Tuesday, July 7, 2009

Colek Kerabu Pauh...maka melelehlah air liur!

Ni korang mesti kenalkan buah apa...buah mangga muda, tapi yang ni spesel skit (to me la) sbb dibawak dari kelate..kitorang panggil woh pauh rik'nge (buah pauh ringan). Dia tak mcm mangga muda yang jual kat KL ni..kulitnya nipis, lebih kecil dan sgt le masam! Kalau org siam buat kerabu diorang pki buah mangga jenis ni la sebenarnya....

Saya kalau dpt mangga ni mesti terus buat Colek Kerabu..bukan utk mkn dgn nasi dan tom yam(sedap la plak tomyam!hehe..) tapi utk dimakan dikala santai2 menonton tv! Kalau tak de mangga ni kadang sy beli yang yang mangga muda yang biase tu je..cuma sy rase lagik sedap pki mangga ni..


So inilah hasilnya....caranya mudah...hampir sama dgn cara buat kerabu mangga biasa...cuma berbeza sbb yang ini sy parut halus skit...sj nak bagi dia lembik2 skit..sebab sedap sgt bila mkn dgn kacang tumbuk + ikan bilis garing...

Walaupun tahu takkan ada nak buat resepi ni (sbb ai tau u all mmg pandai masak dr ai..), nak taip gak sbb tgh rajin ni...lagik pun hati gumbira sambil taip dgr lagu hindustan petang2 cam ni..rase mcm kat kg lak sbb kalau kat klate petang2 cam ni radio mesti pasang lagu hindustan tak pun lagu dikir barat berirama lagu hindustan! Haha...mengarut dah! Ok!ok! pergi terus jgn belok2 ye cik anis..


Bahan :
-Mangga muda (suka hati korang nak berapa bijik!)-diparut
-2 biji bwg merah (mayang nipis2)
-Cili padi (tumbuk)- lagi pedas lagik kick!
-Kacang tanah goreng yang telah ditumbuk kasar-suke giller buh byk2..pas mkn naik jerawat!
-Ikan bilis goreng
-Sos ikan
-garam
-gula (jgn kedekut..taruk lebih skit baru sedap..tapi jgnla smpi jadik sira plak!)

Cara campur semua(kecuali ikan bilis)..adjust bhn perasa ikut korang punye selera...kalau buh sikit2 nanti tak kick sbb nnt tak balance rase masam masin pedas tu..lepas tu simpan lam peti ais dlm 4-5 jam...tabur ikan bilis bila nak mkn..huhu...sedap wehhh!!

Memang sedap bila mkn sejuk.....bila gigit kacang dia mcm empuk...dgn rase pedas, masam masin manis serta sedikit berkapur...huhu...tak tahan rasenya.... Perfect colek! Pastu kalau korang tgk air jus dia yang keluar tu kan..cuba hirup...hoho! Addictedla bagi org2 yang suka mkn masam2 ni....dan mmg bagus juga utk menyenang tugas anda 'membuang' tanpa memerlukan tenaga dan usaha yang gigih!!!

P/S : Amaran dari bhgn kesihatan...resepi ini dibawah kategori "unhealthy food". Sebarang 'keciritan' adalah tanggungjawab anda sendiri! Pastikan juga semasa resepi ini dibuat dan dimakan, bekalan air di rumah anda tidak terputus!

4 comments:

  1. hishh kecur air liur nengokk resepi nie.... slurrrpppppppp.....

    ReplyDelete
  2. menarik nye colek kerabu ni..boleh try nanti..mangga kat rumah in laws tgh byk tu..

    re: boleh nak bagi gambar sendiri untuk buat canvas...saiz gambar paling kurang 3MP...email je kat wanie kalau nak order canvas ye... iwanie@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Terliur2. Untuk mangga tu esp.

    ReplyDelete
  4. tgk gambar pn dh nampak sedap,mmg favourite i la kerabu nih, anese sorry jgn serik tinggal komen kat blog i coz ms chek email guna henpon i lalok mengantuk xsempat nk approved terdelete, ya ampun makcik..

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers