Saturday, February 14, 2009

E-in tak sihat.


Semalam bangun tidor E-in muntah2 skit. Dua kali. Lembik sekejap kemudian dlm 20 mins lepas tu dia start to aktif balik. Kami pun mcm biasa siap2 utk pergi kerja. E-in ditinggalkan dirumah opah. Kami ingat mungkin ada angin skit kot dlm perut dia sbb tu muntah.Saya letak minyak panas di perut, bhgn belakang dan betis.
Kemudian dalam pukul 9 kami dapat panggilan dari Opah. Opah kata E-in dah lembik tak boleh bangun. Umi terdiam terkejut dan jantung berdegup kencang. Berjalan seperti tak seimbang saje. Terus minta kebenaran untuk pulang awal. Mujur dibenarkan. Kalau tidak bukannya mudah.

Bila sampai tgk E-in terbaring merengek2 sedikit. Opah kata E-in muntah teruk. Tunggu ayah sampai terus bawa ke klinik. Sah..E-in keracunan makanan. Puncanya sup yang dibeli di kedai semlm. Dia dan hubby yg mkn. But my hubby just ulang pi tandas je. Balik rumah opah E-in beberapa kali cirit-birit. Berak air je..kesian dia. Balik rumah pun berkali2..sampai lembik anak umi. Perutnya kembung. Boleh dgr bunyi angin dlm perutnya dgn kuat. Ubat pun terpaksa paksa suap. Umi buat bubur nasi pun tak mahu. Susu sahaja.


Umi takut dia dehydration jadi cuba bagi dia minum air dgn byk..namun dia tak mahu. Susu sahaja. Malam pun E-in tidur tak lena. Cuma angin dan cirit-biritnya kurang sedkit. Hari ini umi kerja. E-in duduk dgn ayah. Ayah kata E-in cirit birit lagi. Habis kena carpet. Nasib baik karpet murah yang jenis senang basuh. Dia terbuang dan dia bukak seluar kat carpet kemudian lari ke tandas (pandai juga dia..hehhe). Ayah pulak tertido..aiseyman!! Terjaga bunyi pintu tandas dibuka kuat. Malangnya dah ada yang terkena kat karpet. Yelah cirit -birit ni mcm airkan keluarnya..hmm kena operasi ayah lepas tu. Carpet di basuh skit, jemur then dihantar dobi. Selain itu E-in juga muntah2 skit pagi tadi. Kesiannya baby umi. Cepat sembuh ye sayang....

Hari ni E-in masih lagi tak lalu makan. No appetite. Minum susu je berbotol2. Apa umi harus bagi E-in mkn nih??Walau bagaimanapun E-in sudah mula aktif. Cuma tak seaktif biasa. Lepas ni umi tak beli kat situ lagi ye sayang. Kesian E-in jadik mangsa.

2 comments:

  1. Hello Anese, regret to read your kid not feeling too good. Hope now better already, otherwise pergi doktor.

    Here's hoping you have a beautiful Valentine day and a pleasant weekend.
    Best regards, Lee.

    ReplyDelete
  2. get well soon e-in. lenkali soh umi masak je kat umah. no more mkn kat luar. hehehe...

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers