Thursday, February 19, 2009

Dugaan Tuhan

Tuhan bagai menduga ketabahan aku dan suami sbg umatnya. Baru saja E-in pulih dari cirit-birit, semalam dia demam kemudian selepas bangun dari tidur petang semlm E-in tak boleh berjalan. Nampak dia ssh utk bangun . Berjalan pun mcm hendak terjatuh dan kakinya diseret, bergoyang2 badannya kerana kakinya seperti tidak kuat utk berdiri tegak. Hari ini bangun pagi dia terus tidak boleh berjalan. Hari ini umi terpaksa cuti lagi. Ayah juga. Hati mana yang mampu melihat anak terbaring tak boleh berjalan. Tiada ketenangan untuk mencari nafkah.

Kami bawa dia ke PUSAS (Pusat Urat Saraf)...mungkin E-in pernah jatuh katanya. Ada urat yang terselit di antara tulang belakangnya. Seingat umi dia tak pernah jatuh semlm...opah juga kata semlm E-in tak jatuh pun. Mungkin Hari2 sebelumnya tapi kini baru terasa kesannya. Mase ambik dari rumah Opah, E-in boleh berjalan seperti biasa dan selepas smpi di rumah dia terus tidur. Bangun dari tidur terus tak boleh berjalan. Kami bawa ke klinik..doc menegesyaki E-in terkena Chikungunya. Tiada rawatan khusus untuk itu. Hanya diberi ubat sakit sendi. Kata mana harus saya ambil...Hanya Allah Yang Maha Menegetahui...Hati pula bagai disiat2 bila melihat keadaan E-in, air mata umi gugur jua. Mlm ini sekali lagi kami bawa dia ke PUSAS untuk diurut. Bolehlah skit2 angkat kaki..namun masih lemah. Esok jika keadaan masih sama saya tekad untuk bawanya ke hospital.

"Ya Allah..aku merayu padaMu....janganlah kau uji aku lagi..sesungguh aku pohon kasih dan belas kasihan mu Ya Allah terhadap insan kecil anugerah Mu padaku..Hanya engkau yang Maha Berkuasa dan Maha Menyayangi."

10 comments:

  1. Moga urusan di permudahkan dan E in cepat sembuh!

    ReplyDelete
  2. Anis
    Tabahkan diri. Jgn putus doa, doa ibu paling berkat :)

    ReplyDelete
  3. Kuatkan semangat. Yakinlah ada hikmah disebaliknya...

    ReplyDelete
  4. anese knp?...mmmm sabar lah sume org ada masalah ..aku pun skrg serabut tau...tapi tue sume dugaan tuhan nak uji kita...sabar yer

    ReplyDelete
  5. Anese... semoga tabah dan kuat menghadapi ujian Allah. Allah turunkan ujian hanya kepada hambanya yang mampu.

    Kami sekeluarga doakan agar e-in cepat sembuh yer.

    ReplyDelete
  6. jadanese, Bal ada dengar kakak bal cerita org demam chigukunya sembuh dlm masa 3 minggu berubat hemoepati..tabahkan hati..hope segala2 galanya baik seperti sediakala.

    ReplyDelete
  7. Hanya org yg merasai tahu perasaannya. Byk2 la bersabar anese, kt sedang diduga semuanya ada hikmahnya

    ReplyDelete
  8. Annis, aku tumpang simpati! pity e-in ... berdoa dan terus berdoa ok!

    ReplyDelete
  9. mak farhah
    alhamdulillah setakat ni segala urusan rawatan berjalan lancar dan mula menampakkan kesan positif

    azie, lisa, saiful
    tqvm..setakat ni boleh bertahan..of course sy kena kuat..baru anak pun kuat semangat..

    *Azie*
    Tu la mmg tuhan nak duga E-in dan kami..dgn masalah autismenya, kesihatannya..tapi kami yakin yang tuhan sayangkan hambaNya yang kecil ini..

    As & Intan & Dxoul
    tqvm atas doa mu itu..

    Bal
    tu la byk jugak dgr cerita psl benda ni..alhamdulillah bukan.

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers