Wednesday, March 11, 2009

Cuba teka?

Tiap hari saya melanggan Berita Harian..dapat murah je..kalau tak silap 50 sen sahaja. tak ingat sgt sbb bayar kat cikgu library secara monthly. Saya jarang baca paper..beli pun utk cik abe..tapi selalu terlupa nak bawak balik. Tadi tergerak hati nak baca..biasala bab politik2 aku malas bace....i hate politics..so baca page lain..belek2 then i stop kat cerita Cik Normah ni..hihi..lepas bbrp ayat aku rase aku dah leh teka sapa artis ni.....w/pun aku skang bukan minat sgt nak baca pasal artis...sekali sekala leh buat hilang tensi gak baca gosip diorang nih!! Eh...cubalah u all teka sape!!!

Petikan dari BH online. Tajuknya Diberi Betis nak Peha pula!

NAK tergelak juga apabila Cik Normah cerita yang seterusnya ini. Bayangkan apabila diberi kepak ayam tapi nak seekor ayam. Kisahnya begini, adalah seorang selebriti yang entahlah Cik Normah nak tafsirkan artis ke tak. Iyalah, baru saja berlakon satu drama, namanya mula meledak apabila digosipkan dengan lelaki yang bertakhta di hatinya kini.

Dah tu, dapat jadi duta produk kecantikan. Senangkan, bakat tak ke mana, tapi boleh popular begitu saja. Tak apalah, sudah rezeki dia dan Cik Normah tak nak ambil peduli pun. Ketika majlis perkahwinannya berlangsung, memang pasangan ini mendapat tajaan ramai pihak. Yang si selebriti perempuan ini turut mendapat tajaan sebuah gedung tekstil.

Lalu, dia pun mengangkut apa saja kain yang berkenan di hati untuk hari bahagianya. Nak dipendekkan cerita, selebriti ini turut mengambil kesempatan mengambil kain untuk kaum kerabat, ahli keluarga dia lah. Gitulah kan apabila diberi betis nak paha.


Iyalah, alang-alang menyeluk pekasam biarlah sampai ke pangkal lengan. Dah orang nak taja kan. Tapi kenapa sampai begitu sekali perangainya? Buruk benar Cik Normah tengok perangai dialah. Bukan itu saja, Cik Normah dengar selebriti perempuan ini juga suka menabur janji kosong dengan pereka fesyen. Bayangkan apabila sudah berjanji nak menggunakan khidmat pereka fesyen A, dia boleh berjanji pula nak pakai pakaian tajaan pereka fesyen B.

Cik Normah ada pereka fesyen yang sudah serik nak berurusan dengannya lagi. Lebih baik si selebriti ini jadi suri rumah tangga cukuplah. Tapi tak boleh juga kan nak terperuk di rumah saja sebab dia sekarang sudah diibaratkan seperti pembantu peribadi suaminya.



Tak pasal2 dpt dosa wat ketupat hari ni!! :P

7 comments:

  1. hmmm patutla satu family dia bergaya sakan yer..heehee

    ReplyDelete
  2. sudah terang lagikbersuluh..aku punjarang baca bab2 gosipni tapi sekali baca sudah kutahu siapa dia yg dimaksudkan..hehehe..namapun nak serupa aku gak..kihkihkih

    ReplyDelete
  3. haku tau jawapannyer...... cik kikin lah kan...


    hahahahha iyer2 aku membacanyer tau....... gosip2..

    ReplyDelete
  4. sy pon dah tau saper heheheeee....

    ReplyDelete
  5. hi anese!! mimi datang ni.. ingat mimi tak??

    mm mimi rasakan anese, mimi tau sapa artis ni.. mimi memang tak suka perangai dia ni.. dan rasanya memang ramai yang tak suka.. tapi apa boleh buat.. dapat plak orang no.1 dalam mesia takat ni.. hehehe

    ReplyDelete
  6. Zaiy
    Tu la..tapi family yang lelaki tu ttp nampak kampung.. terlebih blink2 kot?? Hahhaha..jahatnya aku ni..

    Syikin
    Hehehe...tu la..dah terang lagik mau buh sport light..segala kuman pun leh nampak

    Ciklinn
    kikiki...ada org panggil dia kik*s...

    Mrs. FHM
    Klu dia tak mcm klu..sbb tu la first paragraph tu leh agak dah..

    Cik Puan Mimi
    nak wat cam ne...rejeki namanya..hehehe..

    ReplyDelete
  7. hahaa...layan citer artis lak alis? hmm...dia ni mmg byk citer x elok kan? dah nasib husband dia la tu...

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers