Monday, February 22, 2010

Mengapa perlu upah therapist?

IL1

(segala yang saya kongsi adalah pendapat saya sendiri berdasarkan pengalaman diri sendiri).

Kenapa perlu ahli terapi?

  • Bagi saya, walaupun saya sudah menghadiri kursus ABA (Applied Behavior Analysis) tetapi saya rasa ia tidak cukup bagi saya untuk menjadi seorang ahli terapi yang sebenar. Kursus yang saya ikuti bagi saya cukup bagi mendedahkan saya dgn apa itu ABA secara asasnya, aktiviti2 yang boleh saya jalankan dan menghubungkan saya dgn ibubapa lain yang senasib dgn saya.
  • Waktu pulang dari kerja tidak menentu menyebabkan saya perlunya ahli terapi untuk anak saya. Saya mahukan sesi yang dijalankan pada masa yang tetap bukannya masa yg tak menentu...kejap petang kejap pagi kejap petang yang boleh menyebabkan anak saya keliru dgn rutin harian. Kebanyakan parents yang saya jumpa pun kebanyakannya si ibu tidak bekerja atau terpaksa berhenti kerja. Saya tabik bagi perents yang bekerja dan boleh conduct this ABA programme sendirian berhad!! Tapi setakat ni tak jumpa lagi..most of them yang buat sendiri..the mother mmg tak kerja.
  • Saya tidak mahu saya menjadi stress!! Kerja saya sbg pendidik saya akui sgt stress dan meletihkan. Bila saya mengendalikan sesi terapi, ada waktunya saya menjadi tertekan dan kurang sabar memandangkan saya sudah letih ditambah jika E-in juga kurang behave pada waktu tersebut...saya cepat naik angin dia pula through his tantrums!!! Akibatnya tiada kesan positif kepada E-in. Saya kecewa dan dia mungkin lebih kecewa dan akan menolak langsung sebarang aktiviti yang akan dijalankan kelak. Disebabkan itu, saya perlu mengupah terapi yang boleh mengendalikan sesi tersebut pada hari Isnin hingga Jumaat dan saya pula boleh kendalikan pada hujung minggu dan pada waktu2 lain yang difikirkan sesuai tapi sudah tentu saya bukan dlm keadaan letih...so I'm in the happy mood and lots of energy!!!!!!!
  • Bila mengupah ahli terapi, bukan bermakna saya tidak langsung mengendalikan sesi terapi. Saya juga akan bertindak sbg salah seorang daripada team tersebut tetapi dgn adanya ahli terapi yang berpengalaman ini membolehkan saya berbincang dan bertanyakan pendapat jika ada aktiviti yang perlu atau cara untuk mengimplemenkan sesuatu kemahiran kepada E-in, kerana yang perlu kita fokuskan supaya setiap aktiviti itu ada faedah dan boleh meningkatkan interaksi antara kami dgn E-in. Supaya dia tak hanyut dalam dunia dia. I really want to bring him out then come to our world....
  • Saya tidak kreatif!!..saya juga takut jika cara saya salah dan tiada org saya nak rujuk..tiada org yang saya boleh bertanya jika cara saya itu betul atau salah..memang saya ada juga tgk dan tiru bbrp interactive game untuk kanak autism dari youtube tapi saya perlu faham..aktiviti tersebut untuk apa..what is the correct way to implement...what should i do if my son refuse to get long with it???how..n how...so that's y i need some one with experience to help us...contohnya mcm first meeting last sunday...i told the therapist that E-in cannot pronounce word with 'L'...cth mcm balloon dia sebut benon...so then the therapist knows yang e-in tak boleh nak bwk lidah dia ke atas..so then she said that she going to come out one activities supaya dia bleh practice the 'L' sound!! See...kalau harap saya mmg saya tak terfikir yang itu boleh jadik satu dia punya programme..
  • Lagipun untuk design the programme it takes a lot of time, ideas, courage...bla...bla...saya tak fikir saya boleh beri komitmen ..nak ambik data lagi...sedia bahan....untuk sesi satu jam sahaja saya kena fikir pelbagai benda...so, saya tak rasa saya dapat buat perkara tu semua sendirian, tapi dengan adanya therapist semua benda jadi mudah..kami boleh berkongsi untuk penyediaan bahan...mereka boleh beri idea...design the programme...helps us to set up the aim...byk lagi...

Saya rasa setakat itu yang saya boleh kongsi...maaf saya mmg tak pandai nak susun kata2...saya mmg kurang ilmu..tapi dgn ilmu yang sikit ini saya mahu kongsi dgn ibu2 yang senasib dgn saya. Apa yang saya boleh nasihatkan....bila anak anda disahkan autism, perkara pertama anda perlu dapatkan sebanyak mungkin mengenai autism dan rujuk kepada mana2 pakar psikologi kanak di tempat anda jika ada sebarang kursus dan seminar yang boleh anda ikuti, ini penting bagi membantu anda memahami dan tahu apa yang perlu anda lakukan seterusnya. Anda boleh bertanya jika ada pusat jagaan, pusat rawatan atau sebarang agensi yang boleh membantu.

Jangan bersedih dan bersedih.....ya tak salah anda bersedih sbb saya juga begitu..tapi kita perlu ambil tindakan segera...bersedih dan menangis tidak bawa anak kita kemana2. Kita adalah ibu2 yang diberi anugerah untuk menjaga insan2 istimewa ini. Mereka bidadari syurga kelak....! :)

8 comments:

  1. in the same boat here. tak pernah terfikir nak upah therapist dtg rumah. bimbang Iman main2 je nanti. dia pg ke GIMC tapi tu lah... sebab bekerja, tak boleh nak commit dengan schedule terapi dia. dh jumpa 2 centers tp caj and jadualnya tak boleh nak fit my working schedule. berbelah bahagi sebenarnya.

    ReplyDelete
  2. tengah2 malam yang syahdu ni kan.. aku terbaca something about autism ni, terus teringat E-in. terus aku on9. ni suggestion dari NURY. dan diorang ada aplly kat anak2 autism.. mungkin hang dah tau kot pasal ni tapi kalau belum.. meh aku bgtau..kajian menunjukkan VITAMIN B6 DAN MAGNESIUM dapat membantu memberi kesan positif pada anak2 autism. digalakkan 100mg hingga 600mg vit. B6 daily. antara kesan positif yang boleh dilihat kalau consume berpanjangan vit ni adalah:
    - mata anak mula boleh bertemu mata org lain
    - anak mula sedar persekitarannya
    - anak mula boleh bercakap
    - anak boleh bagi respons kepada percakapan
    - anak kuarang lasak dan kurang hiperaktif

    emm maybe info ni membantu.. E-in pun dari sehari ke sehari ada perkembangan positifkan...:) wish u n e-in luck k...

    ReplyDelete
  3. sy sokong tindakan anese amik therapist utk ein w/pun kos nye agak tinggi...ank sy normal pun kengkadang y fed up ms nk ngajo sbb dh lth seharian bekerja...apatah lg ein n anese...teruskan usaha yek...

    ReplyDelete
  4. sgt2 setuju ..perlu ada professional terapist yg boleh betul2 focus ...kak za doakan yang tebraik untuk e-ein..baca blog ni betul2 dedahkan kak za tentang autism ni...jgn sedih, jgn putus asa...dan kak za percaya e-ein bijak dan boleh lalui terapi ni dgn baik sekali!! insya allah kita sama2 berdoa ..

    apa tak pandai susun kata2? dah ok sgt tu! sebab semua point dan luahan perasaan tu sampai, dan kadang2 turut sama boleh rasa your feeling!! teruskan menulis tentang autism..dan mcm mana e-ein jalani terapi ni..

    ReplyDelete
  5. ummmi
    Memang sesi therapists byk main..tapi tu semua to build up connection between us...increase dia punya psikomotor...then baru slowly belajar..early stage mmg mcm tu sbb kita nak bantu dia lebih fokus..disiplin...bleh ransang deria dia....then sedar dgn kehadiran kita...btw kat mana centers yang u jumpa tu?? nnt email sy yeks..

    Syikin..
    thanx a lot..mmg vit B leh membantu..tapi rite now nak kena carik yang sedap skit w/pun sepatutnya pilih yang no flavor tapi dia refuse nak makan..huhu...spirulina yang hanyir tu dia leh kunyah plak...

    noradzlina
    sebenarnya sesi tu pun bagus untuk budak normal sbb dia bantu budak lebih kreatif..kalau akak rajin akak leh appply kat anak akak..

    kak zaliana
    thanx kak..sy sendiri pun tak tau autisme tu apa seblum ni..tak pedulik pun..tapi bila kena diri sendiri baru faham..terima kasih atas doa tu..moga2 ada harapan untuk dia berdikari dan boleh diterima masyarakat nnt..

    ReplyDelete
  6. saya pun tgh cari vit B6 & magnesium tu.., specifically in liquid form... mana beli & jenama apa, berapa mg? X jumpa lah kat pharmacy biasa..

    ReplyDelete
  7. Salam aneesa,
    sy pon berminat utk dptkn speech therapist yg wat freelance nih, aneesa ada contact sape2 yg berminat tak? sy tggl kat area putrajaya

    ReplyDelete
  8. salam...hmm i tak ada contact untuk speech therapist...kebanyakannya yang buat ABA...tapi they apply for speech too...currently untk area cheras ke atas mmg susah nak cari..both of my therapists pun now dah full...diorang cuma ambik 2-3 kids je sbb they have to travel from one house to other house daily so mmg dah penuh for one day. Kebanyakan therapists byk dok area PJ...but bila ambik therapist yang duduk jauh we hv to consider the petrol cost...in my case they charged me rm15/day (not include Tx's charge)sbb depa duk are cheras Kl..kalau PJ may be lagi mahal lah.....tapi i boleh bagi one of EAP's lecturer email address.U boleh contact dia tanya if she have any contact num.

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers