Monday, September 28, 2009

Aidulfitri 2009 -Part I (Perjalanan Pulang)

Sebelum cerita...sila baca version bebel dulu..haha!!


Kerja banyak sangat lepas raya ni. Kerja di rumah kerja di sekolah. Menimbun-nimbun. Berbukit-bukit. Yang dekat rumah kain tak belipat sebakul..tak berbasuh sebakul. Baju-baju masih dalam beg. Ada 2 pula tu. Semalam basuh separuh tapi bila sidai hujan pula. Hari ni pun hujan juge. Balik rumah tak sempat angkat. Baju basah/lembap balik. Masa inilah terfikir kalau ada bibik kan bagus. Tapi tak pela daripada bagi diorang RM800 baik bagi saya. Belum tentu lagi bagi upah byk tu diorang buat secantik dan sebersih kita buat. Tapi kerja sekolah tiada 'bibik' yang boleh diupah! Sebabnya akulah 'bibik' itu....hehe! Ok balik pada tajuk asal...kisah raya!


Perjalanan Pulang (KL-Kuantan-K.Trg-Kelantan)


Bila KPM umum Jumaat diberi cuti khas, saya menyambut gembira berita itu. Cik Abe pun memang cuti Jumaat. Terus call hotel tukar tarikh dari malam Jumaat kepada malam Khamis. Kami bertolak pada malam Khamis ke Kuantan selepas berbuka puasa di rumah FIL. Alhamdulillah perjalanan lancar. Kami bayangkan akan jam di tol Gombak tapi alhamdulillah tidak. Kami sampai hotel tepat jam 12.30 malam.


Kami menginap di Hotel Seri Malaysia je. Hehe...oklah sebab consider budgetkan. Lagipun tak perlu hotel mahal bukan nak honey moon pun kecuali ada yang nak sponsor!! ;P Cukuplah ada toilet bersih, tilam tak keras, bantal ada, ada air cond dan sahur free...malah internet pun percuma!! Tapi takdela saya gila nak berinternet...penat woo...sebelum balik memacam kena settle. Nampak bayang katil je masa tu!!



Ingatkan sampai hotal boleh terus tidur tapi E-in yang tidur lena dalam kereta sepanjang perjalanan rupanya telah di'charge' sepenuhya!! Aiyoo...tapi sbb saya malapkan lampu maka dia cuma bising kat katil tu je. Kami sendiri tak pasti pukul berapa dia tidur sebab bila saya terjaga dekat hampir nak sahur tengok dia dah terlena kat tepi saya.




Lepas sahur kami teruskan perjalanan. Malangnya saya pula cirit-birit, loya nak muntah sepanjang jalan!!! Ingatkan sebab mkn sahur kat hotel tadi. Maklumlah sepanjang sahur tak pernah sahur makan nasi. Ini tiba2 makan nasi (hotel budget murah..so sahur pun tak de pilihan!!).

Tapi bila bersms dgn adik ipar yang tengah menunggu hari untuk bersalin katanya dia dah masuk labour room, doktor nak induce sbb satu hari dia muntah dan cirit-birit maka bukan salah mkn nasi. Bukan salah hotel murah!! Ini punca dari berbuka semalam di rumah FIL. Rupanya salah air sarsi botol yang dibeli. Sapa yang minum memang kena. Husband tak minum so dia tak kena itu cherry-berry! Nasib baik tak teruk sbb sy minum sikit. Sempatla singgah toilet masjid kat Setiu sekali. Kesian ibu mangandung, dia minum banyak. Muntah sampai lembik katanya. Tak pasal-pasal kena induce awal. Tak sempat nak raya dulu. ;(



Kami melalui jalan Jerangau Jabor-Kuala Berang-Setiu-Jerteh-Pasir Puteh-Machang-Tanah Merah-P.Mas. Jadi tiadalah kes menikmati permandangan indah di sepanjang Pantai Penarik. Tiada juga pembelian keropok lekor Seri Tanjung di Batu Rakit (I think Batu Rakit punya keropok lekor jauh lebih sedap dari keropok losong!! Serius!!) sbb kami mahu cepat sampai. Biasalah semangat rayakan tapi kami tidak memandu laju sbb byk kenderaan tapi perjalanan lancar. Alhamdulillah.

Bila sampai Jerteh, nampak kedai keropok lekor. Hmm..bolehlah dari takde langsung. Beli 5 kilo. Boleh bahagi2 pada keluarga kat kampung. Selain keropok lekor saya beli keropok sira. Sambil menunggu saya membeli, cik abe buat kali 3-4 berhenti tidur. Mengantuk katanya. Ok tak pe la. Demi keselamatan.



Sebenarnya bila masuk Jerteh saya rasa seperti sudah sampai di 'kampung' saya!! Di bandar inilah tempat saya membesar...dan di sekolah itulah saya bersekolah dari darjah 1 hingga 6. Cikgu-cikgu di sekolah inilah yang mendidik saya hingga saya dapat 4A dalam UPSR (masa tu 4 subjek je UPSR ;) ) dan secara tidak langsung melayak diri saya masuk ke sekolah MRSM di Kedah. Selama 11 tahun di sini. Malah mak ayah saya juga hampir membeli rumah/tanah di sini. Nasib teringatkan pesan arwah datuk saya suruh balik juga buat rumah kat Pasir Mas. So tak ada rezeki nak jadik orang Jerteh.

Org Jerteh ni kalau bercakap semuanya slang Kelantan sbb dah dekat dah dgn Pasir Puteh. Ikut kata org dulu2, Besut/Jerteh ni sebenarnya it's a part of Kelantan tapi sbb kalah sabung ayam maka kawasan ini diserahkan sbg hadiah. Itu yang org cerita kat saya. Tak tahulah saya betul atau tidak.



Akhirnya kami sampai ke bandar Pasir Mas yang terkenal kononnya kalau nak cari jodoh dengan orang Kelantan yang 'comel lote' kat sinilah lubuknya. Saya rasa biasa je. Kalau jalan kat Kota Bharu lagi ramai jumpa yang 'comel lote'. Lebih moden, anggun dan 'janguk' dari orang Pasir Mas. Tak percaya cuba datang dan bandingkan. Mungkin mitos sebab nama tempat ni...PASIR MAS=EMAS=Berharga+bersinar-sinar+cantik kot? Entahla.....

Akhirnya sampai juga ke tempat yang dituju tepat jam 4 petang. Penat perjalanan dua hari ini tidak terasa. Syukur perjalanan lancar. Tidak merempuh kesesakan jalan raya bagai diduga.



Hati bagai melompat keriangan bila kereta membelok dari jalan besar, nun dalam 300meter sudah kelihatan atap bata merah rumah bonda. Terasa lambat pula dan jauh pula. Terasa seperti mahu turun dan berlari supaya lebih cepat sampai!! ;)Sudah lama benar tak balik kampung. Cuti bulan Jun lepas bonda datang KL, jadi saya tak balik. Cuti bulan Mac dan Ogos juga tak balik sebab terlibat dgn aktiviti sekolah. Jadi maksudnya sudah 10 bulan saya tak balik!! Kali terakhir balik ialah cuti akhir tahun, tahun lepas!! Manalah saya tak rindu!!


Oh! Kampungku!! Sampai-sampai lepas peluk cium semua, meninjau2 apa yang baru apa yang lama dalam rumah, mandi anak-anak, saya mandi pastu sembahyang terus ZzZzzZZzzz.....cuaca pun sejuk, nyaman dan udara kampung....segar!!! ;)

2 comments:

  1. teringat pegi umah ko dengan azrind, azrul segala....rumah ko memang best!

    ReplyDelete
  2. i agree

    keropok lekor seri tanjung much better then keropok losong

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers