Saturday, March 7, 2009

Aduhai...

Pagi tadi sek saya buat Mesyuarat Agung PIBG. Hati berasa berat mahu keluar rumah, rasa mengantuk, malas semua ada. Sabtu lepas kerja minggu ni pun kerja. Apapun sbb tugas dan tidak mahu menempah masalah pergi jugalah. Sempat mengalas perut secawan Milo panas. Mesyuarat PIBG ni mmg tak sah kalau tak lama. Dari jam 8 hingga jam 1.20 petang.

Byk agenda yang ada, pembubaran AJK lama, lantik AJK baru, ucapan2 (nasib baik pendek je), usul2 dan pelbagai lagi. Usul yang paling panas sekali dah tentu pasal yuran. Pihak pengurusan memohon yuran dinaikkan dari RM15 ke RM50. Bagi saya memang berpatutanlah. Tapi ada seorg bapa ni yang sy namakan sbg En. A. Dia ni mmg dari tadi lagi, tiap usul dia bangun nak bercakap. Sampaikan saya rasa saya nak bg je terus microphone tu kat dia terus.

Dia bangun membantah. Katanya (dgn semangat yang berkobar2), cadangan naikkan sampai RM50 itu adalah cadangan yang sesuai dgn kontraktor2 (mungkin merujuk pada YDP PIBG yang baru dilantik yg berkerja sbg kontraktor). Bagi dia yang mmg dia tak mampu sbb sekarang mmg ekonomi tgh teruk, brg semua mahal...jadi bayaran minimum yang sebelum ini pun sebyk RM15 patut diturunkan sbyk RM10 sahaja. Saya mengeleng kepala mendengar. Makin dgr makin sakit hati dan kepala. Kadang cara percakapan dia kedengaran lebih sprt wang itu masuk poket cikgu.

Nasib baiklah YDP yang baru dilantik pandai menjawab. Katanya sek ini byk event sepjg tahun. Semua event adalah untuk pelajar, dan setiap event itu memerlukan perbelanjaan. Pelajar sek ini juga aktif kokurikulum..ada aktif hingga ke peringkat kebangsaan. Kadang tu perlukan wang utk perbelanjaan makan dan sewa bas utk ke pertandingan apa. Itu baru masuk aktiviti, belum lagi jika ada kerosakan yang perlu diperbaiki, beli kertas dan pelbagai lagi kegunaan wang yang semuanya utk pelajar. Jika dikurangkan maka, aktiviti yang perlu dibuat sgt terhad. Malah sebelum ini, guru-guru selalunya menampung perbelanjaan dgn duit poket sendiri.

Bangun pula seorang ibu yang memberitahu yg beliau juga org susah, anak ramai dan mmg merasa perit bila tiap kali bermulanya sesi persekolahan kerana perlu menyediakan pelbagai kelengkapan sekolah. Namun beliau menyokong yuran dinaikkan kerana melalui pengalaman beliau yang ada anak di sekolah rendah. Anaknya itu belajar pandai, dapat nombor satu dan dapat pula pencapaian terbaik dua matapelajaran. Seronok dan bersemangat bila dapat 3 hadiah dan sijil. Tetapi pd tahun berikutnya hanya tiga tempat teratas shj dapat hadiah. Tiada utk matapelajaran disebabkan PIBG tak cukup duit. Dari segi psikologi, anaknya sudah merasa kecewa kerana telah pun berusaha ttp tiada reward yg diberi. Jadi beliau berharap agar menganggapkan duit itu sbg pelaburan utk masa depan anak2 kita. Lagipun wang itu bukan dibayar bulanan..hanya sekali setahun.

Kemudian Pen. Kanan Ko-Kurikulum juga bangun utk membuat penjelasan. Katanya sek ini punya ramai pelajar yang aktif. Kita perlu galakkan kerana pencapaian akademik semata adalah tidak mencukupi. Pelajar2 mempunyai pelbagai potensi yang perlu digalakkan. Sekurang2nya bila disekolah byk aktiviti, masalah pelajar melepak diluar dpt dikurangkan. Jadi bila pelajar dapat sesuatu kejayaan perlulah raikan dan diberi penghargaan. Amatlah menyedihkan jika pihak sek hanya mampu memberi hadiah bernilai RM5 sahaja kepada pelajar2 ini sedangkan bertahun sudah dia berusaha. Pen. Kanan itu berkata kalau tak setuju RM50 pun Rm30 pun jadilah. Alhamdulillah kebanyakan ibubapa yang hadir nampaknya memahami keperluan dan kekangan kewangan yang ada. Hampir semua ibubapa mengangkat tgn bersetuju yuran dinaikkan.

Hai entahlah...mungkin saya bukan org susah namun bukan bererti saya byk duit. Saya rase byk dah kerajaan memberi kelegaan kpd kita. Yuran sekolah tiada, yuran peperiksaan pun sudah dihapuskan, buku teks diberi percuma..malah sbrg kutipan wang tidak dibenarkan langsung selain yuran PIBG. Itu pun yuran PIBG bukan dibayar oleh setiap anak. Jika ada anak lebih di sekolah yg sama..hanya byr utk seorang sahaja. Saya pikir masyarakat sekarang terlampau mahukan subsidi. Semua benda mahu percuma. Kalau tak mampu bayarlah beransur2.

Mungkin sbb sll diberi percuma, pelajar tidak tahu menghargai. Buku teks diconteng, koyak, hilang, ditinggalkan merata tempat, tidak dipulangkan malah lebih sedih bila mereka tak bawa buku teks ke sekolah dgn alasan tak mahu beg berat!!!!

3 comments:

  1. ko cakap je duit beli henpon ade pulak budak2 skang,,,,
    lamenyer meeting.aku kalo chair meeting xleh lebih 2jam.paling cepat 30minit

    ReplyDelete
  2. Nakkan barang baik kena sanggup invest lebih sikit. Ni tak, nak barang yang baik tapi nak bayar sikit. Bukan masalah ada wang atau tiada tetapi untuk berjaya pengorbanan amat perlu. Lagipun ia bukan untuk sesuatu yang tidak berfaedah.

    Susah kalau ada mak bapak yang mentaliti seperti ini...

    ReplyDelete
  3. redghost
    wah bestnya meeting kejap. kami tak sah kalu meeting tak berjam.Meeting PIBG terutamanya. Kadang kalau start petang leh smpi ke mlm. BUdak skang memang dapat duit biasiswa pi beli hendset..kadang handset mahal lak tu. cikgu pn kalah.

    saifulazrul
    Itula pasal..kadang depa mintak kelas tambahan smpi mlm la apala..tapi berkira bila mau bayar duit kelas tambahan. Walaupun duit kelas tambahan yg dikenakan hanya rm50dtg..cikgu utk subjek selama setahun. Kalau pergi tuisen kat luar mana mau dapat. Byr kat cikgu pun kadang tak lepas pun duit minyak ngan photostat bahan. Kadang budak lak tak dtg..buang karan je tunggu.

    Ingat dulu kite kena beli sendiri buku teks.

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers