Saturday, October 25, 2008

Terima kasih

Terima kasih kepada rakan2 yang memberi respons dlm entry yang lepas..i really appreciate it..
Sekarang ini hati merasa sedikit tenang. HUKM pun sudah mmbuat tarikh temujanji pada 6 nov 08 ni utk mmbuat diagnostic test. Tapi utk berjumpa pakar 23 January thn depan baru leh jumpa..lamanya. I tot lepas buat diagnostic test ni ingat nak pergi Ampang Puteri. I can't wait for any longer. Tak sabar nak tahu apa yang doc cakap.

Melalui perbualan dgn rakan semamlm, kebetulan dia juga ada memberitahu yang anaknya juga mengalami kes yang sama. Malah anaknya lebih teruk kerana tidak mahu langsung membuka mulut hatta makan sekali pun mengunyah sambil tertutup rapat. Hanya menggunakan bahasa isyarat sahaja. Dia juga bawa anaknya ke HUKM utk mmbuat diagnostic test dan setelah doctor membuat test dia memberi tempoh 6 bulan kerana menurut doctor mungkin anaknya mengalami speech delay sahaja. Kini anaknya sudah boleh bercakap sedikit walaupun tidak petah. Beberapa patah perkataan sahaja.

Saya juga bertanya apa yang diuji..katanya biasanya kelima2 deria- such as sight, hearing, touch, balance, smell, taste, reaction to pain. Hmm..bila mendengar test2 tersebut saya rasa lega sedikit kerana E-in tidak mengalami masalah tersebut kerana dia boleh melihat hatta manik atau jarum halus yang terjatuh di dalam karpet tebal yang saya sendiri tak nampak. Kalau objek jauh juga dia boleh melihat jelas terutama kalau melalui highway yang ada restoran Mc D. Nampak aje lambang huruf 'M' besar itu dia akan menjerit kalau tak singgah!!! Malah membebel dgn bahasa yang tidak difahami..begitu juga bila kami ke Bangi. Ada satu restoran yang dia suka, lebelnya kurang jelas tetapi sbb dia sudah cam jalan dan lebel restoran maka keadaan sama juga berlaku. Walaupun waktu mlm..mmg dia boleh nampak. Sebab selalunya kami singgah selepas singgah membeli stok susu dan pampers.

Dari segi pendengaran mmg dia boleh mendengar dgn baik. Kalau saya membuat susu, katakan dia berada diruang tamu dgn tv terpasang dia sudah berlari datang ke dapur. Dari segi balancing( hehe..mcm kereta plak!!) mmg dia boleh berjalan, berlari dan memanjat dgn seimbang. Malah kalau dia meniti di tempat2 sempit semasa bermain di taman2 dia pandai imbang badan.

Dari segi sentuhan dia sudah kenal rase sakit, sejuk, panas semua tu. Sebab? Kalau saya suap makan dan kalau dia dah lapar sesgt dia akan pegang tangan di mangkuk. Bila panas dia cepat2 tarik tangan. Begitu juga kalau saya tersuapkan sayur hijau maka dia akan keluarkan balik sbb tak suka rasa sayur. Mungkin dari segi deria dia tidak ada masalah. Dari segi psikomotor sy rasa tak perlu dipersoal lagi kerana dia boleh memgang sudu dan cawan utk minum dengan baik selain memasang alat permainan seperti Lego itu. Malah memegang pen untuk menconteng ddg juga takde masalah... :P

Cuma tang kurang bercakap itu yang saya risau. Adala byk juga perkataan dia keluarkan dan betul apa yang disebut. Selalunya bila dia tgk tv..kadang time rajin di sebut juga..contoh kalau di dalam tv gambar ikan didlm air..maka keluar juga perkataan "pish in the C". Lain2 seperti mickey mouse semua tu..Dia faham apa yang saya arahkan dia buat.Kalau saya kata bukak seluar nak mandi, dia akan bukak dan cepat ke bilik air. Kadang bila dia rajin dia akan menyanyi lagu 'clean up' masa kemas barang2 mainannya.

Apapun jawapan sebenar mungkin selps dianostic test dan juga diagnose dgn doc barulah hati saya akan lega sepenuhnya.Biarlah apa jua keputusannya saya terima. Sekarang ini macam2 bermain di minda. Terfikir mungkin juga E-in kurang bergaul. Sebab dia dijaga oleh neneknya dan sepanjang hari duduk dengan bibik my MIL jadi tiada interaksi sangat dgn kanak2 lain. Yang ada pun dgn kakaknya sendiri. Itupun semasa di rumah sahaja kerana Hani bersekolah waktu pagi dan bila balik selalunya dia lebih suka bermain dgn sepupu yang sebaya dgnnya, Misha sementara menunggu saya dtg mengambil.

1 comment:

  1. Aku rasa suma ok la jon..mesti ok..!!john...mesti ok la..insyallah...ok punya..aminn..aku sedey gak sbnqnya..aku tak tau nk kata apa..tapi aku yakin anak hg msti ok!!

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers