Thursday, January 7, 2010

Bebudak Sekolah

Separuh hari bersama budak2 sekolah yang pelbagai ragam kadang2 boleh buat kita pening, letih, suka, marah, geram, berkecil hati atau bahagia. Macam2 rasa yang ada. Satu yang saya perhatikan pelajar sekarang memang tiada segan silu dengan cikgu. Kadang bercakap seperti kawan. Apakah ibubapa sekarang kurang mendidik?Kurang menegur? Terlalu mencari harta sampai terlupa mendidik anak supaya menghormati guru/orang yang lebih tua.

Saya kesal bila ada orang pandang rendah kerja cikgu. Saya tahu kerja macam kami ini tidak bergaji besar. Hidup pada taraf sederhana. Kereta mampu milik pun biasanya yang berjenama nasional. Tidak seperti mereka2 yang bekerja dgn syarikat swasta yang lebih bergaya mewah. Namun saya tak kisah semua tu sebab saya rasa wang bukan segalanya. Memang kita perlu duit tapi kita bukan hamba duit. Bagi saya, bila kita sudah menjadi hamba duit, di mana duit mengawal minda kita, maka sedikit demi sedikit sikap seperti menunjuk2, berbangga diri, merasakan hanya diri kita sahaja yang sempurna, harta kita sahaja yang berkualiti, berjenama, hebat dan mula memandang rendah akan kehidupan orang lain. Semuanya negatif.

Baru sahaja pagi tadi saya berdepan dgn kejadian yang secara tidak langsung membuktikan masyarakat kita menganggap guru seperti kuli. Bila ingat2 balik naik geram pun ada. Pagi tadi ada seorang pelajar perempuan yang mungkin tingkatan 4 atau 5 sibuk mencari guru bertugas. Katanya mahu ke klinik. Saya dan rakan heran juga, kenapa pelajar ini mahu ke klinik sedangkan muka tersengih2, boleh berjalan dgn baik, laju pulak tu. Muka pun tidak kelihatan seperti orang sakit. Bila di soal rupanya dia ada appoinment untuk check up darah jadi nak suruh cikgu hantar pergi klinik!!! Kami kat situ rasa berangin semacam je bila dengar.

Mak Bapak apakah ini? Sejak bila kerja cikgu bertukar menjadi DRIVER pelajar????!!!! Kalau kes pengsan atau kemalangan di sekolah itu lain cerita. Tapi ini appoiment!! Senang hati je mak bapak dia suruh cikgu hantar!! Macam itu kerja cikgu pulak! Betapa masyarakat tak reti menghormati bidang tugas kami!! Ini bukan sekali dua berlaku..banyak kali! Kadang anak sudah demam dari rumah tapi disuruh datang ke sekolah kemudian siap pesan "nnt sampai sekolah, suruh cikgu bawak pergi klinik!". Kemudian lagi best balik klinik mintak pulak tolong hantar ke rumah!! Waduh!Waduh! Habis tak mengajar cikgu hari tu.

Sungguh saya terasa terganggu dengan kejadian sebegini. Terasa diperlekeh2kan. Senang2 je orag anggap kami seperti pengasuh budak. Bukan nak berkira duit minyak kereta, masa yang langsung tidak termaktub dlm pekeliling untuk membuat tuntutan wang tapi minta hormat dan fahami tugas kami. Nescaya kalau anda tahu menghormati kami maka insyaallah anak anda juga akan berkat dan taat pada guru.

Saya sangat berharap kepada sesiapa jua yang membaca blog ini jika ada anak bersekolah, akan ada anak suatu hari nanti, atau ada anak yang masih belum bersekolah tapi bakal menjejakkan kaki ke sekolah jua satu hari nanti janganlah menyerahkan segala tanggungjawab kepada kami. Memang mereka anak didik kami tapi mereka tetap anak2 tuan2 dan puan2. Jangan lari dari tanggungjawab sendiri.

4 comments:

  1. hhhmm agak melampau jugak yer bebudak sekolah zaman sekarang ni. Tu la.. dulu2 kerja cikgu ni dipandang mulia sangat.. kalau boleh biarlah cikgu tu didik elok2.. tak kisah lah kena rotan ke.. tapi sekarang, mcm balaci lak cikgu2 ni.. apatah lagi kalau rotan anak org..silap2 leh masuk court kan.. Sabar je la anese. Yang penting niat anese dah sangat baik utk mendidik dan memberi ilmu.. yang lelain biar Allah je tentukan.. ok.

    ReplyDelete
  2. itu pasal budak sekrang naik minyak. silap tegur pun tak bleh. huhu

    ReplyDelete
  3. ishk..isk...teruk sungguh mak bapak sekarang nih..depa nak senang lah tu-malas ambil cuti semata2 nak hantar anak gi klinik-senang2 je suruh cikgu pulak...eeeeeeeee geram sungguh..sebab tu anak2 sekarang ni makin liar..suka melawan..sebab mak bapak tau hantar pi sekolah aje-nak didik atau jaga kebajikan anak jauh sekali

    ReplyDelete
  4. tu lah kak za...kalau jatuh sakit kat sekolah mmg kita consider la jugak..ni bukan sekali dua mcm tu byk kali..kadang terpaksa tinggalkan kelas..ada jugak bila call srh mai ambik..ckp tgh kerja..cikgu hantar je kat rumah..amboi2x!:(

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers