Saturday, September 12, 2009

Latest update

Memenuhi permintaan cik/encik anonymous....update terkini tak dapatla di buat setiap hari atau selang sehari berikutan empunya blog dah mula bekerja. Baru ni rajin pasal cuti seminggu. Walau bagaimanapun, keinginan nak update blog mmg ada tapi bila dah lepas bukak puasa + penat kerja + masak + berperang jaga anak, bila bukak komputer mata tak boleh lama tgk komputer..kejap je boleh terlelap. Then terus off lappy w/pun keinginan utk update meninggi. Sampai dlm mimpi pun termimpi tgh update blog! ;P


Cam ginila gambar bila dah kelam kabut. Memenuhi permintaan cik abe yang konon tak mo makan nasi. Bihun goreng matching dgn keropok, air lada, perah limau dan kepak ayam bakar. Masalahnya...kalau makan smpi 3-4 pinggan...sama je la! "Sedap sangat" katanya.

Sejak mula kerja balik, saya masak mcm biasa tapi selalu mula lambat. Pukul 6 lebih baru nak terkedek2 masuk dapur. So, memang kelam kabutness ler. Usah nak berhias, nak ambik + pasang kamera bagai. Siap masak+hidang elok2 org azan. Adala 2-3 kali beli kat Param tapi saya tak berapa nak lalu mkn mknan kat PARAM tahun ni. Semuanya tak memuaskan selera. Minggu depan kena membeli juga sbb sy mau balik kg...jadik nak kosongkan peti ais.


ISU BALIK KAMPUNG
Kengkawan balik kampung mana tahun ni? Giliran siapa tahun ni? Hehe..jangan jeles dengan saya kerana selama 7 tahun kahwin saya tak pernah beraya dengan mertua!!!!! Hoh!!! Mesti korang terkezutkan? Adakah En.Majdi dah di'queen control' oleh Madam Anese yang Comel(what the ????)? Rileks2x!!Jangan ngumpat dulu..kurang pahala posa kang!! Meh saya terangkan. Saya anak perempuan sorang. Adik beradik tak ramai, 4 orang. Masa kecik2 dulu (LOL..kecik2 dah pikir pasal kawin? ish!ish!), saya ingat nak kawin dgn org sama negeri je. Senang nak balik beraya. Tapi tula...tak de jodoh dgn org kelate, jumpa yang berkenan pun depa tak berkenan kat kita. Huhu...

Bukan tak de yang sedara-mara, kengkawan mak saya nak kenen2 sy dgn anak depa. Ramai okehhhh!!! Sampai hari saya bertunang pun ada yang nak datang merisik!!! Nasib baik mak saya maklumkan...kalau tidak..huhu..merajuk cik abe aku!!Hehe..jgn silap paham...bukan mau angkat kata saya ni lawa ke, cantik ke...memang tak pun...sy hanya manusia berwajah biasa...dan tiada kena mengena kes kecantikan di sini. Cuma mak saya ni ramai sedara, ramai kawan..biasala org tua bila tau ada anak perempuan mulalah nak kenen2 biar tak tgk lagik paras rupa, cutting body pun! Saya tolak semua pada waktu itu sebab kes saya telah di"upgrade'kan oleh abang angkat kepada menjadi kekasih hati pengarang jantung usus semua tu.

Jadik balik pada cerita asal...saya kata pada En. Majdi pada waktu tu....main2 je sebenarnya, kalau nak kawin dgn saya...raya mesti balik KELATE...ada paham? Angguk je dia waktu tu sbb janji sy setuju kawin dgn dia....wah2x! Jadi tetiap tahunla balik kelate. Apapun saya sedar tanggungjawab anak lelaki kepada ibunya bukan kepada ibu isteri. Saya beri peluang pada dia, kotla dia nak beraya dgn mak dia....tapi tiap kali tanya..itulah jawapan dia..."balik Kelatela"!! Jadi rezeki jangan di tolak ye puan2!!! ;)


Mungkin jugak En. Majdi bertimbang rasa, kerana dia setiap hari pun pergi rumah mak dia. Kadang smpi 2-3 kali. Almaklumla duduk satu taman. Adik beradik dia ramai...11 orang semuanya. Semua duduk di taman yang sama, kecuali sorang je la kat Kedah. Jadi memang selalu sgt berjumpa. Jadi dgn baik hatinya En. Majdi a.k.a menantu intan payung kesayangan mak saya telah memilih Kelate untuk destinasi Hari Raya. Dia kata..waktu ni je la ada cuti panjang sikit nak kenal sedara mara saya..nak duduk lama skit dgn my parents. Dia kesian kat my parents yang selalunya tinggal berdua je..sedangkan mak dia setiap hari meriah jumpa anak2 dan cucu. Terima kasih abang!!! :) ...tapi raya Haji saya beraya dgn keluarga dia. Tak pe andai kata thn depan dia mahu beraya di KL..saya ikut sahaja. Andai kata kami pindah tak duduk KL..maka sistem giliran akan saya amalkan....

KUAH ROJAK MAK BEE
My fav kuah rojak...ini gara2 membaca blog En Diego yang membuat cerita mengenai COLEK AJI buatan bapanya. Terliur tgk..kecur liur tgk asam2, colek2 ni!! Teringat yang saya ada beli Kuah Rojak Mak Bee yang marvellous..maka singgah kedai. Beli nenas je sbb lain2 buah2an tiada. Fuh...sebijik nenas sederhana habis dgn begitu sahaja!!!!



Lepas ni saya mau mencuba COLEK AJI pulak. Kengkawan yang mahu tempah kuah colek boleh lawat ke kedai online mereka. Saya pun mahu order tapi lepas habis dua bekas Rojak Mak Bee ini dulu!!!

BUKA PUASA HARI INI

Disebabkan stok ayam, daging, sayur dan ikan semua telah habis maka dgn rasminya dapur saya ditutup!!! Cuma buka utk masak simple2 je. Jadi hari ini kami semua buka puasa di luar. Lokasinya Village View, Bangi..tapi makan tak sampai setengah jam pun...E-in mengamuk kepanasan, Hani tak mo makan...haih...geram umi! Amboi...masa mkn kat tempat aircond tak pulak mengamuk! Believe me...kami pi second time ke PICC. Kali ni pi dgn my SIL. Depa pun nak pulun kambing golek!




Tengok...behave kan????


Hani pun makan sampai licin!!!!

Hendak buat macam mana..budak sekarang pandai pilih bulu. Tension umi sbb hari ni tak dapat nak melantak makan dgn penuh khusyuk dan tawadhuk. Tapi my hubby kata...better bukak kat PICC pun..sebab bayar sama je dgn harga mkn buffet!!! Buffet lagi best ada macam2 pilihan.

KELENGKAPAN RAYA

Boleh dikatakan semua sudah lengkap kecuali sy tiada sepatu raya. maka belasah je la mana yang ada. Tiada mood utk pergi shopping. Tengokla macam mana. Malam ni lepas buka puasa nak pergi ambik baju raya saya. Maka keringlah poket saya untuk membayar upah kerana semuanya 7 pasang....dan most of them kain lining, so bayarannya adalah double upah baju biasa!!! Saya.........*Pingsannnn*!!!


GAMBAR RAYA

Hari Raya kali ini, disebabkan sudah ada DLSR maka harus dipergunakan sebaik mungkin. Kesian kami masa awal2 nak hidup sama dulu..nak beli kamera biasa pun berkira2. Jadi tak ada langsung gambar masa first raya brsama suami. Sedih! Raya 2007 baru semangat nak bergambar bagai. Sedangkan anak pun dah dua. Masa tu juga saya kurus sedikit...minum Herbalife punya pasal..dari 63kg to 54 kg!! Yaiyy...but kini setelah berhenti...baju kebaya hanyala mimpi indah di siang hari! Huhuhu....tensi!tensi!


Namun keinginan untuk bergambar satu family kami berempat memakai baju tema merah kuning tidak kesampaian..hanya gambar ini berjaya diambil...


Eh kat mana E-in masa ni?

.

.

.

.


.

.

.

.

.

.


.


.


.


.

.


.


.

.


.


.


.


.

.


.


.


.


.


.



.




TADAAA!!!!!!


Jadi tahun ni harus ada gambar sekeluarga semua...MUSTI!!...Umi akan ikat E-in kalau lari2 mcm ni lagik!! Ada mengerti?? Kalau tidak tak gunala dlsr umi tu....sesia je beli!!Campak dalam tali air depan rumah Tok Ma je la!!

1 comment:

  1. Salam...
    Anese dah nak raya kan kita ni. Cepatnya masa berlalu. Saya banyak yang tak settle lagi ni. Apapun Selamat Hari Raya na. Maaf Zahir Batin.

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers