Thursday, February 12, 2009

Kisah sempena Valentine's Day

Dah lama tak buat scrap..tak gempakla..dah hilang kemahiran. Gambar pun tak de sgt gambar berdua..huhu

Valentine's day??No..kami tak sambut. Mungkin bukan budaya kita salah satu sebab dan kami sendiri pun tak teringin nak menyambut. Malah sewaktu kami asyik masyuk berchenta dulu2 pun tak pernah nak pikir nak sambut..wish??entahla..sendiri udah lupa..pernah ucap ke tak antara kami..pun tak pasti since we never care 'bout this special day for lovers. Cuma selepas kahwin bulan Februari jadi special kerana kami diijabkabulkan pada bulan Februari tapi bukan on 14 but 020202. Cantikkan tarikh tu..tapi kami tak rancang pun ambik tarikh tu. Just kebetulan saja sebab my PIL mase tu nak berangkat ke Mekah untuk menunaikan fardu Haji pada 10 Feb.

Depa nak kami nikah before pergi Haji dan saya pun masa tu sibuk dgn peperiksaan semester akhir + final project + practical. Jadi naik flight balik hujung minggu..nikah gantung then lepas dua hari balik UPM balik. Memang tak de feel sgt pun. Busy sgt mase tu. Tak sempat nak pikir pasal baju kawin ke, persiapan diri nak gi spa ke, nak kuruskan badan ke..semuanya just on..ikut je family plan. Lepas praktikal baru kenduri bagai.

So, sempena bulan berkasih sayang ni konon2nya (bln lain tu tak kire berchenta la yekss??? :P) maka nak cerita skit sambutan anniversary kami yang ke 7. Jatuhnya hari Isnin. Kebetulan cuti Hari Wilayah. Cik Abe cuti..saya kerja. Cam no nak sambut tu?Nak spend mase berdua tgk wyg ke, gi spa ke, karoeke ke) pun tak logikla..week dayskan..esok kerja. Cik Abe just ajak gi dinner memana berdua. Saya lak tak kisah kalau nak bawak anak2 sekali. So balik kerja je..masuk2 rumah dgr Hani menyanyi "Umila yang comel..sangatla yang comel" dgn irama lagu hepi bezday. Tengok ada sebijik kek kecik bersama lilin. Hehehe..okla dapat sursprise cam tu. Suke juga.

Cepat2 tiup dan potong. Saya tgk kek tu cam cacat je..ada bhgn sememeh yang telah di cover dgn strawberry kering..bila sy tanya..gelak dua beranak tu. Rupanya Hani bwk tak betul disbbkan kelam-kabutness habis sememeh bhgn tu..then kononnya depa dpt idea buh strawberry kering yg mmg ada lam peti ais to cover bhgn cacat tu. Kotla sy tak perasan. Huhu..patutla semacam je gayanya. Kek tu kami ngap bukan main lagikk pasal dah lapar. Ada la card, coklat in mug with love printed and teddy bear kecik utk ku. Thanx dear. Love u so muchla.

Malam Cik Abe book dinner at Bora Ombak. Tapi betul2 tak de luck..otw nak pi tu hujan lebat yang amatss..dan utk smpi ke area Ampang amat mustahil. Jadi patah balik. Saya kat kite cuba carik ke arah pinggir bandar je. Hmm..pikir2 gi la dinner at Equatorial Bangi. Order 3 set lengkap..starter, main course and dessert. Kenyang makan balik ambik anak dan tido terus...esok mau kerja. Hehhehe..itula ceritanya. Tapi mase dinner tu syok jugakla cerita2, bincang2.

Tapi sekali sekala teringinla jugak nak pi vacation memana berdua2an..huhu..malas nak ngaku tapi hakikatnya lepas kawin dulu tak pi pun honeymoon. Terasa rugi betul sbb skang dah ada anak..manala ada mase untuk berdua2an dlm tempoh yang lama. Jeles plak tgk newly wed pi honeymoon. Sekarang byk benda nak kena pikir..anak nak tinggal kat mana..sapa mau jaga..lagi satu mmg tak leh pisah lama pun dgn anak2...hehe. My hubby said nnt kiter honey moon bila kiter dah pencen sok..anak2 pun dah besar. Haha..lambat lagila nak merasa honeymoonnnnn.......mase tu kalau umor pjg pun ntah i dah sakit urat nak berjalan kot, yang :)

Apapun saya dah bersyukur dgn rumahtangga kita selama ini. Honeymoon bukan penentu cinta dan kasih sayang akan kekal selamanya. Ia cuma sebagai kenangan abadi yang manis untuk dikenang. Saya yakin satu masa nanti ada rezeki itu. Yang penting cinta yang ada perlu dipupuk dan dibajai dgn kasih sayang serta disiram dgn kejujuran agar bunga cinta kembang mewangi di dalam hati kite...Selamat Berkasih Sayang semuaaaaaa.......

P/S : Dedicated one of my fav song from my fav singer group to you...Here comes the sun (Beatles)

2 comments:

  1. Betoi tu Anese, bila dah ada anak, memang susah nak berdua-duaan. Anak asyik potong line ja. Kadang-kadang nak tinggal waktu pi bercuti rasa tak sampai hati pulak...

    ReplyDelete
  2. salam perkenalan anese..
    bleh berdua2an ..kena pandai curik2 masa hehehehe

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers