Sunday, January 24, 2010

Tidur asing

Hani sudah besar, E-in pun. Sudah 7 dan 5 tahun. Sudah tiba masanya mereka tidur berasingan dgn kami. Sepatutnya sudah lama kami ajar dia tidur asing tapi saya pula rasa susah hati. Macam2 saya fikir. Takut diorang terjatuh katil, takut depa mengigau..takut itu..takut ini. Akhirnya saya beli tilam saiz queen saiz, pasang cadar, letak sebelah katil saya. Memang sempit sbb master bedroom rumah saya tak besar...kecil aje. Katil king size plus tilam queen size...huhu..sempit tak de ruang langsung...tapi itulah yang sudah kami lalui bertahun2. Anak2 heret tidur sekali. Tak boleh nak lelap kalau anak tak de depan mata!!

Memandangkan Hani sudah mula bersekolah, dia sudah meminta2 nak ada bilik sendiri. Bilik dia sudah lama dijadikan bilik pelbagai guna. Maklumlah bilik utama sempit maka bilik kedua jadik mangsa tempat umi letak segala almari baju Hani, kotak2 yang berisi tudung umi, meja solek umi, ironing board, bakul baju belum lipat...mcm2 ada....hehe. Memang carca merba rumah ni...jauh dari yang saya dok imagine masa kecik2 dulu (kecik dah gatai!) kalau dah ada rumah sendiri. Ternyata hidup tak semudah yang dibayangkan.

Jadi nak tak nak umi dan ayah kenalah penuhkan impian Hani. Lagipun dah lama kami fikirkan nak set up bilik for the kids. Sebelum ni dah mula skit, cat bilik E-in dan set up theraphy room untuk E-in tapi sessionnya asyik tertangguh sbb umi dah ayah mmg tak byk masa nak buat ABA tu...last2 bilik tu jadik lambakan tmpat simpan toys!!! Ish!Ish....

Kami perlu cat dulu bilik Hani tu. Cat bilik tu dari putih sudah jadik kuning. Sudah tujuh tahun duduk rumah ni, tak pernah cat, tak de nak renovate besar2 pun....huhu. Nasib baik cuti Thaipusam ni ada...Cik abe pun cuti 4 hari. Bolehla jalankan projek...kami cat sendirik je...part yang susah baru upah. Setakat bilik Hani tu insyallah bleh buat sendiri. Tgh pikir nak pink ke purple....and then nak tambah hijau sket...


Petang tadi dah pi beli set bilik tidur. All white sbb senang nak matchkan dgn apa2 kaler. Memula nak beli double decker yang ada corak bebudak tu tapi bila SA tu kata nnt You pkai kejap. Bila dah habis sekolah rendah sure dia tak mo macam tu dah...betul jugak kan? So tak jadikla ambik corak bebudak tu..ambik yang sesuai utk sepanjang zaman!! Muahaha...mesti maa....mau tgk luit juge..mana buleh save kita save. Tetiba terasa seperti pakar perancang ekonomi keluarga plak! :)

Tapi harapnya cik mek molek ni nak la tidur dlm bilik dia tu. Setakat ni nampak bersemangat je. Tak tau la mcm mana nanti. Jangan kang..anak dah ok...maknya ni yang tak keras semangat, usung anak masuk bilik dia balik...ehehehe! :P

P/S:Bestnya kalau i reti buat mural....bleh buat kreatif2 skit.

5 comments:

  1. anese..memang seronok hias bilik anak especially anak pompuan.. tapi kan.. part nak asing kan dia tidur tu yang agak payah.. ibu dia lak yang tak leh tidur.. kejap2 gi jenguk bilik anak. Takut mcm2.. kadang2 sampai terfikir takut org larikan anak je...hehheheh.. tapi Hani dah besar .. ok kot.. dah terasa nak ada privasi sendiri..

    ReplyDelete
  2. cari sticker besar2 yang kiut miut tu tampal kat dinding..no need mural. beli set bilik katner.

    ReplyDelete
  3. tula axa..tapi tak de idea lagi..hehe..cat je + beli perabot yang basic je dulu..lain2 kemudian pikir....

    sticker?? hmm...ingat nak buat stensil je...tahan lama skit. Alahai ika aku beli set bilik tidur kt kedai perabot biasa je...sesuai dgn budget dlm 2k je...kalau pi Ikea rasenya tak cukup....haha

    ReplyDelete
  4. nanti dah siap decor jgn lupa amik gambar..boh wall sticker ..mcm kat sini http://uniqcorner.blogspot.com pun ok gak

    ReplyDelete
  5. owhh tu la cantik2..tapi takleh jamin ketahanannya bukan apa...ada yang suka mengopek sticker..haha

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers