Thursday, October 8, 2009

Edisi Raya - Aidulfitri 2009 (part 3)

Syawal dah pun nak berakhir aku baru buka cerita raya pertama...aduhai...bukan apa tiap2 tahun macam ni lah saya...bila masuk bulan 9/10 kesibukan melanda. Tak lama lagi saya akan di panggil untuk bertugas demi negara pula..lagilah sibuk dan memeningkan..sekarang pun bertugas demi negara juga...semuanya bawah AKTA RAHSIA...maka tak boleh didedahkan kat sini. Hehehe.....Fine!! cerita pasal raya.

Raya kali ini sama macam tahun2 sudah. Pagi semua pi sembahyang raya except me la. Huhu...i mis sembahyang raya...i think almost 6-7 years saya tak pi sembahyang raya. Alasan? Sebab tidak ada siapa yang nak jaga anak.Terpaksalah bagi peluang kepada suami menunaikan solat Aidilfitri itu. Seronoknya kalau saya dapat ikut. Jadi saya stay kat rumah hidang apa yang patut. Nanti diorang balik sembahyang terus boleh makan.

Oleh kerana masalah bekalan air maka mak saya suruh BATALkan niat saya yang amat suci murni untuk membuat roti jala. Cuma niat untuk buat agar2 sahaja mendapat sokongan. Jadi saya buat agar2 saja. SAYA YANG MENURUT PERINTAH. ;) Jadi pagi itu bernasi daganglah kami.

Biasala kalau kat belah pantai timur ni tak sah kalau tak hidang nasi raya pertama! Pergilah rumah memana pun selalunya mesti menu utama ada nasi...tak kiralah nasi minyak ke, nasi hujan panas ribut petir ke..yang penting ada nasi la. Jadi sesiapa yang nak cari jodoh orang Kelantan tu..paham2lah ye? Time raya, jangan mkn nasi kat satu2 rumah tu banyak sangat sebab rumah seterusnya kan dihidang nasi juga selain ketupat rendang semua tu!

Selepas perut kenyang...opss sebelum tu sesi salam2 tapi saya lupa nak ambik gambar!!! ;P .....saya tak reti sesi mintak maaf ala2 nangis2 ni. Salam minta maaf seikhlas mungkin itu yang saya boleh buat. Kemudian sesi bergambar!!Oh i love my baju raya...simple je tapi i hate my body!!Body aku je buat baju tu jadik tak cantik!Huhu...tak pe enjoy the pics! YaiyyYYy!! Tahun ni berjaya juga ambil gambar sefamily!


Kemudian selepas tembolok dah kenyang kami pi beraya ke rumah sanak sedara yang jauhnya sepelaung je....!!Then balik rumah tunggu family lain datang pulak..macam tu lah alkisahnya raya thn ni...cuma cerita2 biasa tapi saya rasa seronok sbb dapat bertemu mereka2 yang saya sayangi!!!

No comments:

Post a Comment

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers