Sunday, February 15, 2009

Impian Perkahwinan


Disebabkan E-in tak berapa sihat maka tiada aktiviti berjalan2 or bershopping2an. Petang Sabtu balik dari sekolah pun rehat di rumah saja. Hari ini juga sama. Jam skrg sudah hampir jam enam petang. E-in baru sahaja setengah jam lena setelah kembali sihat. Sudah mula aktif. Malam dan pagi tadi E-in masih lagi cirit-birit. Syukur hampir tengah hari dia sudah mula pulih. Gembira melihat dia kembali memanjat, riang dan bertenaga. Dia juga sudah mula makan.

Jadi semalam cik abe ajak saya melayan DVD. Saya dah lama mahu tgk cerita Bride Wars. Saya minat dgn Anne Hathway since dia berlakon dlm Princess Diaries lagi. Nak tgk kat wayang bukannya mudah bawa E-in bersama. Nanti bising dalam panggung...hehhe. Nak tunggu DVD ori keluar lambat lagi sbb dia tgh on air. Jumpala DVD cetak rompak dr panggung punye...opss ada pak polisi yang baca tak ni???Layan juga w/pun kureng memuaskan. Saya mmg suka cerita ringan mcm ni (kepala dah cukup berat dgn akt harian..tak perlu sumbat dgn cerita berat yg lain) . Suka cerita jenaka tapi bkn lawak bodoh atau lucah.

Enjoy la juga tgk cerita ini. Ada satu tagline yang menarik perhatian saya..yang berbunyi lebih kurang "Vera wang doesn't alter but you hv to alter yourselft to fit vera wang!!". Wow..sesapa yang mahu memakai gaun kawin made up by VW ni kena ikut figure dialah. Nampaknya dia tak kisah dgn customer yang cannot fit and just hv to walk away cause dia ada ramai customer yang sanggup buat apa saja to fit her gaun!! OOOOhohoho..sy benar2 admire her..biasanya peniaga ikut kehendak pelanggan tapi terbalik pula. Betapa berkuasanya dia. Sudah tentu bagi pengantin perempuan barat perkataan 'perfect wedding ' bila dapat menyarung gaun VW.

Saya dulu pernah impikan bila saya berkahwin saya hendak pakai gaun..tak mo pki baju tradisional...haha. Pakai Gaun yang kembang cantik dgn veil panjang meleret2.....kemudian kawin pula dgn anak org kaya...hensem..romantik dan ada segalanya!! Kikikikiki...hey jgn ckp impian ku over!! Siapa yang tiada impian begitu?? Tak ramai rasenya. Bila fikir2 balikkan....bukan setakat nak tergelak..nak termuntah pun ada. Jauh benar aku bermimpi. Hahaha....Mimpi tanpa melihat keadaan diri sendiri yg serba kekurangan..tiada rupa, tiada harta. Pakai gaun apanya....potongan badan pun ..huhuhu...dahla tak berapa tinggikan.

Tapi walau pun impian kureng matang tu tidak tercapai saya menerima takdir seadanya. Apa yang saya ada sekarang lebih baik dari yang saya impikan. :) Opsss...Kenapa tetiba je ada gambar beg di atas tu??? Hehehe..bermimpi lagi daku....
Jika sy melayan Bride Wars suami pula melayan cerita ini. Eh best la cerita ni. Just read the synopsis. Mcm mana ye kalau jadik betul ada kisah mcm tu?? Lahir dlm bentuk fizikal tua sprt 80 thn and then when age getting older but the body getting younger. Tuhan ni Maha Kaya. Tidak mustahil untuk terjadi. Suami sy kata cerita ni setaraf dgn cerita Forest Gump. Setuju. Sebab itu filem ini menang byk award.


No comments:

Post a Comment

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers