Sunday, January 18, 2009

True Friends

Semalam hari sabtu saya bersekolah ganti untuk cuti raya cina (nnt kami cuti seminggu!!! yaiyyy!!)...tapi satu hari penuh program ada majlis untuk dua org cikgu yang bersara dan majlis ceramah sempena maal hijrah. Jadi kami tak perlu mengajar. Seorang dari rakan kerja bawak anak lelaki (darjah 4) ke sekolah. Mungkin kerana penceramah yang dijemput kurang menarik penyampaiannya maka kami pun sekali sekala menegur anak kwn kami itu..biasalah beberapa soalan utk bebudak kan...

me : How old are you? (budak ni pandai ckp org putih psl mak dia cikgu BI)
him : 10 years old
me : What is your hobby?
him : Reading, Swimming..bla..bla..
me : wow!! that's a lot...btw..do you know how to swim?
him : NO!!!!

Hahaha...memang tergelak sakan kami....mak dia kata mana pernah gi swim pun..camne la leh termasuk lam hobby nih? haha...teringat pula saya mase di bangku sekolah rendah dulu. Sy bersekolah di bandar Jertih namun biasala pekan kecil ni..maka penuh dgn budak kg juga. Jadi dipendekkan cerita..ada la kadang2 cikgu dah boring tak tau nak buat apa maka cikgu srh kami tulis biografi diri..ooho mmg seronoklakan. Lepas tulis kena baca kat depan. Alkisahnya kwn saya ni menyatakan hobinya bermain salji!!! Hahaha...tergelak cikgu tu. Pergi overc pun tak pernah apatah lagi nak main salji...kikiki!!!Tapi mase tu cikgu gelak je takde la nak kodem budak tu ke apa. Dah besar skang ni je bila pikir balik baru paham kenapa cikgu gelak2.Saya pun mase tu ada cakap yang cita2 , "saya nak jadik pramugari mcm Chiaki"..hehe mase tu citer jepun kisah pramugari Chiaki tgh glamer kan...

Apapun peristiwa ini menyebabkan hadirnya satu perasaan di hati sy...iaitu RINDU!!! Rindu pada teman2 lama..teman permainan saya..AYU dan INA. Rindu pada rakan2 sekolah rendah. Masih ada beberapa nama yang masih kuat dlm kotak ingatan ini.


my classmate f1-f3 (93-97)

Rindu juga pada rakan2 MRSM dulu..alhamdulillah canggihnya dunia sekarang mujur ada facebook..boleh juga berhubung. Cuma malangnya most of my classmate either form 1-3 then classmate 4 & 5 tidak ada dlm facebook!! Saya tak dapat langsung berhubung dgn mereka. Yang saya berjaya hubungi hanya azrind dan afni sahaja. Rindu dgn budak perempuan lain2 tu. Apa cerr la skang ni kan..masa gath pun diorang tak datang..memang lost contact terus....mcm2 pengalaman di sini. 5 thn tinggal di asrama..belajar, bergumbira, bergosip, gelak ketawa dan menangis pun ada!!Sebab tu selalu migrain mase kat sini.Hehhe..Last sekali jumpa mase gath ari tu..lehla jumpa Sal n Yantie..cuma kat manala Ajoe skang ni..lost contact aku!!

left to right : sal, yantie, ajoe n me

back to 98/99(matriculation)...the best moment ever!!!

Kemudian sy masuk ke Matrikulasi di Terengganu..hmm sebilik bersama cik dol (nama manja..hahha..), cik nah dan mc ja'k (pun nama manja yg kitorang beri..kiki)..kami berempat. Masa tu seronok sgt..tak de adegan nangis2. Entahlah sebab mereka ni tak plastik kot.. benar2 ikhlas dlm persahabatan. Saya merasa gembira bila bersama mereka. Kami menangis mase hari terakhir di situ. Setahun bersama mcm tak puas menikmati hidup bersama mereka. I really like them and miss them like crazy rite now..How sincere they are. Alhamdulillah skrg masih contact2 lagi. Cuma jarang jumpa. Saya rase saat persabatan sewaktu thn itu is the best in my life!!

Kenapa sy ckp mcm tu sbb sepanjang saya berkawan ada rakan saya yang agak 'plastik'..kontrol cun terlebih pun ada. Saya benci bila tiba satu masa ketika mereka inginkan sesuatu untuk bertanya misalnya..tapi sebb ramai org mereka malu..malu takut tersalah tanya gamaknya..nanti hilang glamer atau takut tukar jadik muka buruk kot nnt? Kemudian diorang suruh saya..apa kau ingat aku ni org suruhan korang? Kenapa srh org lain? Maksudnya kalau aku tersilap org bleh gelakkan aku then korang just play save je la?Jaga image konon..Maafla mmg ini bukan teman yang boleh dijadikkan kawan sejati..kawan sejati dia takkan buat mcm tu. Saya bukan tak pernah tolong tanyakan, tolong buatkan atau tolong belikan tetapi saya paham dgn tujuan permintaan2 ini..sama ada benar ikhlas atau takut dimalukan dan menjaga "maruah" konon..how plastic kawan mcm ni kan?

Kemudian bila masuk UPM, saya kenal cik lin, cik nan, lisa, nurul, ayu, julia, nor bun, idah dan faiz..oh ramai lagi..yang course mate ada yang bukan coursemate pun ada. Masih ada yang di kontek lagi..LISA aku suka kawn dgn geng diorang sbb aku tak rase mereka plastic....seronot betulla...aktiviti kami tak lain tak bukan ialah..cukup mase mesti MAKAN!!!! hahah..mmg saiz badan diorang mmg umphh la..tapi aku suka dgn diorang sbb aku rase diorang ni rakan comel saya. Sentiasa rase bahagia bila kami bleh gi beli mknn..sama ada mkn kat kedai atau kat hostel..kegumbiraan menghiasi hari kami..Ya lah..perut kenyang suka hati kan..mkn sambil layan citer hindustan kat pc cik linn..

Tak sabar cuti raya cina ni nak jumpa Lisa. Byk sgt nak citer2 ngan dia..kan best kalu ank leh letak tepi pastu kita kuar dua je..haha? Gi kedai kak Shanie, kedai 2 hinggit setengah (rase skang mesti naik rega dah..) ke atau beli burger abg abun ka..ade lagi ke kedai diorang ni kan?Waa...rindu2x la kat diorang!!! bestnya kalu doraemon tu wujud..rase nak putar balik mase dulu..jumpa balik dan make sure mintak alamat phone bagai dan sentiasa kontek mereka..baru tak putus hubungan..

Ada lagi seorang yang saya rindu..bukan sebb sek sama ke apa..tapi sbb kami berjiran..namanya Jun Anizan..saya panggil dia along w/pun dia muda sethn dari dia. Balik cuti MRSM saya akan berkawan, jenjalan kat pekan Jerteh atau Kota Bharu dgn dia. Pun terputus hubungan bila kami sama2 pindah. huhu...rindula nak jumpa dia..nak tanya khabar dia. Keluarga dia tak sebahagia keluarga org lain..byk cerita sedih kami kongsi. Boleh kategori sbg pandai tapi sayang beban keluarga yang menganggu. Darjah 4 dah pandai masak, mkn minum adik semua diurus sendiri..maknya bersalin saban 2 thn..umor mcm tu dah pandai jaga ibu dlm pantang. Ayahnya langsung tak bertanggungjawab. Sedih bila pikir balik.

Kengkawan i miss all of you!!! Rindu sgt nak jumpa korang semua!!! Korang semua org yang pernah berkongsi pahit manis bersama. Mana mungkin aku lupakan kamu semua..kecuali aku ditakdirkan nyanyuk nanti. Andai ada yang terbaca atau jumpa blog ku yang tidak gah ini maka jgn segan..hubungi daku...Really miss my old days with u..

6 comments:

  1. jon, aku pon fkr cmtu gak. kalau ramai yg xde, kire aku dtg utk jumpa ko & jot utk area cheras. liya aku akn jmpa kat area sunway. coz 3 of u r the most valuable persons in my life.

    ReplyDelete
  2. haha..kelakarla kau nie dxoul..teringatla jugak..tapi takkan nak announce kat sini..nnt skandal..hahha...pepun mmg bestla kalu dpt balik zaman dodulu..zaman2 pramatang..kiki gaduh je lebih!! bila ingat balik..mcm apa je..

    takpe lisa..yang penting aku, jot kau = jumpa!!!!Yang lain kalu takleh nak ikut takpa le..

    ReplyDelete
  3. hahhaahahh mcm2lah budak2 kan...

    alahai bestnyer mengimbau kenangan lama....

    ReplyDelete
  4. hahaaa....kelakar la korang nih, apapun mmg skrg bila dh berfamily nih kt rindu balik masa muda2 dulu,hehee..

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers