Hari ini bangun pagi2...mandi dan siap2 ke stesen keretapi Kajang untuk menjemput bonda dan ayahanda disertai adinda bongsu dari Kelantan. Terubat rindu..kemudiannya kami bawa bersarapan di Kopitiam Bangi. Selepas bawa mereka pulang, sy terus ke kedai membeli apa yang patut..dalam hati masih lagi mahu berkira2...bila jarang memasak buntu pula memikirkan menu mkn tengahari. Bonda pula berpesan tidak mahu mknn berlemak, bersantan, ayam dan daging....muak katanya. Idea dtg waktu dikedai...hehe...menyesuaikan permintaan bonda mahu masakan simple dan kampung maka sy pilih utk buat yang simple juga:
- Tomyam sayur...tiada gambar...sbb terlupa!
- Lala tumis serai cili padi...(hehe...mak aku mkn ni smpi licin......sedap katanya....abah pun sama!)
- Ikan pari bakar dan air asam
- Ulam-ulaman
- ...dan...mestilah sos kebanggaan rakyat klate...apalagi...BUDUla!!
Bonda ku suruh berehat saja. Lagipun pening kepala katanya. Keletung kelatang...SIAP! Fuh masih berbaki sisa 'boleh masak' rupanya. Hehe....bonda pun seronok melihat mknan terhidang...berselera dia mkn.....dia kata dia berkenan sgt dgn lauk simple2 cam ni (ye le kalau lauk pelik2 dia tau...aku sure fail punya!). Tapikan....hehe..kalau tak kerana bonda mahu dtg...kedai je lah jawabnya!!!...shhh....diam2 yeks...
P/S: Mesti bondaku tak menyesal bila aku minta nak kawin mase umo 21thn dulu....hehe..dh pandai masak leh kawinla kan?? (Sungguhla gatai tak terkireeeee....ahaks!
ikan pari bakar tu nampak sangat sedap la.... kalau pregnant nanti leh la mintak anese masakkan..hehehehe
ReplyDeleteLauk kampung simple mcm tu la yg leh bikin makan nasi bertambah 2,3 kali...
ReplyDelete