Sunday, January 3, 2010

Kenapa Kaum Wanita Cepat Tua??[PART 1]

Wah tajuk entry yang sudah lama saya nak kemukan..Lupakan dulu hari orientasi di sekolah Hani. Belum ada mood mahu upload gambar. Kenapa kaum wanita cepat tua??Banyak sebab...saya tak pandai nak memberi fakta serta hujah2 yang bernas sebab saya bukan ahli psikologi wanita, juga tak pandai nak berkata-kata dgn indah serta membuat ayat2 yang mankjubkan kerana saya dulu masa sekolah bukan pemidato. Sekarang pun nampak microphone pun saya ketaq lutut cik oii! Jadi saya hanya akan mengutarakan tajuk ini berdasarkan pengalaman sendiri dan setengahnya dari pengalaman rakan sekerja (eheh...nampak sgt salah satu topik hangat di bilik guru/kantin ialah hal suami...ish2x! ;p).

Pendapat Pertama: Kepenatan bekerja di pejabat dan tanggungjawab di rumah.

Memang tak dapat dinafikanlah. Orang perempuan sekarang ramai yang sudah bekerja. Tidak seperti org zaman dulu yang kebanyakannya duduk di dapur sahaja (padahal bukan main lagi mengemas dari depa ke belakang rumah...last2 ckp kat dapur jek!). Tak habis dgn ke sana ke mari tak kiralah dlm pejabat atau di luar...balik sahaja bila bukak pintu, dalam kepala sudah set mahu memasak, angkat kain, mandikan anak, hidang makanan...bla..bla...Kadang tak sempat bukak baju kerja sudah masuk dapur.

Sambil masuk dapur belum kira lagi kalau ada anak kecil yang merengek mahukan susu, bergaduh dgn yang lebih tua berebut mainan, yang terber*k perlu di salin lampin. Saya jamin jarang ada kaum lelaki yang masuk saja rumah terus dah terfikir tentang kerja2 rumah yang perlu selesaikan serta bergegas buat itu ini. Kebanyakannya saya rasa dlm minda mereka hanya balik rumah, mandi, makan yang tersedia dihidang, rehat dan menonton tv. Mungkin ada jugalah yang balik rumah kemudian masak tapi tak ramai. Biasanya bila masuk je rumah perkara pertama yang dia akan buat ialah berbaring di sofa/katil seketika sebelum mandi manda...betul tak??

Pendapat kedua : Wanita lebih banyak berfikir.

Bukan saya bermaksud orang lelaki tak byk fikir. Mereka berfikir juga tapi more on their work, right? Tapi kita, kerja+rumahtangga+anak2. Semua dalam satu kepala. Sebagai contoh, kalaulah kita nak balik kampung, kadang2-3 minggu kita sudah fikirkan tentangperkara yang perlu diselesaikan. Kalau saya mungkin saya fikirkan berapa kali hujung minggu yang ada sebelum saya balik kampung. Katalah ada 3 kali, so saya kena rancang, minggu mana yang saya kena settlekan bil, minggu mana perlu saya kemas rumah, minggu mana yang saya kena beli barang untuk buat bekal. Ini semua supaya kita bekerja dengan lebih ekonomi.

Satu lagi contoh mudah, bagi yang tinggal di rumah rumah dua tingkat turun naik tangga adalah perkara yang memenatkan. Bila sudah berada di tingkat atas, katakan saya mahu turun ke bawah..sebelum turun selalunya saya akan tengok mana yang nak di bawak turun, baju kotor ke, sampah ke, botol susu e-in yang hendak di basuh ke atau alat mainan yang mungkin diperlukan oleh E-in, atau bantal busuknya yang akan diperlukan jika mahu tidur di tingkat bawah........see, siap fikir kemungkinan2 yg ada lagi. Encik suami sungguh rileks turun naik tangga 3-4 kali pun belum tentu nak buat semua ini melainkan di suruh....huhu!

Pendapat 3 : Kaum wanita lebih cepat marah berbanding lelaki.

Eheh! Ini bukan marah sebab PMS ye. Ini marah mungkin kerana sukar mendapat kerjasama dalam urusan mengurus rumah tangga dari suami dan anak2. Kadang bila minta tolong, si anak mungkin memberi pelbagai alasan, si suami pula seperti pahat dengan penukul. Sekali ketuk sekali berjalan tapi ada juga yang tak bergerak2 langsung walaupun diketuk dgn hammer besi sekalipun. Apatah lagi jika tiada pembantu.

Urusan rumah harus dipikul seorang. Tiada tangan yang boleh membantu kerja tanpa di suruh. Bukan sekali tetapi akan lebih sakit hati berulam jantung jika berkali2 di suruh pun belum tentu buat...argghhhh! Akhirnya bila sudah masuk kali ke3-4 minta pertolongan, maka lebih banyak perkataan sampingan yang meluru keluar, nada pun mungkin sedikit berbeza dan raut muka juga mungkin errr...sedikit masam? Lebih parah lagi bila pertolongan yang diperlukan dlm kadar segera tetapi dibuat2 'cool'. Huhu....end up kita akan dikatakan kuat membebel...haihhh!!

Ini baru 3 sebab, entry sudah jadi panjang berjela. Saya bukan mahu berkira atau mahu menyatakan org perempuan bagus lelaki tak bagus. Bukan. Bukan juga untuk membuka pekung di dada kerana tidak semua yang saya kongsikan di atas mengenai suami saya. Niat saya untuk mendedahkan realiti sebahagian kaum Hawa (read:sebahagian!). Mana tahu ada kaum Adam yang membaca. Mungkin lepas ini boleh faham kenapa isteri saya cepat marah? kenapa isteri saya berwajah pucat keletihan sedangkan sama2 bekerja? Kenapa isteri saya suka membebel?..kenapa dan kenapa?

No comments:

Post a Comment

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers