Saturday, June 13, 2009

Patah demi patah...

Alhamdulillah...syukur ke hadrat Ilahi kerana telah mengakbulkan doa kami. E-in sudah mula boleh bercakap! Tak tahu nak gambarkan perasaan sy. Walaupun tidaklah sepetah mana tapi sy yakin jika diberi terapi yang berterusan...insyallah dia juga akan bercakap seprti org lain.

Jika dulu E-in tak ambik pusing sgt dgn apa yang sy ajar walaupun dia faham apa yang sy suruh.....kini dia sudah boleh ikut. Malah ada sesetengha perkataan bila di sebut langsung tak pelat! Syukur..syukur!Salah satu teknik yang saya pakai..sy berikan dia apa2 instrumen yang dia suka main...apa2 saje yang boleh menarik perhatian dia..waktu suap mknn pun boleh.

Sblm sy beri, sy pegang dulu sesuai dgn aras mata (tujuannya untuk meningkatkan eye contact), sy hold dulu dan saya sebut perkataan yang ingin diajar. Teknik ini amat berguna dan boleh diajar kepada kanak/anak2 anda yang normal juga. Motifnya..bila mereka dpt sebut perkataan ataupun mengeluarkan bunyi atau beri respons maka mereka akan dpt reward iaitu mainan/mknn yang kita pegang tadi. Jgn paksa jika anak enggan sebut...cuba 2-3 kali..tapi jika dia enggan menyebutnya, berikan sahaja. Jgn terlalu kerap takut anak anda menjadi boring dan frust! Itu tips2 yang sy belajar dr ABA programme.


Tapi sy sendiri tak dapat menahan keinginan drpd berhenti utk melihat dan mendengar perkataan yang disebut E-in. I'll keep doing that again n again! Mak aii..bahaya juga..but i can't help!!Haha..sudah lama sy tunggu saat2 ini. Nasib baik E-in pun kadang2 seronok play this "game". Kadang dia pula hulurkan mainan dia pada sy dan tunggu apa2 perkataan yg sy sebut. Setelah hampir seminggu, kini tanpa apa2 instrumen/mknn yang perlu sy "hold" utk ajar dia pelbagai perkataan. Dia cepat ikut. Kiut sgt....E-in..umi seronok sgt sayang!! Nanti umi ajar E-in ttg byk perkara lagi ok? E-in anak umi yang pandai. E-in cepat belajar. Alhamdulillah tuhan itu Maha Penyayang!

2 comments:

  1. Alhamdulillah... Tahniah... Teruskan usaha...

    ReplyDelete
  2. anese.. nak jemput datang ke birthday party Aszra ahad 21 jun 2009 3 petang di Setia Alam. Kalau nak peta, bagi email anese..saya akan email kan yer.

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers