Thursday, January 21, 2010

Bulan Shopping

Sejak pindah kerja kat area kampung ni terasa malas nak gi KL shopping. Nak kata duit bleh simpan tak jugak. Tetap licin. Hehe. Dulu masa kerja area KL memang tiap petang Jumaat nan indah ada je plan nak ke mana2 dgn kengkawan seperjuangan! ;P Tapi bila dah pindah, dah tak de geng satu hal, pastu bila pikir jauh benar, terasa lebih baik balik rumah. Saya tak berani nak pi jauh sensorang. Bukan tak berani nak bawak kereta sbb sebelum ni kalau keluar dgn member saya yang bawak kereta, tapi saya takut kena ragut ke, kena culik kat tempat parking ke..ngeri okeh! Nauzubillah!

Jadi sejak pindah ni, boleh kira berapa kali pi beli kain kat area Jalan TAR sejak 2 tahun lepas. Adalah dalam 4-5 kali. So bleh bayangkanlah baju kurung aku tak banyak plus mmg dah kategori kusam dah. Tambahan plak aku ni jenis pemalas basuh tangan...main campak je dlm mesin (kecuali yang dry cleaning)! Haha. Kalau dulu plg koman2 3-4 pasang/bulan aku buat baju. Huhu..sgt tak bergaya aku skang. Gi kerja pun tak make up beria mcm dolu2. Kadang lipstick pun tak pakai. Kalau jenis natural beauty tu tak pe la...ni natural oily kat dahi, natural dry skin kat hidung, white head and jerawat pasir semua ada!! ;P

Jadi bulan ni sbb aku dah tension tgk baju2 aku yang buruk2s serta dah byk yang berbulu kes tersangkut kat meja buruk kat sekolah maka aku mengajak cik abe ke Jalan TAR. Aku suka beli kain kat sini. Walaupun ada orang kata kat Nilai lagik murah tapi frankly speaking aku tak suka kain kat Nilai. Nampak dari jauh mcm cun tapi bila pegang keras kejong! Rega padahal lebih kurang je.

Puas hati akhirnya dapat beli sedozen kain! Ada beli kat arked, ada beli kat Jakel. So dari semurah2 Rm25 sampailah Rm500 sepasang aku beli. Hehe..yang murah utk belasah pi kerja hari2.....yang mahal skit tu I beli untuk pakai masa wedding my cousin nntor klu ada event. Kemudian terus hantar jahit! So, tak de gambar kain2 ye! Lagipun kain murah kat jln TAR tu korang leh bayang je mcm mana..corak i pilih mestilah corak terang2...haha..!

shopping2

Ehehe..dah lama insaf beli tudung Ariani tapi melambai2 je dia aku tgk masa keluar dari Jakel. Konon nak tgk2 aje tapi bila dah di beri layanan baik oleh wife tokey Jakel maka terbeli jugak. Beli tudung mcm Siti pakai tapi jenis berjahit kat bawah tengkuk tu..mls nak ambik gambar. Tudung kain chiffon. Ingat nak sambar yang ada batu-batan tapi bila tgk rega RM285...gulp! Dah la byk dah keluar duit tadi..so ambik yang takde batu batanla..sob..sob! Tu pun bini tokey bagi diskaun. Nak kena carik inner lepas ni. Inner yang kat Ariani tak berapa masyuk kalernya dgn baju. Tak sabar nak pakai kenduri nnt. Dah lama tak meregek-regek! Ahaks...

Kemudian tak sah kalau ke sini tak singgah Bawal Exclusive. Suka tudung ni pasal bleh campak je dlm mesin, bleh buat basahan, batu batan dia tak pernah tercabut, byk range kaler, ada longlife warranty...i like! Macam biasa..hajat nak beli baju then padankan dgn tudung, last2 lain kaler aku beli. Haiyaa!! itu yang masalah pepagi nak cari tudung sesuai utk baju tu!! *-*

bawal esklusif


Then singgah Semua House beli blouse buat basahan nak pi ambik Hani sekolah petang2. Selalu pakai t-shirt tak de lengan. Macam tak senonoh je...dahla lengan ku ini gagah perkasa ropanya. Sebijik mcm maid indon. Haha. So, bulan ni i dah pokai yer...next month pun bakal pokai jugak pasal kena pikir upah baju + upah manik (ni kes gatai mulut tanya..last2 terperangkap! ). Duit oh duit!

No comments:

Post a Comment

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers