Hujung minggu ini rancangnya Sabtu mahu membeli keperluan Hari Raya(laa...posa belum lagi sudah mau pi beli..!). Bukan apa, saya tak suka bersesak2 bila membeli time dekat nak raya. Tak larat nak berhimpit2, carik parking, dgn posanya lagi....selalunya kami beli awal2. Then adalah sekali dua kami turun juga shopping mana yang tak ada lagi tu. So tak de la pressure sgt nnt..leh shopping rileks2. Kemudian Ahad pula i planned for sofa hunting! Tapi semuanya tak jadi....
Pagi Sabtu my hubby nak pergi service kereta..then lepas service gi beli barang Raya tu.. tetiba Hani mengadu sakit tekak. Bila sy tengok, mmg merah je anak tekaknya. Dia makan sikit je sarapan pagi tu. Kemudian bagitau saya dia nak tidur. Sblm mr.hubby keluar service keta sy srh gi beli ubat demam + sakit tekak dulu. W/pun masa tu dia tak demam, suhu badan normal tapi selalunya kalau tekak perit, sakit....mmg akan jadik demam. Tepat jangkaan saya...tghari tu dia demam....terus kansel program. Panas betul suhu badan dia. Makan pun tak lalu..kesian anak umi. Tidur je. Malam tadi siap meracau2 lagi. Saya pun tak tidur sgt...takut demam dia makin kuat. Saya lapkan bdn dgn tuala lembap, kasi minum air banyak. Adalah dia muntah dua kali. Pening katanya.
Hari ni demam masih belum kebah...kami bawa ke klinik. Doktor kata jangkitan virus dan dibekalkan dgn antibiotik. Hani berjangkit dari sepupunya, Misha yang baru baik demam. Skang ni ok skit suhu badan dia. Masih panas tapi tidak seperti semalam. Badannya sudah mengeluarkan peluh..bagus..nnt cepat skit keluar panas dalam tu. Petang tadi ada juga mood dia nak tgk tv...then lepas mkn ubat pastu tertidur. Cepat sembuh sayang.
Tadi dia kata dekat saya.."Umi tak sempat..nak beli baju rayala. Sorry Hani demam". Saya kata tak pe..nnt next kiter pi beli minggu depan. Minggu kiter rest je kat rumah. So pencarian sofa pun postponelah juga. Hopefully next Saturday, umi tak kerja. So cari2 kat dalam kedai google je la..
Saya idamkan sofa berbentuk L tapi saya tak tahu nak gayakan macam mana. Rumah kami ni tak de sofa..caya tak? Ada satu je yang jenis 2 setter yang Hani duduk mcm dlm gambar kat atas, itupun dah lusuh bukan main..dgn cap2 mohor E-in makan minumnya..semua ada(errr...kesian kan kami? Berebut2 nak duduk situ, nak baring2 pun tak lepas). Sudahlah dari pada fabrik mmg kepam giller kalau korang tgk. Jadi, sy ingat nak beli sofa kulit jela.. yang warna gelap2. Senang nak cuci, nak lap dan nak jaga..betul tak puan2?Saya mmg amat malas nak jaga elok2 ni..dgn anak2 sedang membesar..huuhu.
Siapa tahu link2 kedai perabot moden kat malaysia ni..kasi share sini. Ini yang saya google..tak byk yang sy jumpa cun2. Mungkin keywords sy pki tak betul kot? Actually sy dan Mr. Hubby mahu beli dua set sofa. Satu utk ruang tgk tv (ni nak yang selesa giller tapi murah...haha!) and one more set utk guest area. Share ye kalau ada yang tau.
Saya suka yang cam ni..leh berlunjur2..baring sambil tgk tv. Yang penting tak berebut dgn Mr. Hubby!!Indahnya leh baring dgn selesa sambil tgk citer DVD citer Korea/ Harry Potter. Suka meja kopi tu (should i call it 'meja kopi'?..ke ada istilah lain?)
Sangat suka dgn ini kaler coklat + white..but...just forget it la...
Disebabkan ranc. tergendala...sesambil jaga Hani, saya pun mencarik tutorial menggunakan benda alah ni.. serius saya tak reti pakai. Lepas tgk/baca tutorial pun still 'toing2' lagi. Tak pelah next year kena join jugak la kelas fotografi. Bukan tak nak join kelas tapi duit dan masa tak mengizinkan..ada duit..masa tak de. Ada masa duit tak de...haha.
wah.. anese dah dpt speedlite lar... nak jugak nak jugak :D
ReplyDeleteapalaga...serbu kedai kamere cepattttt!!!
ReplyDelete