Thursday, December 24, 2009

Bangga.

AMARAN : ENTRY KURANG GAMBAR YANG MEMBORINGKAN SERTA PANJANG BERJELA TAPI I PUNYA BLOG I PUNYA SUKA LA KAN? ;P
Fuh...sakit pinggang bagi result kat budak kelas tadi. Secara keseluruhan untuk 3 kelas yang aku ajar, considering yang bebudak sekolah aku yang bukan dikategori excellent sbb yang excellent tak sampai 5% pun, lebih kepada sederhana lemah, maka hari ini, aku sbg seorang cikgu merasa syukur, bangga dan puas hatilah dgn pencapaian students aku.

Mungkin bagi cikgu kat sekolah yang studentnya tak payah diketuk sgt sibuk kira berapa ramai yang tak dapat A (sbb ramai sgt A so depa tak heran dgn A), tapi di sekolah aku, kami sibuk kira berapa A dan berapa yang E. Sekolah yang studentnya excellent target brp byk student straight A tapi sekolah sederhana target brp peratus students yg LULUS. Sekolah excellent cikgu depa tak heran dah dgn bilangan lulus sbb confirm bebudak depa lulus. Sori..mukadimah terpanjang plak sbb nak korang paham kenapa I berbangga hari ni. Nanti kang korang baca ni mana tau la kan....dlm hati ckp "ala..tu pun nak bangga, sekolah si anu tu berlambak sains dia A". Suruh puji pun tidak juga. Tapi suruh paham. Agar korang tak berdosa ngutuk i kat depan laptop!! Hihi!

Aku ajar 3 kelas, 3 Bestari, 3 Dedikasi dan 3 Kemas. Aku jadik cikgu kelas 3B. Sekolah tu ada 3 aliran ikut subjek KH (elektrik, pertanian, perdagangan/ert). So kelas 3B merupakan kelas kedua kalau ikut streaming dlm aliran Elektrik (i'm not sure..betul tak depa panggil elektrik..tapi yg penting depa belajar elektrikla..). 3D plak kelas sederhana n 3K kelas student lemah yang kebanyakannya dtg sekolah untuk berhibur sambil mencari pasangan hidup walaupun muka tak berapa kacak dan berminyak2.

3 Bestari (41 students)

Walaupun di kire kelas ke2 dlm aliran diorang but most of them mmg jauhlah bezanya kalau nak banding dgn budak kelas 3A. Kebanyakan jenis yang selalu dapat markah 40-60% mcm tu. Cuma beza dia dr kelas yang lebih lemah ialah depa jenis mudah dgr kata. Sekali aku ugut je or kasi tabligh depa cepat insaf w/pun kejap. Most of them kalau aku pesan wat kerja sekolah, depa buat. Kalau aku tegur pun depa cepat2 diam. Bila ajar dan tanya balik jenis cepat pick upla jugak, boleh jawab soalan dgn betul cuma silap depa ni jenis tak sayang dan tak hargai dgn kebijaksanaan yang Tuhan dah bagi kat diorang. Jenis malas nak buat ulangkaji dan tak berhati2 bila jawab soklan biarpun dah diberi tips!!

Kerja sekolah kena bagi kalau tak, kat rumah benda lain dibutnya. Adalah yang bermasalah dlm kelas ini tapi tak ramai dan aku masih boleh kawal. Depa sgt lah hormat+gerun dgn aku..hihi. Tapi aku sayang depa sbb sblm ni aku pernah ajar budak cha alif nun ya ramai, yang jenis along, kalu tak puas hati pancit tayar/gores keta cikgu tu. Maka bila dapat jadik kakak angkat (tak hingin aku nak bahasakan aku mak yer..i mude jelita lagikk!) depa setahun, aku amatlah bersyukur dapat budak yang senang aku nak mintak tolong, senang ajar, senang nak handle, kebersihan kelas terjaga..semualah!


P051009_09.06

Sayang korang tau...panggil I Princess Annis lagikkkkk!! muahhsss!! ;)

Secara keseluruhan 19 org A, 20 org B dan 1 C untuk subjek sains. Yang dapat C tu mmg agak unexpected sbb selama ni dia tak pernah fail. Memang dia juga tak excellent tapi biasanya result PMR lebih tinggi dari exam sekolah. So aku target at least utk PMR dia dpt B ke atas sbb selama ni sll score C, mungkin nasib tak menyebelahi dia. Apapun saya sgt puas hati bila tgk ramai A. Ada sorang student tu dapat 7B 1A..dan yang A tu sains..mana akak tak bangga kan?? ;)

P051009_09.09

P051009_09.11

Oppss..saya berselipar jamban ketika itu..kasut ada lam bilik guru. Terlupa nak salin masa masuk kelas ;P

Aku jarang nak ambik gambar dgn student sbb aku tak berjiwa kecikguan yang penyayang sgt kot...haha. Ambik pakai hp je. Ni pun last day sblm PMR. Masa susun meja. Nampak tu rotan besau kat tangan. Hehehe...Actually not mine....Aku tak pakai rotan pun..masa kemas kelas tu terjumpa. Rotan cikgu disiplin yang tertinggal kot.

3 Dedikasi (46 students)

Kelas ni pulak walaupun kategori sederhana tapi bisingnya kalah pasar kat Chow Kit. Mmg aku dah banyak kali hilang sabar. Larang kejap senyap, pastu bising balik. Diorang tak bodoh tapi suka jadik bodoh. Geram sangat. Bukan aku je yang selalu lose kontrol tapi cikgu lain pun sama. Semua cikgu yang ngajar kelas ni mmg komplen kelas ni bising, banyak mulut. Yang bisingnya bukan pompuan tetapi lelaki. Time mengajar kelas diorang aku selalu hilang suara. Mengajar kena menjerit..kalau tak tenggelam suara u!

Ada je modal depa nak bercakap. Kalau bercakap tu keluar duit emas kat aku tak pa gak. Ni buat pencemaran bunyi je lebih. Tapi masa hari Mohon Restu, kebetulan aku tak pi dewan..budak lelaki satu kelas mai mintak ampun. Ada yang menangis, cakap"banyak2 cikgu yang ajar, cikgulah yang ajar saya boleh paham tapi saya silap sbb sy tak balik ulangkaji..skrg baru sy rasa menyesal, Bila nak tidur terpikir apa yg cikgu ckp".

Kelas ni kalau peksa, separuh fail...w/pun mcm2 aku bagi tips, tunjuk video, buat simulation, teknik menjawab tapi depa akan ulang kesalahan yang sama. Sebabnya...depa sibuk bercakap dan tak pay attention dlm kelas!! Nasib baik result tadi adalah 5 orang dpt A, pastu semua lulus...huh lega!

3 Kemas (42 students)

Huhu..kelas ni lah kelas yang paling fening sekali.........dgn masalah disiplin, dtg sekolah tak bwk apa, kes terlebih ajar, ponteng, mls buat kerja, menyanyi je dlm kelas, lebih suka bincang topik bab seks je walaupun sunat pun lom kering! Lebih suka terlompat2 dlm kelas sbb terlebih supply karbohidrat serta amat berminat mencari pasangan hidup dari belajar serta bakal menjadi 'lawyer' nnt sbb byk je idea dia nak menjawab kalau aku ckp/tegur apa2.

Kalau tunggu kat makmal, mau setengah jam baru sampai w/pun jarak kelas diorang dgn makmal dua tempik aje9depa suka buat rondaan serta tawaf dlm sekolah...praktis nak jadi guard pak Aji). Terpaksalah aku jemput depa kat kelas. Buku nota mcm belacan. Kasi kerja sekolah tak pernah nak buat. Kalau cubit pun dah kebal dah sgt diorang. Ultraman pun ada masa jadik lemah (time lampu merah kat dada tu kelip2)..tapi depa adalah jenis Joker dlm citer Batman citporahver tu. Byk akal ke jalan yang gelap berbanding ke tempat terang...huhu...Memang kalau duk lama2 leh darah tinggi aku!

Peksa sekolah paling tinggi pun sorang lulus. Pastu yang lain lebih suka benor huruf E. Time bagi balik paper exam pun depa sikit pun tak teruja mcm aku dulu masa nak tau markah. Bagilah soalan yang pernah kita buat latihan pun diorang lebih suka membiarkan kertas peksa diorang suci murni dari ternoda..duh! muliyaaanya korang!

Nak peksa PMR sorang pun tak dtg mintak maaf ke, pohon restu ke..siap tererempak dgn aku leh mintak pinjam pen lagik. Suka hatilah..korang mcm2 mana pun, tak pernah cikgu tak masuk kelas korang, cikgu tetap ajar, tetap semangat..sama mcm cikgu ajar kelas B dan D. Biarlah korang tak hargai pun. Biarlah kertas photostat yang pki duit cikgu tu korang tak pandang pun. Tanggungjawab tetap tanggungjawab. Cikgu nak cari rezeki yang halal untuk anak2 cikgu.

Apapun banding kelas lain yang buat saya bangga sbb hanya 3 org je tak lulus...!! Wehooooo!! yang lain lulus...sorang yang tak lulus tu pun yang mmg dah dibuang sekolah sbb sll ponteng.

.

.

.

.

.

So overall....hanya 3 org je budak yang i ajar tak lulus. Oklah tu. Rasanya dah bagi all out dah.

Alhamdulillah! :)

Satisfaction of being a teacher has been paid! Thank you guys!

Bukan duit..bukan harta yang saya mahukan balasan...result peksa tu yang cikgu harap!

Cikgu tak dapat bonus lebih pun kalau korang semua score A tapi lebih pada kepuasan diri!

(^c^)


4 comments:

  1. WAH... sgat terharu...mmg betul mcm yg awak ckp..kite ni yg jd cikgu bknnyer nk duit sebagai penghargaan, tp kepuasan akn terasa apabila mereka sume berjaya dlm peksa, boleh teruskan kualiti hidup...tp students r always students, diorg blm matang lagi...xtau ape cabaran hidup yg menanti...sok after 10 years br nk ingat balk aper yg cikgu2 diorg ajo, ckp n membebel tu betul... time tu diorg fk le sindiri...

    ReplyDelete
  2. itulah...kalau nak kire duit, duit photostat je beratus sebulan..ada yang bayar tapi lebih byk tak bayar tapi takpelah..niat sedekah je. Selalu jugak ckp kat budak diorang lom matang..so jgn pikir benda yang korang buat tu semestinya betul...

    ReplyDelete
  3. kalau ada sorang dari kelas K dapat A mesti lagi bangga kan.. anyway..teruskan la mendidik..

    err dorang tak tau ke cikgu dorang ada blog? heheh.

    ReplyDelete
  4. kalau ada A kelas K tu..buleh buat pulut kuning ayam golek...it's not impossible tapi bukan mudah....kalau sikap tak diubah...skrng makin ramai melayu tak sedar erti susah....

    diorang tak tahu..even my collague pun tidak diwar2kan sbbnya i nakkan kebebasan bersuara, melepas perasaan.....

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers