Saturday, May 24, 2008

Menu of the day

Bila hubby ada di rumah rajin la plak nak masak..adik saya pun kebetulan ada di rumah..emm seronok skit mkn ramai2.....sementelah dlm cuti sekolah..badan rase segar dan bertenaga..kalau musim sekolah hari cuti pun malas nak masak..nak rehat jerr..
Jadi menunya...
Sarapan : Kue Teow Goreng
Bestnya kalau saya pandai buat Char Kue Teow mcm yang kat Penang tu kan...sbb tak nak tanggung risiko tak jadik...makanya goreng cam biase je la..

Kemudian lepas sarapan di pagi sabtu yang best ini...lepas sidai baju, mandi semua..pergi ke kedai runcit..got this fresh siakap..ehmm nak masak apa ye?
Mestila cita rase dari Thai...
Lunch : Crispy Siakap w Thai Sauce
Salad Vermicilli
Telur Bungkus
Seriously mmg suka this recepi!!! W/pun just agak2 je..reka2 sendirik tapi mmg sodappppss sangat!!Ratah part tulang2 tu lagi best..lebih sedap bila ikan di masak sehingga garing dan di taburkan dgn daun limau purut yang di racik semasa hidang..tetapi oleh kerana saya sudah masukkan hirisan limau purut ke dalam soo-uun jadi tak perlulah dua2 hidangan mmpunyai rasa yang sama kan?

Resepi utk Thai sauce (tiada sukatan tepat kerana main agak jer) :

sebiji perahan lemon
sebiji perahan limau
4 sudu besar sos ikan/nampla
2 sudu besar cuka makan
cili merah dan cili padi- dikisar bersama (tanpa air)
satu sudu bsr tepung jagung di bancuh bersama 5 sudu bsr air
1 1/2 cawan air
5 sudu besar gula
garam secukupnya
cara:
campurkan dan didihkan semua bahan kecuali cili dan bancuhan tepung
masukkan cili dan biar seketika
masukkan bancuhan tepung dan masak hingga pekat.
*sos ini lebih sedap jika di buat manis sedikit to balance the soury taste
Sesuai utk menu org diet..resepi dari Mat Gebu
Saya tambahkan hirisan halus daun limau purut dan carrot
Telur bungkus versi ala2 nak hangus!!! huahaha....yang penting semuanya slamat masuk peyyut kami!!!

1 comment:

  1. ~ sedapnya tgk ikan tuh... terkecur ayaq liur cheq. :P ~

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers