Friday, May 23, 2008

Yahooo....cuti sekolah!!! Yeyeye...

Hahaha bukan anak murid ajer yang bersorak berakhirnya penggal pertama dan bermulanya cuti sekolah tetapi cikgunya jugee...baru entry semalam cerita pasal penat jadik cikgu kan? mungkin cuti ini mmeberikan sedikit ruang utk menghilangkan tension cikgu2..
w/pun dalam bonet kereta penuh dgn kertas peperiksaan yang perlu disemak sewaktu cuti..emm...bknnya bercuti sepenuhnya tetapi masih ada kerja yg perlu dibuat..namun saya tetap bersyukur jua keranaw/pun terselit kerja tetapi masa lebih fleksibel dan boleh fokus
( ye lah tiada kerja pengkeranian lagi atau pun perkebunan..back to our core bussiness!!)

Oh thanks for the lovely comments my dear friends..itu la kan..dlm setiap kerja ada yang susah ada yang senang..rezeki memasing..cuma yang penting kiter perlu bekerja seikhlas mungkin tetapi tidaklah sampai dibuli atau mengabaikan keluarga..mencari rezeki halal itu wajib!!Yang penting jgn lancang mulut nak tuduh org yang kerja itu malas..tahu mkn gaji..masing2 kena tahu tugas memasing..dan jalankan dgn penuh t/jwb.

Sekolah saya ini rajin sedikit (sedikit ke byk? atau terlebih sudah?)...buat aktiviti yang dan dinamakan 'Perkhemahan Perdana'. Bermula hari ini dan berakhirnya tengahari Isnin ini yang melibatkan persatuan unit beruniform. Berkhemah di sekolah..bagi murid mmg seronok tapi bagi cikgunya...muehmueh..malasnya sih!!! Dua mlm berikutnya saya terpaksa pergi ke sekolah dan juga hari Isnin utk penutup..rancangan utk balik kampung selama kedua2 minggu cuti sekolah terpaksa dipendekkan kepada seminggu sahaja...dah lama tak balik kg..rindu sgt!! Rindu dgn semua org dan pemandangan kg ku itu...

Itu pun ada juga cikgu yang terlibat utk kelas tambahan waktu cuti..walaupun berbayar tetapi bagi saya tak berbaloi...saya lebih suka bercuti bersungguh2 berbanding dpt duit yg tak seberapa itu..pernah saya memberitahu suami.."kalau saya nak mencari side income pun saya takkan buat tuition!! kecuali kalau saya yang nak jadik tokey je kat pusat tuition!!" hehe....ntahla..penat mengajar menyebabkan saya tidak teringin langsung utk buat tuition..walhal ramai juga rakan yang ada mendapat side income sehingga RM 5000 utk kelas tuition sahaja..malah ada juga pusat tuition sanggup membayar lebih dari itu jika guru itu mmg guru pakar yang menjadi rebutan pelajar yang berminat mengikuti kelasnya..bayar ikut bilangan kepala!!Memang lumayan!!

Buka sekolah nnt sudah berderet program yang akan dijalankan....maths fun day, perkembangan staf, hari ko-kurikulum, hari akademik, english day, hari sukan utk permainan dan latihan yg akn diadakan setiap petang, kelas tuition, bla,bla,bla..saya di fahamkan kemungkinan akan bekerja setiap sabtu!!! Hadui!! Buat je la labu...dah nasib badan!! Kadang org atas ni nak kasi nama sekolah naik..buatla macam2..yang penatnya kamila..tapi sapi yang dpt nama..saya lebih suka kalau penggal kedua ini fokus kepada akademik sahaja..kerana itu yang paling penting...terutamanya ting 3 dan 5..bukan apa..bila cikgu sibuk dgn perkara lain tugas P&P yang terganggu!! Penatnya bila fikir2 nak mengadap bukak sekolah ni... :-P

Err...sapa yang nak pencen umo 58 thn? not me for sure...

No comments:

Post a Comment

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers