Wednesday, April 8, 2009

Benci

Pernah tak anda cuba faham apa perasaan org yang dikategori badan bersaiz "sihat"? Saya walaupun bukan termasuk dlm kump itu tetapi saya boleh dikatakan kumpulan adik beradik dgn mereka kerana walaupun berangka kecil tetapi sy mempunyai badan yang berisi atau chubby atau montel atau sbgnyalah...paling senang nak kata..GEMUK!!

Terfikir tak anda yang bertubuh langsing betapa penat dan cemburunya melihat susuk tubuh org lain yang langsing melintas di depan mata. Betapa kecewanya hati bila melihat baju yang cantik2 dijual..sayang..part tgn pun belum tentu muat. Tahu tak betapa tak selesanya bila setiap kali berpakaian kerana setiap masa harus membetulkan baju yang terlekat di perut dan pinggul dek kerana tersekat dekat lemak yang berkarung2.

Memang susahnya mencari baju yang cantik. Selalunya baju bersaiz besar harganya agak mahal. Yelah saya tak salahkan peniaga sbb bila saiz besar sudah tentu pakai kain lebih.Kalau yang murah pun..pernah tak anda tgk corak serta fesyennya. Tersgtlah menyedihkan. Nampak sgt org bersaiz besar ni didiskriminasikan. Kadang bila nak beli sy tgk jugak baju saiz besar..huh..serius saya rase kadang memang tak sesuai langsung kalau si pemakainya org muda. Corak bunga2 besar, kadang warna yang kelam, beropol2 pun ada. Sudahlah tak banyak pilihan, yang ada pun tak bergaya langsung.

Bukan tak cuba utk berdiet dan bersenam tapi dah jenis yg susah turun berat badan. Hendak ke slimming centre kalau tak cukup rm20k..tak payahla. Kadang bukan mkn byk pun. Tadi masa saya pi kantin...sy tgk org yg kurus2 mkn nasi mak aiii...mcm bela hantu raya korang ni. Saya ni puas sekat mkn tapi nak turun sekilo pun payah. Tahu tak anda betapa susah dan mengahnya org seperti saya bila naik turun tangga. Kadang sakit tumit dan belakang bila berdiri lama2.

Pernah tgk rancangan THE BIGGEST LOSER tak kat channel Hallmark? Wah..syok betul rancangan tu.. betul beri harapan. Tgk peserta yang mmpunyai berat badan hampir 400lb tetapi berjaya menurunkan hingga 100lb lebih..huish kuat betul azam mereka. Tapi seronok juga kerana diorang siap ada trainer, ada hadiah lumayan jika menang. Apa pun bukan mustahil cuma perlu usaha serta ketekadan yg benar2 kuat.

Tahu tak yang org berbadan besar ni kadang cepat sensitif. Mudah terasa. Saya sendiri mudah sensitif. Baru2 ini saya keluar dgn kwn sekerja di tmpt lama saya. Ajak saya teman dia beli tudung kat Hajaba. Maklumlah member tak tahu jalan. Jadi saya dgn senang hati meneman dia. Macam biasala kami berbual mcm2. Jarang berjumpa. Selalunya dgn minah ni sy sembang psl baju, beg, kasut...benda2 pompuan je la sbb minah ni w/pun umor dah 30 lebih tapi kureengg matang skit. Kadang benda2 biasa pun dia nak compare2. Mcm budak2.

Sembang2..keluar pasal baju. Kebetulan kami menempah baju dgn tukang jahit yg sama. Dia ni mmg jenis suka sgt nak ambik tahu psl org. Baju saya yang dihantar ke sana semua di"sport check'nya. Tapi tu tak kisahlah..walaupun a little bit annoying but still sy mls ambil port. Dia dgn selamba bercerita yang dia baru shj pergi ke rumah tailor kami tu...kemudian dia kata kat saya dia tanya tailor tu "akak...kenapa baju annis semua besar2?"...Diulangi..BESAR2!!! Saya mase hampir terkeluar perkataan "stupidosssnya kau ni..". Memang hampir2 nak keluar je perkataan tu. Ntahlah saya rase kadang manusia ni harap umor sahaja dah lanjut tapi otak cam otak udang je. Sorryla..mmg sy rase benci sgt, marah pun ada. Dah la peragai suka membanding2 dan tak mo kalah. Menyampah betul.

Dia kemudian tanya saya..berapa ringgit beg Coach sy tu..sy pn bg tau jela lebih kurang. Esoknya tetiba tak de soklan tak de apa isu hantar sms kat sy "Adik saya belanja beg Braun B kat sy..harga sama mcm Coach awk." Eh! apahal minah ni..aku tak tanya pun kau. Hadoii...rimaslah ada manusia mcm ni. Semua yang aku buat dia nak buat. Kadang naik meluat pun ada. Baru ni dia ajak saya gi shopping kat Jalan tar. Arhhh...sori..ajakla org lain mls aku nak teman kau. Baik dok rumah jaga E-in lagi best.

7 comments:

  1. Annese....sy paham...sy pon ketegori sama jugaks...before peknen berat sy almost 60kg. sila bayangkan....nak blk msia jer sy dah risau....yerla ader yg panggil sy gajah????? sakit hati aku....mcm nak g lempang je mulot puaka tu...haihs

    ReplyDelete
  2. itu namanya dah xde isu tu sis...tp mmg btl ramai org yg mcm ni...tak sensitif langsung

    ReplyDelete
  3. ermm itulah susah kan dpt kawan camtu......

    huhuuh linn pun suak atgok rancangan tu..bersemangat rasa...

    ReplyDelete
  4. anese...akak pun ada kawan camtuh.org tukar kete vios dia tukar honda...org pakai hp
    3G...dia pun tukar hp 3G gak.org beli apartmen dia pun sibuk carik rumah teres...fuh!letih dgn org camni.grrrrr....

    ReplyDelete
  5. Annese,

    Kita serupalah, nak letak kategori mana dah buat apa pun lemak-lemak ni liat benar...ade ker pil or minuman yg selamat bole kurus, tang perut ni lagi tak lalu nak tengok...bole buat depress bila gi kedai payah nak cari blouse...waaaa sedih2, dolu size M, ok lagi..la ni L pun kadang tak lepas...sakit hati betul kenalah terima XL...lepas ni apa nak jadi? Tak sanggup nak tambah size X lagi...sedih betul..

    ReplyDelete
  6. tu lah kengkawan..sedih tau. kadang tgk org pki kebaya..slim nampak muda.. kiter ni cam selekeh je...padahal kalau org slim pki baju apa pun ttp nampak stylo dan tak nampak selekeh..kiter ni nak keluar pun pikir 3-4 kali...kadang tak de mood nak join perjumpaan apa-apa.....

    ReplyDelete
  7. ehh..akak nak komplen gak kat sini..
    rasanya idak ler gemuk pon! body dah ideal..sapa yang kata gemuk? rasanya dah ok dgn ketinggian..jgn dilayan org hasad dengki it..ahahahha

    tak lawo tau badan kurus kering! mak akak cakap gitu la..ehehe

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers