Saturday, August 22, 2009

Masak2 di bulan puasa!

Kuah Laksa Asam tengah menggelegak. Ini bukan utk buka posa. Buat 2 hari sebelum puasa sebab nak puaskan hati makan laksa siang malam. Almaklumla kat rumah ni semua hantu Laksa!!Kiranya ini menu pra-puasa.

Di bulan posa yang mulia mesti rajin skit. Pahala tu masak kasi mkn org bukak posa (apa..bulan posa je ke baru sedar t/jwb mu wahai mek anese??). Sebabkan cik abe nak kurangkan pengambilan nasi maka lagik mudah kerja bagi org yg sentiasa malas ke dapur ni. Maka saya pun dgn penuh kecomelan (apa kena mengena comel dgn masak2?sila abaikan :P), buat jadual menu (adala menu nasi tapi jrg2). Yelah kang pening kepala nak masak apa, nak beli brg apa. Saya ni kalau tak tau nak masak apa, bila gi beli brg sure semua benda dicekau. Tadi pun masa pi Giant, tersengih cik abe bayar dekat 5 rat. Itu yang listnya dah ada. Kalu tak de? Lagila aku main grab je. Lepas grab nyesal sbb mls nak buat..sudahnya benda expired pastu jadik 'rejeki' En. Tong S. Membazir je. Jadi sbb itu perlunya sy buat list! At least kalu terbabas tak le byk sgt.

Saya tak suka lipat kain tapi saya suka lipat popiah!

Nantilah bila dah siap jadual menu baru tempek sini. Kalu rajin upload gambar sekali. Hari ini 1 Ramadhan cik abe ajak bukak posa rumah mak dia. Hohoho...gumbira i! Tapi nak pi takkan tgn kosong je kot? Jadik sebagai menantu yang baik serta comel maka saya merajinkan diri utk buah sedikit kuih. Pikir2 punya pikir (mcm ada masalah besar lak!), akhirnya sy pilih utk buat popiah sira. Resepi ambik di sini. Ni yang best ada internet ni..resepi di hujung jari montok runcing I saje.

My first attempt of Popiah Sira Pedas.

Alhamdulillah...ipar duai puji. Sedap mcm jual kat kedai. Tak tahu la ikhlas ke tidak tapi bila tgk kejap je licin, malah ada permintaan srh buat lagik, maka kembang setaman i yang mmg terlebih 'slim' ni. Terima kasih kepada tuan punya resepi. Sila la cube ye kengkawan! Pasti anda juga akan kembang setaman! Hehe....

1 comment:

  1. Bestnya berbuka ramai2. Meriah. Kami disini ber4je. Sob,sob,sob. Duk jauh pd sanak saudara siapa suruh,padan muka. Nanti bg resepi yg best2 lg ye Pn. Anis yang baik,comel n slim,berjari montok runcing. Hehehe,jgn marah aaa.

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers