Sunday, January 17, 2010

Bila anak mula bersekolah rendah

Salam,
Lagi2 cerita Hani masuk sekolah yer! Ya ampunlah jika menyebabkan ada yang bosan. Saya tak kisah kalau mahu dipangkah dihujung skrin anda kerana itu hak anda dan saya pula rasa saya perlu menulis memori saya di sini sbg kenangan untuk kami. Kenangan untuk Hani kerana blog ini umpama diari maya saya. Di sini saya mengabadikan secubit kehidupan saya dan insan tersayang...chewah! Sgt skema okeh! ;P

Kali ni entry saya sekitar hari pendaftaran dan minggu2 awal persekolahan Hani. Inilah wajah Hani semasa dalam perjalanan ke sekolah untuk pendaftaran. Dia sangat tenang.

school1

Selepas mendaftarkan kehadiran, Hani perlu beratur di tapak perhimpunan. Umi dan ayah kena tinggalkan Hani di situ dan bergerak ke dewan untuk sesi taklimat. Walaupun Hani kata dia ok tapi nampak dia sedikit nervous. Biasalah tu kan. Tiada kawan yang Hani kenal kecuali Misha. Itu pun Misha berlainan kelas.

school8

school10

Selepas taklimat, Ayah dan Umi ke kelas Hani untuk bayar yuran dan ambil buku teks. Surprisingly masa umi jenguk Hani, Hani sudah ada kawan. Sedang sibuk mewarna gambar yang diberi oleh cikgunya. Hani di tempatkan dalam kelas 1 Musytari.

school11

Kemudian umi bawak Hani ke kantin. Tunjukkan cara nak membeli. Walaupun umi tengok makanan yang dijual kurang menyelerakan. Banyak yang bergoreng dan kurang khasiat. Hani belajar beli sendiri. Laa... anak umi suara tak kedengaran bila minta order. Tak macam masa bergaduh dgn E-in. Satu BTHO bleh dgr!! Lagi kelakar bila org lain datang dia senyap. Dia tunggu dah tak ada pembeli lain baru bukak mulut! Haiyaa!!Kena aktif skit Hani..kalau tunggu clear, jawabnya smpi habis rehat lom tentu dapat! Haha...

school7

Bila balik dari pendaftaran, umi cepat2 bukak mesin jahit yang sudah lama bercuti tanpa gaji dalam bilik untuk jahit lencana sekolah. Mesin umi ni kalau jual balik bleh jual harga asal sbb sikit pun tak terjejas. Berkilat2 you! Haha..nampak sgt semangat masa beli je.

jahitlencana

Kemudian umi alter tudung Hani. Beli saiz paling kecik pun still big for Hani. Umi potong kemudian tepi tu Umi matikan dgn lilin. Hehe..suppose bawak pi kedai tapi dah lewat petang besok Ahad kedai tutup so, umi buatlah mcm tok ma selalu buat kat tudung umi dulu2. Pakai lilin je. Nasib baik lilin ada.

potongtudung

Hmm... sekarang baru sesuai dengan Hani :D . Selesai dgn kerja ubahsuai, umi gosok sepuluh pasang baju sekolah Hani supaya hari pertama tak kelam kabut. Kemudian umi balut semua buku2 Hani termasuk buku tulis, then print nama dan kelas Hani kat atas kertas sticker untuk lekat di semua buku Hani. Penat bukan main tapi sebab umi terlalu excited, penat2 pun umi buat juga sampai habis.

school4

Sekarang dah dua minggu Hani sekolah. So far, alhamdulillah dia boleh berdikari. Umi and ayah so proud of you dear. Tak kisah pun umi tak pi tunggu bertempek kat sekolah di hari pertama. Hani sangat yakin dan seronok di sekolah. Sykur umi, walaupun bila Hani sudah mula bersekolah agak kelam kabut sedikit di waktu pagi...ehehe..kelam kabut bukan sebab apa, sbb umi liat nak bangun tidur! Kadang jam dah berbunyi umi sambung tidur lagi..hehe..ok it's my fault! ;P

5 comments:

  1. wa...best nyer n3 ni..sy mmg xsabo2 nk baca sbb ingat lg yg ari tu n3 aneese ms g bli bj sek dak hani...now the n3 for the 1st day of schooling...

    ReplyDelete
  2. anese, awk iron bj sampai sepuluh pasang sekali gus. wah... penat tu. siap untuk 2 minggu.

    ReplyDelete
  3. noradzlina,
    ehehe...busy benor..smpi citer dah basi baru nak post! haha..tapi leh buat kenang2an kan? Mana tau blog ni ada lagik masa umor dia 4-5 belas tahun..

    leeja,
    memang penat tapi nak buat cam ne..tak mo kalam kabut di pagi hari. 10 helai tu untuk seminggu je..5 pasang baju agama, 5 pasang baju sekolah kebangsaan...ni baru sorang..kalau ada 3-4 anak..huhu pengsan!! haha..tabik spring dgn org yang ramai anak dah sekolah..

    ReplyDelete
  4. anese: klu ank2 dh ramai diorg yg beso kene tlg gosok bj adik2 yg kecik...

    ReplyDelete
  5. agaknya nnt azie macam kak anese..bila anak masuk sekolah kita yang hepy kan...wah hani dah kena belajar berdikari yer

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers