Wednesday, December 16, 2009

Pretty boy!

(Peringatan: Sila jgn menyampah kerana ini adalah entry yg menunjukkan penulis blog kurang matang untuk mengurangkan tensinya walaupun bakal mencecah umur 30an thn depan! ;P )

Sambil jaga E-in apa yang boleh saya buat? Boring juga kalau tgk je dia memanjat sana sini, melompat dekat sofa..berjalan atas meja makan, keluar masuk dapur menyepahkan kitchen tools. Satu2 benda yang saya boleh buat semasa jaga E-in main lappy, bloghopping, layan Youtube, tgk tv je. Kalau nak jahit manik ke, lipat kain ke, buat kek ke baik tak payah! Buatnya terabur manik adalah. Nak kemas rumah? nak mop semua tu? Silap2 saya lagik hangin. Kalau nasib 'baik' adalah dia pergi tuang air dlm baldi mau???Kalau masak saya akan masak pepagi time dia belum bgn or kalau terbangun pun at least pepagi dia lom recharge sepenuhnya lagi.

Jadi bukak laptop, on internet, carila apa2 info yang saya nak tau. Dari hal autisme, shopping, bab2 agama, baca blog org, semualah........!! Tak kurang juge saya melayan youtube mencari cerita, gameshow, variety show, music video...mostly korea la! Haha..have to admit that i'm very addicted to korean artists and drama. Kawan saya kata, "lah ingatkan minat drama je rupanya artis pun kau ambik tau! ". Kalau bukak tv skang sy layan je sebarang ranc. kat channel 303( KBS). Banyak drama tau.

Untung2 hero pojaan keluar tv...errr tak taula nak panggil hero ke tak sbb most of korean male artist yang i suka semuanya macam...err...girl-look-a-like. Mereka tidak hensem tapi lebih kepada cantik...haha! Look at them!

Kim Hyun Joong. Waa tersangatlah charming this boy. I google everything about his music, filming, drama, varietyshow...Dia punya personality i think is really interesting.....nampak pendiam tapi ada masa dia byk cakap/kelakar...sometime ada respon yang tak dijangkakan...lagi byk tgk lagi byk nak tau...he is so cool! Memang cantik kan? haha! I'm a big fan of SS501..love their song Love Like This and Please Be Nice To Me. Latest news he going to be main actor for You're My Pet.

Lee Min Ho a.k.a Gu Jun Pyo. Oh mestilah hero BOF ni jadik pujaan. His smile is OMG!I'm melting!! :p Hey bukan semua org tau yang boleh lagik maintain hensem biarpun rambutnya dikerintingkan!

Minhoo from boy band ShiNee. This the only pics yang dia dgn rambut baru and nampak matured skit. Lain mmg nampak budak sgt...gonjeng! First time tgk dia dlm Dream Team. Masa tu sy nak tgk KHJ tapi he also there and he is really charismatic! Second time i saw him semalam dlm my fav variety show Invicible Youth. Yaarrr...cantiks! Patutla all the girls dlm Invicible Youth tu cair!! Ceh! Lagu Stand By Me (BOF) juga dinyanyikan oleh his band, ShiNee. I think ShiNee voice is better than SS501! wupsss!! ;)

Jo Hyun Jae. His latest drama is 3 Dad 1 Mom then dia masuk latihan ketenteraan. Tabiklah dgn artis korea. W/pun depa artis depa tetap pi latihan ketenteraan. Paling kurang 2 thn. Tak mcm kita...kena masuk PLKN yang 3 bln tu pun dah bising.

Oh Ji Hoo. I think he is handsome not pretty! Finally! I love him in Couple or Trouble! Best sgt!!!!!!!!!!!

Ok dah la tu makcik ni berangan..eh sapa kata i minat artis lelaki je..pompuan pun ada tapi mls nak tempek sini..aci tak? :)


P/S: That's why my students love me! Diorang kata saya ni macam lahir silap thn..kesian cikgu!Cess...tak pe zaman cikgu dulu ada KRU, Take That, BAckstreet Boys..ada Westlife semua tu! ;P

No comments:

Post a Comment

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers