Friday, October 2, 2009

Aidulfitri 2009 -Part II (Persiapan Hari Raya)

Syawal dah hampir berlalu baru nak buka cerita pasal persiapan raya. Tak apa..sendiri punya blog sendiri layan, sendiri baca, sendiri syok....jadi kalau nak buh cerita raya 5 thn lepas pun ada mak kesah?? Muahaha...!!

Raya di Kelantan = masalah air! Tak habis2 dengan masalah air. Nak kata orang Kelantan ramai balik sampai tak cukup air itu bukan punca sebenar!!! Masalah air ni memang sentiasa ada bukan musim raya je. Mak saya kata sepanjang puasa pun masalah bekalan air tak mencukupi memang ada. Inilah masalah bila pengurusan air tidak diswastakan kepada pihak yang tidak sepatutnya!!! Bila yang buat kerja di 'sana' tidak bekerja seperti mahu berniaga. Suka hati nak lepas air banyak sedikit!! Pam pun kecik agaknya sbb tu tekanan air rendah.

Sudahla yang tinggal di kampung2 sekarang ni ramai golongan yang veteran2. Tak ade daya dah nak punggah air telaga. Kalau larat atau pakai pam elektrik sekali pun saya sendiri tak lalu nak guna air telaga kat kampung saya tu..keruh dan berbau! ibarat air milo berbau air mandi kambing je!!Bayangkan air cuma ada bila jam 10 ke atas...itu pun kadang ada time laju ada time kecil sgt...air kencing pun lagi laju!! Kalau dah jam 10 siapa nak mandi dah masa tu..takkan kalau anak berak nak tunggu pukul 10 baru nak basuh!!! Fikirla secara logik.

Saya benar2 berharap yang isu air ini satu hari dapat juga diswastakan kepada pihak seperti SYABAS bukan mcm pihak sekarang. Biarpun saya tak tahu berapa tahun lagi boleh selesai...huhu!!Kesianla kat mak saya tu...dah sakit2 urat dah mengangkut air punya pasal. Macam tak syok je nak balik bila fikir masalah air! Hani pun baru ini dah ajak balik KL sbb susah nak mandi nak kena mengangkut air. Haihhh...tak pasal2 punca air jadik sebab anak cucu tak suka balik kampung!


Nasi Dagang in The Making


Menjadi tradisi orang pantai timur, hari raya mesti ada menu berasaskan nasi selain ketupat, lemang dan rendang semua tu. Cik abe pun masa mula2 kawin terkezut sbb lepas visit satu rumah ke satu rumah semua hidang nasi. Haha! Jadi menu utama mcm tahun lepas ialah Nasi Dagang (t'ganu vers.). Rancangan untuk buat roti jala ditangguhkan berikutan masalah air!!

Masak nasi dagang pun terpaksa mengangkut dapur ke bawah. Masak di porch kereta rumah sewa (sebelah dapur rumah mak saya) yang mak saya buat tapi masih belum siap. Jenuh mengangkut segala perkakas masak ke bawah. Tujuannya dekat sikit dgn paip air (bekalan terus). Mana tau kekadang air adala keluar skit2. Lagipun tangki air besar tambahan yang dibeli, abah dah penuhkan. Huhu...seksa!!!

Bila dah chef utama ada maka saya jadik chef pembantu saja. Hehe. Saya tolong buat kerisik je..aci tak? Penat ooo....perlu ditumbuk hingga pecah minyak! Tapi bau kerisik sungguh menyelerakan! Nasib baik puasa...selalunya kalau saya buat kerisik saya kaup sikit nak ratah! Ihiks...pelikkah? Ada ke org mcm saya suka ratah kerisik?? ;P


Budak bandar bila balik kampung

Semua nak ditinjaunya sampai ber'serungas'. Busuk masam jadi budak ni. Tapi bagi can la kan. Bukan selalu dapat merasa. E-in ada hati nak turun tapi sbb umi sibuk nak tolong tok ma, ayah pulak konon 'jet lag'...maka dok dlm rumah dendiam okeh! Lepas kasi can budak pompuan ni berpeluh2 saya kasi zass rambut dia lepas tu. Tak tahan umi tgk. Berpeluh2! Kerat rambut pun berprang takut umi potong pendek sgt!! Banyak syarat bukan main! ;P



Tebu untuk hantu menantu

Owh tokeh bersama tebu yang tersangat sedap dan manis dalam dunia yang menjadi igauan my hubby! Sejak merasa tebu yang Abah tanam, kalau beli tebu kat memana pasti dia akan sebut.."huh! Tebu Abah lagi sedap!" Sayang menantu punya pasal, menantu tak balik lagi abah dah prepare awal2...."untuk Didi...dia berehi nih!"....walaupun saya pun suka gak..huhu. Serius tebu ni best..manis pastu banyak air. Sampai orang yang jual tebu berebut nak beli. Tapi abah jual sikit je.."nok simpe ko menantu kawe!" :P



Cat is Man's Best Friend!!



Mak saya tak suka kucing begitu juga saya. Tapi kucing ni hadir tetiba di laman rumah bonda dengan membuat muka seposen. Entah macam mana mak saya boleh timbul rasa kesian terus di ambil utk dibela dan diberi nama ...BABY!!! Uweks!! I hate u kucing! Kucing ni pulak manja bukan main dgn abah n ma. Menyampah I tengok!! Hihihi...ade ke patut nak jeles dgn kucing?? ;)


5 comments:

  1. Anese, masalah air kat klate tuh mmg sentiasa ader kann. Sy pon samer lah blk umah mertua kat KB bila kul 10mlm baru ader air nak basuh pinggan. Nasib lah guna motor kat perigi dan air nye bersih, jadi x der hal lah nak mandi, cuma dekat sinki dapor jer x der. Bila lah masalah camtu nak selesai? kesian Hani susah nak mandi ek. Aper2 po seronok beraya kat kampung kan....terliur nye tgk ike ayo tuh....

    ReplyDelete
  2. Dekat rumah Ez pakai motor pam air simpan dalam tangki. Nasib air telaga elok tapi kalau tak ada eletrik terpaksa menimba juga lah. Kalau mandi pukul 12 tengah haripun sejuk macam mandi pukul 7.

    ReplyDelete
  3. anese..ok lah jugok kat rumah tu ado bekalan air paip kerajaan...
    rumah mak kak za...memang tak masuk langsung air paip tau !! SEMUA PENDUDUK KG ni pakai air telaga..mungkin sbb selalu arr kelantan ni warnanya keruh..jadi takde penduduk yg nak pakai air paip!! mak kak za dok sini dalam 9 tahun..memang pakai air telaga.. kalau kita mohon nak dpt bekalan air paip memang takde org nak layan lah...tak kan nak sambung paip air utk sebuah rumah semata2!!kalau dikira rumah mak kak za ni bukanlah dok di hulu sgt..sepelaung aje dari pasir tumbuh..

    ehh..raya lain kali mehla jale deh!!!

    ReplyDelete
  4. pd akak.. biar letrik takde dari air takde... air takde semua orang susah..
    raya ni tak jumpa nasi dagang... sedapnyerrrlahh...!!

    ReplyDelete
  5. Mrs. FHM
    tak tau la masalah ni nak settle bila..selagi rakyat macam sanggup je dgn tindak tanduk pemimpin mereka...air takdok pun tak po!!

    Ummi Amani
    tu la mmg kat rumah ma pun pakai pam tapi masalahnya air pulaka tak lalu kiter nak guna!!

    Zaliana
    hmm ada pun wat gapo..ada paip je..air tak dok!geram sungguh! Kadang bayar bil pun tak ikhlas je...mano tok nyo...meter jalan pun sbb angin tendang dlm salur paip bukan ditendang dek air!!

    Kak Madiha
    memang...letrik tak de leh usaha lagi..tak de air mmg susahla sesgt!!

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers