Apa yang anda rasa bila kita berselawat or baca ayat2 suci Al-Quran, anak kita tutup telinga. Mesti sangat merunsingkan. Itulah yang berlaku pada E-in..even bila saya humming selawat pun dia tutup telinga!! Dengar azan..dia tutup telinga. Bukak channel org baca Quran pun dia tutup telinga. Masyaallah.
Saya dan hubby benar2 runsing bercampur geram. Beberapa hari lepas, saya mahu tidurkan dia..saya cuba selawat di telinganya sambil menepuk2 pehanya...tup2 terus dia tutup telinga. Saya tarik tangan dia dan baca lagi kuat dia telinga dia. Dia mula mengamuk sampaikan mengigil2 tangan dan muka sambil mengetip bibir!! Malah dia cuba memukul dan menendang saya!! Sangat pelik perlakuan dia! Bila saya nyanyi apa2 lagu, tidak pula dia menutup telinga. Memang membimbangkan. Saya tidak mahu anak saya jauh dari agama.
Saya akui, saya sendiri masih jahil tentang agama tetapi saya tetap mahu anak2 saya menjadi org yang ada pegangan dan patuh kepada agama. Ini soal dosa pahala. Saya tidak mahu dia membesar sbg org yang tiada pegangan...nauzubillah. Kami suarakan kepada MIL. Dia ajak kami berubat dgn Ustaz Azman kat Penang. Insyallah dia boleh bantu...lagi pun saya lebih suka minta tolong dgn org yang menggunakan ayat suci Al-Quran berbanding yang ada 'bela'2 something ni. Masalahnya ustaz ni dia tak berubat bila bulan puasa. So hari ni jelah last Sabtu b4 Ramadhan yang ada utk balik Penang....masalahnya sy pula bersekolah ganti.
Jadi terpaksalah ayah je balik Penang bawak E-in. Saya mmg nak sgt ikut!!!!!Nasib baik hubby ditemani my MIL and my BIL. My FIL pun kalau tak nak ikut juga tapi disebabkan dia demam..so tak jadi ikut. Pagi tadi mereka bertolak dan masa entry ni ditulis, mereka dah otw balik KL.
Tadi hubby saya call, bagi tau yang ust tu cakap rupanya ada 2 ekor 'kurik'2 (note : makhluk lain tu la...kami mmg selalu panggil benda2 mcm tu dgn pangilan ni) yang sentiasa follow E-in. Depa tak mo tinggal E-in. 'Benda' tu seronok + suka main dgn E-in!!! 'Benda' tu dah tutup pandangan mata, telinga semua tu. 'Benda' tu bagi E-in khayal dan tak bercampur dgn kami. Memang kami akui..mmglah kanak2 autisme ada dunianya sendiri tetapi kadang2 dia nampak seperti di"tutup" oleh sesuatu. Kadang dia tergelak2 sensorang. Kadang dia menangis..dan di sebabkan itu juga dia menutup telinga bila dibacakan ayat2 suci Al-Quran.
Alhamdulillah...ust Azman boleh bantu. Lepas ini kami perlu lebih kerap bacakan ayat2 Quran pada dia. Saya ingat lepas ni 2-3 bulan sekali saya nak bawa jumpa Ust. Azman. Ust ni bagus..dia tak minta bayaran apa pun. Cuma bila pergi adalah org kasi derma tapi semua derma tu dia dah kumpul buat Surau dekat rumah dia. Tiada pengeras ke, kena bawak kain kuning ke, ayam golek ke.....memang takde. Just bawak air kosong je utk dibuat penawar. Insyallah, lepas ni E-in akan sedar akan kehadiran kami dan tidak lagi berada dalam dunianya. Hanya harapan, doa serta usaha yang umi dan ayah mampu buat..semuanya terpulang kepada kuasaNya.
P/S : Terpulang kepada anda untuk menilai..tapi bagi saya, bukan hanya kita sahaja menjadi makhluk tuhan...ada banyak. Ada nyata ada yang ghaib.
Aqil dgn Ammarpn pernah tk nk dgr azan. Takut katanya. Ezi pelikla depa ckp cm tu. Ezi ada jg rs sedih,mcm Anese ckpla sejahil manapn kita, kita tk nkla anak2 jd kita. Tp snggh Ezi tk pernah trlintas psl makhluk Allah yang tu sbb Ezi tk pernah bg pndedahan kt depa. Lpstu Ezi just doa minta depa tk cm tu dh. Ptg2 dr sblm Mahgrib sampaila Isyak Ezi tk bg buka chnnl lain. Mesti Astro Oasis sbb ada zikir,bacaan Quran dan azan. Buka voulume bg 1 rumah dgr. Ez try jg cari masa baca Quran biar brgema dlm rumah sbb Arwah Ayah Ezi pernah ckp rumah yang kita bckn Quran akan ada rohnya yg blh jd pndinding. Trm ksh sbb kongsi cerita E-in, kalau tk Ez tkkn trfikirpn tentangtu. Ezipun kene cuba usahakan sesuatu utk Aqil dgn Ammar.
ReplyDeleteaku doakan E-in cepat sembuh..nasib baik ko cepat bertindak anis..aku paham hati seorang ibu.. risau, gusar..cam direntap2 ja bila sesuatu benda buruk jadik pada anak...bersabar dan berdoalah ya..dugaan tuhan datang dalam pelbagai bentuk
ReplyDeleteEz
ReplyDeleteitulah ez...mcm mana lah kita tak risau. Kalau dia tutup telinga lagu "twinkle2 little star" ke tak pe la. Ini ayat quran! Alhamdulillah skrg ni dah ok skit. Hopefully dia akan slowly berubah. Bawalah EZ jumpa org2 yang mahir berubat ni. Kita tak tahu ttg benda2 ghaib ni. Lagipun bukan kita nampak.
Syikin
thanks syikin. Itulah yang mampu aku usaha utk anak2 tersayang. :)
+Kami+
ReplyDeletekami doakan adik E-in cepat sembuh. amin. moga kalian sekeluarga dilindungi Allah S.W.T
+Kami+
ReplyDeleteterima kasih...berkat doa kami dan kengkawan.