Tuesday, March 10, 2009

Fun in the park

Salah satu dari terapi E-in ialah bawa dia ke park!.. Lets him explore all the place. Biar dia melompat, memanjat, berlari dan sebagainya utk membantu perkembangan otak. Punya anak istimewa perlukan pengorbanan masa dan kesabaran. Walaupun penat kerana terpaksa ke sana sini tetapi keinginan dan harapan menghilangkan segalanya. Lihat sahaja senyuman lebar dan riang di wajahnya. Cukup suka bermain buaian. Buaian baik untuk balancing. Biar dia tahu imbang badan, tiada rasa gayat.




Bukan E-in sahaja yang enjoy tetapi Hani juga. Badan kecil tetapi kuat dan sihat. Lincah sungguh anak umi. Badan ringan senang nak bergerak..hehehe..tak mcm umi ni...badan berat malas tak berapa rajin nak bergerak!!



Langkah seterusnya, perlu perkenalkan E-in dgn permainan lain. Tidak boleh hanya satu permainan sahaja. Jika tidak dia akan jadi pasif. Kami bawa pula dia bermain gelongsor.




Awal2 dulu E-in, menggunakan tangga utk naik ke gelongsor dan hanya gelongsor yang rendah sahaja dia berani naik..kini dia sudah memanjat ikut sini dan berani menggunakan gelongsor yg lebih tinggi!!



E-in juga dulu tak berani turun ikut gelongsor berbentuk terowong maka hari ini setelah diberi paksaan semangat oleh Hani, maka dgn jayanya anak umi mengelongsor turun melalui terowong paling tinggi bukan sekali tetapi berkali2!!! U r brave boy..baby!!!



Setelah kepenatan, mudah saja diajak pulang. But it's such a bad idea of ayah to bring tired kids to car wash. Dua2 mulut moncongggg leh ikat wat sup bunjut. Hani komplen.."ayah! Hani tak suka tempat ni..kotor, busuk, Buekss". Hmm..anak2 zaman milennium ni mcm2la..gi mkn gerai monconggg, gi s/market tak best moncong..pandai komplen. Kalau aku dulu bila mak ayah leh bawak jenjalan or mkn2 seronok bukan main..padahal mkn kat warung tepi jalan jek.


2 comments:

  1. suka budak2 tu yerk dpt beriadah camtu...yerlah leh wat terapi sekali kan...

    anak2 lin pun kalau bawak gi tmpt2 camnie... lupa kat mama eh... hahahha

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers