Mini projek tahun ni..nak snap gambar menu bukak posa setiap hari. Ni terpengaruh dgn sesetengah blog membar yang rajin snap gambar menu bukak posa. Ok juga sbb kadang tak de idea nak berblog! Time cuti ni je rajin skit.
Syukur cik abe jenis mudah mkn. Pastu dia skang nak reduce nasi so sekali sekala je lah masak nasi. Sahur pun tak mo mkn nasi sbb sebu perut katanya. Saya? Hehe..menarik nafas lega. Masa muda2 dulu mmg jrg sgt sahur kecuali bila dah masuk sek men, balik cuti kat rumah mesti nak sahur. Nak mkn masakan Ma. Tapi masa kat hostel, bgn minum air je la. Semalam cuba resepi baru iaitu Murtabak Lapis resepi asal dr Chef Norzailina. Buat dua talam. Satu hantar kat rumah MIL. Senang nak buat pasal pki biskut cream cracker.
Dari segi rase..not bad tapi saya kurengg berkenan dgn rase santan-susu segar (next time pki susu cair je). My SIL plak ckp sedap..ntah..lain org lain citarasakan? Last2 saya kutip mkn tang inti je sbb tang intinya sedap. But i think i prefer the real murtabakla. Nampaknya nak kena belajar dgn my MIL tebar roti canai pasni. Pastu buat murtabak yang versi tebal yang mcm jual kat klate tu..baru real!!
Bila mkn murtabak mesti nak mkn dgn kuah cuka bwg. Tak sukala beli murtabak kat sini..cicah ngan kuah gulai. Jadi buatla skit. Leh simpan kot next time beli murtabak. Tapi saya tak pasti cara saya betul ke tak. Just buh pewarna merah, bwg, gula, garam, cuka dan air. Ada org rendam dulu bwg dgn pewarna pastu baru campur dgn bhn lain tapi sy mls terus campur semua. Nasib baik rasenya sama dgn yg beli cuma tang warna tu la lain skit. Merah semacam je. Kalau sesapa ada resepi tu sila share ye?
Utk menu berat saya buat yang plg ringkas..nasi ayam. Mudah dan yg penting anak2, suami pun suka. Nasi ayam ni pukul 8.30 pg dah siap dah. Cuma ayam je lah goreng skit2 utk budak2 ni. Umi malas senang masak sekali je boleh terus smpi bukak posa! Hehe...
Ayam tu bukan hangit ye..ni sbb ayam tu dah sy 'rendam' seharian dlm campuran halia, bwg putih, serbuk kayu manis dan kicap pekat!
rajin ko wat murtabak ye anis, kalo akak beli jerk!!!.. muhahahaha.. nasik ayam tuh.. adehhh!!!... dugaan!!!
ReplyDelete