Wednesday, December 16, 2009

Catatan Buat Anak2 :Tabiat Makan-----> Part 1

Anak2,
Hari ini umi nak cerita tentang tabiat makan kamu berdua. Bukan senang untuk umi layan sebab selera kamu berdua ada yang sama tapi lebih byk yang berbeza. Namun umi akan cuba yang terbaik supaya anak2 umi dapat zat2 yang diperlukan dan boleh membesar dgn sihat. Segala apa yang anak2 mintak selagi tak melampau ayah dan umi akan penuhi.

IMG_0098

Hani,
Hani sewaktu lahir sangat kecil. Menyusu pun sedikit sahaja. Kalau air susu keluar dgn byk pun Hani tak suka walaupun tidak menyebabkan Hani tersedak. Sayang sungguh sbb waktu itu tuhan bagi rezeki susu badan sungguh banyak. Kemudian bila Hani sudah mula boleh ambil makanan separa pepejal, Hani sungguh berselera. Ingat lagi umi, Hani menjerit2 bila umi buat tak cukup. Jeritan Hani buat umi makin kelam- kabut bancuh cereal. Kadang kalau umi buat nasi bubur sampai tertumpah2 sbb nak cepat. Clumsy umi! ;P Montel sungguh Hani waktu tu. Kemudian bila Hani menginjak umur 2 1/2, selera Hani makin berkurang. Kadang minum susu saja dalam satu hari. Bagi makan pun sesudu dua je telan.

Puas umi pelbagaikan makanan, bagi vitamin untuk tambah selera. Selera Hani tak bertambah2 tapi selera umi pulak yang bertambah...huhu! ;P Umi pun kadang naik jeles bila tgk anak org lain berselera makan, tidak memilih. Sedangkan anak sendiri kurus kering macam tak bagi makan. Nak bawak berjalan pun risau sbb takut org kata "eh..mak ayah punyala sihat, tapi anak kurus kering..tak bagi makan ke?".

Sampailah umur Hani sekarang. Bermula bulan 7 hari tu Hani demam berturut2 hinggalah bulan 11. Dua kali Hani umi bawa jumpa Paed di Prince Court. Jumpa doktor biasa jangan kiralah berselang 3-4 hari sekali! Selera Hani makin kurang sepanjang tempoh ini, badan yang sememangnya kurus semakin kurus. Alhamdulillah balik kg baru ni, Hani sihat tak demam langsung sampai sekarang. Umi bagi Hani makan ubat cacing. Walaupun pakar kata Hani demam bukan disebabkan cacing tapi mmg perlu bagi Hani makan. Supplement selain Elken spirulina, 4life colostrum pun umi ada bagi mkn. Mahal tak pe, asalkan Hani sihat.

Selera Hani pun masa kat kampung pun makin bertambah. Makan nasi 3 kali sehari, malah setiap kali makan bertambah2. Balik sini pun sama. Harapnya berterusan. Umi bukan mahu Hani jadi gemuk/obes, walaupun Umi tau sekecil2 Hani dah pandai buat pernyataan "Hani tak naklah gemuk mcm Umi. Nak pakai baju cantik tak dapat nanti". Notti2 girl! :P Cukuplah Hani sedikit berisi, at least tak lah penat sgt nak bawak beg sekolah nanti. Oh! Tak lama lagi Hani akan masuk darjah satu. Tak sampai sebulan pun lagi. Umi yang nervous w/pun Hani nampak excited sgt2!!

Apa yang Hani suka makan? Umi rasa Hani tak memilih. Semua Hani mkn termasuk sayur2an. Bab itu umi syukur sgt. Hani suka mkn gulai, tom yam, kurma, ikan goreng, singgang, sup2...semualah. Cuma yang buat Hani kurus ialah kurang selera. Alhamdulillah sekarang umi dah tak payah paksa2 dah! :)

IF1

E-in,
Sewaktu E-in lahir, berat E-in 3.31 kg. Jauh beza dgn kakak, 2.65kg. Tak susah jaga E-in masa kecil sebab E-in kuat menyusu. Bila dah kenyang E-in tidur. Masa dua bulan pertama memang umi bagi fully BF. Bayangkan kuat tak kuat E-in menyusu waktu check up sebulan, berat E-in 6.2kg!! Sampai doktor syak umi suap nasi kat E-in!! HAHA!!Penat umi bersumpah, demi Allah E-in membesar dgn air susu umi sahaja! Masa lepas pantang, umi kurus betul masa tu sbb semua lemak umi dah bertukar jadik air susu. Berat umi dari 69.0 kg ke 53kg! Semua hilang dlm masa dua bulan pantang! Such amazing!

Kemudian disebabkan terpaksa, umi tinggalkan E-in duduk dgn Tok Ma selama 3 minggu sementara nak dapatkan pengasuh. Sedih umi sbb umi mmg nekad nak BF E-in sc. ekslusif waktu tu. Rindu sgt kat E-in. Tiap2 hari menangis. Bila balik ambik E-in, E-in dah tak nak susu badan. Sedih sgt. Tiap kali bagi E-in luahkan.

Tapi selera E-in tak pernah putus. Apa yang umi bagi, E-in makan. Bila E-in menginjak 4 tahun, E-in mula jadi selective. E-in sudah mula observe apa yang ada dalam sudu yang umi nak suap kat E-in. E-in sudah tak makan sayur. Setiap suapan mesti ada lauk, tapi kalau ada sedikit pun sayur ke, bawang ke, cebisan cili walau sekecik tahi mata pun E-in tolak sudu tu. Kadang umi sorok kat bawah nasi dlm sudu tapi bila masuk mulut E-in cepat luahkan, biarlah kecik pun. Sensitif betul deria rasa E-in ye?? :P E-in tak suka mknn yang ada kicap or yang nampak hitam2 mcm mee goreng. Geli agaknya.

Selera E-in juga tak boleh di duga sekarang ni. E-in suka pasta, sup2, gulai ayam, tomyam, mee, pizza dan roti. E-in paling suka buah2an esp. oren (sebijik mcm ayah!). Cuma yang susahnya, katakan hari ini umi masak sup, mungkin hari ini E-in makan dgn berselera dan bertambah2 tapi kalau umi masak sup lagi selang seminggu E-in mungkin makan, mungkin tidak. Pening juga umi.

Balik kampung baru ini, E-in sikit pun tak mau langsung makan nasi. Nampak je umi bwk pinggan nasi terus E-in lari. Terpaksalah buat mee, pasta, kadang maggi. Tapi umi masak maggi tak pakai perencah maggi. Just ketuk bwg putih, masuk ayam buh air, garam..siap! Sebelum ini umi tak pernah bagi E-in makan maggi sbb umi kurang berkenan tapi balik baru ini E-in asyik pau Maggi Ayah Su. Terpaksalah umi buatkan. Risau juga pasal Maggi yang Ayah Su buat pki perencah yang byk kandungan MSG.

Bila balik sini, E-in nak pulak makan nasi tak mau makan mee. Pagi tadi umi buat mee bandung tapi E-in tak mau. Terpaksa umi masak sarapan lain wlaupun masa masak kali kedua itu hati umi berdebar2 takut E-in tak mau makan. Bukan sekali dua terjadi. Banyak kali terjadi. Bila dah siap masak E-in tak nak. Kadang dlm satu hari, umi masak nasi dan lauk utk kakak, E-in umi masak pasta. E-in....E-in...alangkah bagusnya kalau E-in sudah boleh bercakap. Boleh bagitau Umi apa yang E-in nak makan hari ini. Bukan soal penat untuk masak berkali2, tapi umi tak suka membazir. Bila tak suka membazir terpaksalah umi telan..akhirnya badan umi menjadi sgtlh montel mcm E-in...hihi!

Okeylah panjang sgt celoteh umi untuk anak2. Nanti boring pula. Sudahlah setiap hari tak sah kalau umi tak membebel. Tentu bingit telinga kalian kan? ;P

Sekian dari umi untuk anak2 yang amat umi sayangi. Semoga kalian membesar dgn sihat dan kuat. Insyallah dgn rezeki yang halal umi dan ayah cari, umi doakan kalian akan menjadi insan yang berguna kelak. Amin.

4 comments:

  1. bnykkan bersabar yek...anak2 kerenah memang mcm tu,... kite pun kengkadang xtahu dh nk msk ape nk bg ank2 mkn..xmasak dicapanye ibunye malas...

    ReplyDelete
  2. akk ada ank yg comel2...suka tgk..

    ReplyDelete
  3. noradzlina;
    saya tak kisah nak buat makan berkali2 cuma risau takut tak makan. sayang juga membazir makann.

    ezzati:
    terima kasih. ihiks! sukee!! ;D

    ReplyDelete
  4. kelakar pulak bila baca part Umi yang nak kena habiskan makanan.. .. eheheh tak apa la anese..berkorban demi anak2.. satu hari nanti diaorg dah besar dan baca entri ni.. sure terharu...

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers