan, berapa sen sgt nak call mak bapak yang malas sibuk nak dtg jumpa cikgu bincang psl anak, berapa sen sgt nak sms parents yang mintak cikgu sms tiap2 hari psl anak dia....BERAPA SEN LA SGTTTTT KANNNNN????????!!!~!!

Semalam pula silap saya mencubit lengan seorang pelajar. Ugutnya mahu saman saya. Salah saya kerana bertanya kenapa dia ponteng kelas Sains semalam. Salah saya yang sepatutnya kena tegur cara lembut dan memahami hati dia kerana dia beritahu saya "SAYA PONTENG SBB HATI SAYA KATA NAK PONTENG". Salah saya. patut saya tak boleh sentuh langsung pelajar. Jgn dirotan atau dipukul, jgn ditegur dgn suara yang tinggi kerana boleh menganggu perasaan pelajar. Itu mmg diingatkan kepada kami. Kami mesti tegur dgn cara lemah lembut seperti "ok..kalau mcm tu lain kali jgn buat lagi..tak baik tau" (sila baca dgn nada paling lembut yang anda boleh baca). Barulah hatinya tak terguris. Kami juga diingatkan jika apa2 berlaku kepada pelajar kami perlu bertanggungjawab.

Aduhai..kepala saya sakit. Kenapala saya jadik cikgu?? Sebab jauh disudut hati "I enjoy teaching". Saya cuma sakit kepala dgn keadaan lain.

16 comments:

  1. huhuuu... sapa xsakit jiwa mcm nih, mmg manja anak2 sekarang kn sbb terlampau dimanjakan la jd mcm nih. Aku dulu masa sek rendah dh bape kali kena tampar rotan dgn cikgu tu xkira lg kalau nasib xbaik jari dia ada cincin lekat la cincin kat pipi,huwaaaa
    psst... kalau aku bdk2 jwb mcm tu ponteng kelas mmg aku pelempang lar kat muka tu,kihkihhh(aku dlu xjwb mcm nih eaa i'm innersen)

    ReplyDelete
  2. Salam,

    Tapi tak menyesalkan jadi cikgu... nak buat macam manakan... hakikat ibu bapa sekarang... mmg lepas tangan. semuanya cikgu yang kena. kalau cubitan kecil yang ko buat itu sudah mahu disaman, jangankan aku ni.. kalau aku di bandar agaknya dahpun dipenjarakan... rotan, pial telinga sampai berdarah, menpsiko budak2, jahat gila aku...nntlah aku buat entri pasal ni.. teringin gak nak melepas geram kat org2 luar yang takpaham bahasa tentang kerjaya termulia dimuka bumi ini..

    ReplyDelete
  3. salam...
    lama akak xjenguk anese. akak dh tutup fp dulu tu.
    uih sakit jiwa gak baca ni. wlpun skang akak tgah cuti, tp mmg kdg2 rasa mcm nak cuti terus dr jadi cikgu. kalau jadi apa yg tak elok seme salah cikgu, tp bila cikgu berusaha nak didik, nak tegur kita plak nak disaman, kita jugak yg nak diserang. mmg sakit jiwala mcm ni.

    ReplyDelete
  4. Intan
    Skang ni intan buat masalah disiplin mcm mana pun, mmg tak boleh rotan.

    J H Hidayat
    Huhu..aku tak tau nak buat apa dah harry ngan bebudak ni..dah puas tegur mmg tak jalanla..diorang seronok je..nampak aku olok2 pegang rotan dah nak ugut saman aku. geram la..dahla makin biadap.

    semlm masa meeting pihak atasan dah warning dah, jgn pukul budak nnt kena saman rm 30,000!!!!So lepas ni kalau kau nampak kes budak bergaduh, bertumbuk ke..hukumannya just bagi nasihat ok!!

    Kak ZaiY
    Huwwwaa...mmg nak nangisla kak ngan nasib kita.. tak de org nak bela..dah la makin tension..buat apa pun salah. Budak tak lulus salah, budak ponteng salah, apa2 duit keluar sendiri byk..huwaaa...nak cuti gak!!

    ReplyDelete
  5. betoi3... sokong ckp akak..tugas cikgu skrgx mcm tugas cikgu zaman dolu2...sbb anak murid skrg dah naik minyak..mak bapak terlalu 'pandai' mendidik anak sampai sayang nk tegur+marah...cikgu baru nk jentik sok lusa dah wat report polis..nyampah tui!

    ReplyDelete
  6. Anese,

    Wife saya pun cikgu jugak. Memang merasai perkara yang sama. Mak Bapak zaman la ni terlalu mudah percaya kat anak. Percaya sangat anak depa tu baik sedangkan di belakang depa, anak depa tu macam raja samseng.

    Yang si anak pulak pandai berlakon. Last sekali cikgu yang kena.

    Kadang kala bila tanda kertas exam, cikgu pangkah, mak bapak mai argue. Hmmm... Kalau betul tak pa la ni tak betul.

    Memang cabaran guru millenium ni cukup besar...

    ReplyDelete
  7. walaupun kerjaya cikgu ni wat ko tension aku tengok berduyun2 org apply KPLI dan DPLI..termasuk la aku hehehe.. tapi aku tak serius sgt sbb aku tau aku ni tak tahan sabar plus garang. that's why aku tak diizinkan tuhan utk jadik cikgu ni. bak kata hubby aku..niat kita kena betoi... dia ngajar sekolah rendah kurang sket tensionnya...hehehe

    ReplyDelete
  8. apa masalah pc aku...slalu aku xleh baca blog ko...

    ReplyDelete
  9. shima
    tu lah..penyebab budak naik minyak..byk dah sekolah kena..yang anaknya mmg kurang ajar serta biadap yang melampau..tapi bapak dtg mngamuk mcm gajah turun minyak. lastnya kami mmg tak berani dah nak wat apa2..tapi effeknya budak jadik samseng. Bila dah kes buli..hhm keluar komen salahkan cikgu lagik..

    shima akak ni mmg suka CKT..kat mali mmgla jenuh nak beratur..sib baik jumpa satu tempat yang kaw2 jugak kat wangsa maju..hehhe

    btw..akak nak masuk blog shimala..tak dapat..asyikk kunci je ye..

    saifulazrul
    memang saiful..budak skang pandai betul berlakon..ada kes parents dtg marah cikgu pasal anak dia kena tang kap merokok..dikata cikgu sengaja nak perangkap..duss

    syikin
    sbb yang mintak tu lum tau realiti sebenar. mintak sbb ingat kerja cikgu ni senang, balik awal, cuti byk...mungkin jugak sbb mintak kerja lain tak dapat..sbb tu apply. mentaliti itu mmg sejak dari dulu lagi.

    azie..
    tu la..apa hal yekss???

    ReplyDelete
  10. ermmmmm sama perasaan dgn suami ku.... kesiann kan... husben linn pun skrg kan.. dah malas nak buat apa2 nak ditegur tak boleh..tak ditegur melampau..adoiiii..

    ReplyDelete
  11. nasib aku tak jadik cikgu...fuhhhh...
    *menarik nafas lega

    ReplyDelete
  12. jon... biar betul..
    ngeri jugak aku nak transfer ke sekolah nie.. memacam cerita...
    tu lah yg buat aku terpikir balik nak ke sekolah ke tidak..........
    tapi aku tau, 1 ari nanti aku kena jugak ke sekolah...(konon2 nak sama cuti sekolah dgn anak2la ni bila depa dah sekolah..)
    uish cemana tu ek.. bebudak skang ni dah terbalik tak sama dgn zaman kita dulu....... huhu

    ReplyDelete
  13. anese...aku faham...aku pun dah tekanan dengan student aku. kurang ajarrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr

    ReplyDelete
  14. fiza
    hmm cam tu la kami fiza..at least kat matrix tak mcm kat sek. Kat sini mmg jadik lilin sungguh lah..hangus smpi dlm beg sekali..tapi nak buat mcm mana..tugas tetap tugas. Aku kalau nak bagi tenang aku ingat budak2 yang baik2 tu..itu penyejuk hati pembakar semangat aku.

    Dxoul
    Apa nak jadila kan.. budak u pun dah tak de sahsiah and noble value. Apalagi yang remaja yang hormon muda tgh membuak2 ni.

    ReplyDelete
  15. bagi kak za lah kan..semua masalah disipilin pelajar ni sebenarnya bermula dengan didikan IBU BAPA dirumah..IBU BAPA yang kena didik anak2 mereka supaya jadi ORANG..cikgu dok ngan anak murid berapa jam aje sehari..tu..mak bapak yang bela sejak kecik tu..depa buat apa sampai anak2 jadi liar begitu

    Patutnya bersyukur guru-guru ni dah beri ilmu yang pelbagai pada anak mereka.kalau harap ibu bapa dapat ke mereka tumpukan perhatian untuk ajar anak2 sendiri.

    yang pasal yuran tu pulak kan..kalau untuk orang2 yang terlalu susah sampai makan pun tak cukup mungkinlah naikkan yuran tu membebankan mereka. tapi kalau makan cukup, takkan sikit pun tak leh nak reserve utk pendidikan anak-anak.Beli benda lain boleh..bab bayar yuran sekolah berkira.Huh!inilah masyarakat subsidi yangs sentiasa dok harapkan bantuan.

    ReplyDelete
  16. cik linn
    tu la kan linn..setakat ni kalau sembang sama cikgu senario yang sama je..sbb benda mmg realiti..mmg pelajar skrg sgt membimbangkan

    shasha
    tu la..kau kat sana ada kosongke..
    meh aku nak apply..

    zaliana
    itulah yang berlaku now nie kak za. Syukur hanya segelintir shj parents yang mcm tu.

    psl yuran tu mmg kami consider bg yg miskin sgt...dan mmg pelajar ini di beri bantuan sprt biasiswa dan sbgnya. Malangnya ada pula yg dapat biasiswa tetapi disalah guna. beli handphone la, rokok la, make up la, baju semua tu..tak salah nak beli sedikit pakaian ttp bukan berhabis2an. yuran tak bayar. buku langsung tak de sebijik pun dibeli...

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers