Thursday, January 28, 2010

Buat ibu2 yang ada anak autisme

Ya benar...Tuhan Maha Adil dan Penyayang...Walaupun E-in anak istimewa Tuhan mengurniakan dia ingatan yang baik...Setengah2 perkara sangat mudah dia ingat walaupun saya ajar sekali dua. Contohnya, saya ajar dia bila dia nak mandi "E-in nak mandi" dengan menekankan bunyi 'di'..Kemudian esoknya jika saya kata "E-in nak mannnnn....", dan dia jawab 'di'...In his state mmg saya kagum..

Kadang ada mainan yang dia suka main di rumah Opah..Tapi bila saya dtg ambik dia utk balik ke rumah, sy kata "keep this one"...So dia akan simpan mainan itu di tempat yang sama masa saya memula ajar dia untuk simpan mainannya(biasalah kanak2 sebegini mereka agak stereotype). Keesokkannya dia ingat dimana dia simpan. Bukan setakat esok lusa tapi pernah juga dia tinggalkan mainan kegemaran dia di rumah Opah sehingga 2 minggu sebab kami balik kampung..balik dari kampung bila singgah rumah MIL..sampai2 aje dia terus tuju ke tempat dia simpan mainan dia...wah!!! Tak sangka dia ingat lagi mainan dia tu....

Kemudian pasal terapi, ada yang tanya pasal kos. Memang tak dapat dinafikan di Malaysia tak byk tempat yang saya boleh bawa anak saya untuk melatih dia. Hampir tiada tadika khas untuk itu. Bila cakap AUTISM, semua org nak suruh saya hantar pi NASOM. Maaf dah byk kajian dan bacaan yang saya buat. Malah saya hampir ambil cuti tanpa gaji untuk hantar E-in ke situ since NASOM sgt jauh dari rumah saya. Saya tidak mahu memberi sebarang komen negatif/positif tapi apa yang saya boleh kata...saya tidak belum berancang hantar ke sana dan kalau ada alternatif lain sy cuba dulu. Enuff said!! :P

Jadi my option ialah joined ABA class yang merupakan initiatif oleh Intan Miranty and her husband to help ppls like us. The class is conducted by Brenda Boehm from EAP. The programme is very good but shame to said i have no time to keep the consistency of the programme. Saya bekerja. Bila balik sy penat dan waktu pulang juga sgt tidak menentu. Ini menyebabkan saya gagal. Jadi saya bercadang untuk mengupah terapist pada hari bekerja dan dalam masa yang sama saya juga boleh melakukan program tersebut pada hujung minggu.

Setakat ini saya baru menemuduga (i don't think so to call it interview! hehe..just sembang2) sorang therapist. Me and husband yang tak tahu sangat pasal nak interview org w/pun sudah diberi guideline sewaktu ABA class, therapist tu plak bagi tau apa yang kami patut tanya!!! Ekeke..that is our biggest mistakes!!! :P But luckily she is a very good person dan bukan jenis tamak yang tau nak kejar seramai mana kids yang dia nak train!! Saya akui memang org yang jadik therapist boleh dapat pendapatan yang sgt lumayan. Kadar bayaran boleh menjangkaui ratusan/jam depends on the therapist's experience!! Sehari yang paling bagus ialah 6 hours!!!

Dalam masa yang sama, dia nasihat supaya ada lebih dari satu therapist..at least 2 or more supaya ada waktu boleh buat overlap session. Meaning, ada waktu yang dua2 thareapist akan ada bersama dlm satu session. Jadi kami terpaksa hire lagi sorang therapist (maybe second therapist kami ambik yang less experience due to the budget!! huhu!!). The First therapist hanya boleh buat dua hari....other 3 days with the second therapist. For the early state, kami just buat 1 hour per day sbb nak bagi biasa dgn schedule then gradually increase the session hour, meaning you hv to increase the fees too lah!! ;P).

The budget???
For the therapist A : RM 45.00+RM15 (for the petrol-base on location!) x 2 hrs x 4 weeks = RM 480

For therapist B : RM 50( i don't know the real payment since blm interview sesapa pun lagi) x 3 x 4 weeks =RM600

So total up, more than 1k per month! Itu baru sejam sehari..lepas ni??Apapun demi anak, kita perlu usaha. Memang ini dugaan Tuhan untuk kami. Setiap org tak lepas dari dugaan. Kadang ada anak sempurna tak semestinya kita tiada dugaan. Kat sekolah saya ramai manusia sempurna tapi ramai juga akademik tidak cemerlang, masalah disiplin semua tu. Kadang tuhan bagi rezeki yang murah buat kita..bussiness dapat puluhan ribu tapi itu juga dugaan sebenarnya, bukan bila miskin saja diduga. Tuhan mahu menduga supaya kita sentiasa bersyukur dan tidak menunjuk2/riak takbur. Jadi ini bahagian untuk kami. Kami bersyukur. Kami tetap sayang anak kami. Tiada beza antara E-in dan Hani.

Jadi untuk ibubapa yang baru sahaja mengetahui anak anda senasib dgn anak kami. Jangan sedih tapi perlu berusaha!! orang hanya boleh melemparkan kata simpatai dan sabar sebagainya(mcmlah kita selama ni tak sabar!!Tapi ada masa perlukan mereka yang boleh mendengar rintihan kita), hakikatnya kita yang rasa. Saya juga akui kadang rasa sedih, kecewa, penat dgn telatah aktif E-in tapi saya akan cuba perbaiki kelemahan diri. Kadang saya kurang berusaha keras dlm mendidik E-in, cepat give up dan sebagainya. Banyak kekurangan. Tapi apa yang saya pasti saya mahu lihat perubahan pada E-in maka saya akan cuba dan terus mencuba.....

3 comments:

  1. Allah SWT always be with u..

    ReplyDelete
  2. I've been through the same process as you.. my son sebaya with your son & I went to Intan's session as well.. check this blog http://mayaviktoria.blogspot.com/, this blog is written by someone from my Intan's ABA group. Very informative.
    If you feel like exchanging stories, you can email me at ummiaqeel@gmail.com

    ReplyDelete
  3. Akak,
    Semoga akak tabah dgn dugaan Allah ini. Saya juga mempunyai seorang sepupu yg menghidap autisme. Agak sukar juga untuk mengajarnya berdikari,tetapi sokongan keluarga yg kuat berjaya juga mengajarnya.Lebih-lebih lagi sepupu saya adalah anak sulung dan mempunyai 2 org adik yang masih kecil.Mengenai bab selera makan, saya akui kanak2 autisme ni selera mereka agak 'besar'.Saya telah cdgkan kepada ibu saudara saya untuk membuat jadual pemakanan untuk sepupu saya berdasarkan jadual pemakanan dari pihak Kementerian Kesihatan untuk kanak-kanak yang berlebihan berat badan.Nampaknya setelah 2 bulan mempraktikkannya, sudah nampak hasilnya.

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers