Wednesday, October 22, 2008

Tabahkanlah hati ini..

Susahnya hendak cerita disini..tak mengapalah..lagipun ini salah satu cara untuk aku menguji diri sendiri supaya menerima takdir dan rezeki tuhan.

Hatiku ini bimbang..bimbang permata hatiku..Ilhan Farihin..belum boleh bercakap seperti kanak2 yang sebaya, hanya sesetengah perkataan sahaja yang disebut kemudian bila disuruh ulang..dia tidak pedulikan..

Risaunya hati umi melihat anakku itu...umurnya bakal menginjak 4 thn Januari depan..dan seingat umi..E-in pandai bercakap semasa umur 2 tahun lebih..ada byk perkataan yang boleh dia sebut..tapi kini lebih suka mngeluarkan bunyi yang umi dan ayah sendiri tak mengerti..jarang sekali E-in mengeluarkan perkataan yang difahami.

Beberapa minggu lepas..aku ada bawa dia ke klinik disebbkan dia demam, sewaktu si doktor merawat..dia bertanya beberapa soalan yang mmg meresahkan hatiku dan dia mengesyorkan ku agar berjumpa dgn pakar kanak kerana melalui pemerhatian beliau E-in seperti ada tanda2 autisme!!!Bagaikan tak berpijak di bumi nyata ketika itu namun aku senyum jua w/pun di dlm hati bergelodak bagai...lalu aku meminta recomendation letter utk dibuat tindakan lanjut. Pulang dari klinik terus aku buka l/top mencari maklumat mengenai autisme.

Hatiku bagai ditikam berkali2 apabila baris demi baris tanda2 awal kejadian ini kubaca. Malah beberapa peratus dari senarai itu tepat dgn kelakuan anakku. Walaupun dalam hati aku seboleh2 utk menidakkan kenyataan itu..tidak anak ku bukan autisme!!! Bukaannnnnn!!!! Itu jeritanku di dalam hati. Kemudian bila melihat dia tidur hatiku bertambah sayu...dan air mataku menitis jua. Dia normal dari mata kasar.

Bila ditunjukkan surat kepada suami..kami sama2 terdiam. Aku menangis sekali lagi. Kemudian dia menyabarkan aku. Yang penting kita kena tabah. Kita jumpa dan tgk dulu apa kata pakar. Kemudian kita fikirkan apa yang perlu dibuat. Kini sudah masuk minggu kedua selepas membawa surat itu ke HUKM kami masih menunggu panggilan dan temujanji yang pertama. Inilah susahnya pergi hosp.k'jaan..maaf kalau ada yang terasa..tetapi janji mereka yang akan menelefon kembali membuatkan kami makin resah.

Kalau boleh secepat mungkin saya inginkan kepastian..andai benar ditakdirkan tuhan dia anak istimewa aku akan terima seadanya dan andainya bukan aku bersyukur teramat. Aku benci dgn penantian yang sia2 begini. Kata suami seandainya tiada lagi sebarang panggilan kita akan pergi ke tempat lain. Apapun perlu usaha dari awal.

Dari pembacaan, usaha awal amat penting sekali kerana boleh menyelamatkan si anak. Sekurang2nya dia boleh bercakap dan berdikari dan seandainya proses ini menuntut perhatian sepnuhnya dari saya..saya rela ambil cuti tanpa gaji kerana saat ini saya mahu memantau sendiri perkembangan dia dan membimbing sendiri kebolehannya kerana anak2 ini ada kebolehan sendiri tetapi perlu dicungkil dan bukan dibiarkan dgn dunianya sendiri. Malah melihat nama2 mereka yang autisme berjaya seperti Bill Gates dan Albert Einstein sedikit sebyk mmbuatkan hati ini merasa tenang.

Buat Ilhan Farihin..umi sayang E-in. Sayang teramat melebihi segalanya. Umi dan ayah berdoa agar E-in bukan seperti itu. Umi tahu E-in mempunyai IQ yang tinggi serta cerdas sekali kerana E-in mempunyai daya ingatan yang kuat. E-in ingat di mana letaknya rumah kita, rumah opah hatta restoran kegemaran E-in sekali pun. Malah E-in faham jika umi ajak E-in outing, bathroom, wash, go upstair, sit down, come here, clean up dan byk lagi. Cuma E-in jarang bercakap dengan umi. E-in bercakap bila terdesak.

Mungkin E-in cuma ada masalah percakapan sahaja dan bukannya autisme..bukan sekali2...insyaalah. Umi akan pastikan masa depan E-in dan kakak secerah matahari yang menyinar alam. Dan kepada tuhan nan satu..tabahkanlah hati dan jiwa ini..amin!!

5 comments:

  1. Anese
    Banyak2 kan berdoa ek dan buat solat hajat mohon E-in ok. Tumpang simpati.

    ReplyDelete
  2. jon,jgn risau sgt sbb stiap org dicipta dgn keistimewaan masing2.mgkin dlm hal ni dia kurang tp sape tau dlm hal lain,e-in ade kelebihan tsendiri.wpun kurang bckp,tp otak dia sentiasa bfikir.btl kan?

    ReplyDelete
  3. John..aku doakan anak hg ok..aminn..

    ReplyDelete
  4. kak anese..
    tabahkan hati yee..
    berat mata memandang, berat lagi hati yang memikul..

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers