Thursday, May 22, 2008

Penatnya jadik cikgu!!!!

Arggghhhh...sudah ku agak kalau bukak blog tak semestinya aku boleh update setiap masa!!!Rentetan kerja yang tak sudah2 mencuri masa bukan sahaja masa santaiku tapi juga masa bersama anak2 dan suami...

Memang saya tak nafikan satu ketika dulu saya dipaksa2 oleh keluarga supaya mngambil bidang pendidikan yang seakan satu 'heritage' dalam keluarga..dari zaman nenek moyang sehinggalah ke cucu cicit piut!!!!Hati saya memberontak masa itu dan mmg kadang terbawa2 sehingga kini..tapi apa boleh buat..kalau saya ada harta berjuta2...tanah bermilion2 kangkang kera..sudah lama kutinggalkan jauh profession ini...Sebenarnya bukan tidak seronok mengajar..dan ia bukanlah suatu perkara yang paling teruk bagi saya..tapi keadaan yang mnyebabkan ia menjadi teruk!!

Selalu terdengar rungutan para rakan seperjuangan, "berilah saya mengajar 6-7 waktu sehari pun tak mengapa asalkan tidak dibebankan dgn tanggungjawab lain!!! ". Mungkin org yang tidak terlibat dalam bidang ini mereka tidak nampak beban apa yang kami tanggung..dulu org tua selalu berpandangan ..'pilihlah cikgu, kerja sekerat hari, cuti sekolah panjang..keja tak susah!'..
itu dulu sekarang kalau anda pergi tanya kepada setiap org guru adakah profession ini boleh dikatogerikan dalam bidang professional, nescaya dlm 10 org yang anda tanya sekurang-kurangnya 7-8 org akan mengelengkan kepalanya.

Bagaimana mahu dikatakan profesional?kerana bila anda menjadi seorang guru, bukan mengajar shj yang anda perlu buat!!mungkin dari tahap kerani am rendah sampai ke tahap yang sama dengan tukang kebun sekolah atau cleaner pun anda kena buat!! Pernah sekali saya panas hati bila membaca kenyataan 'Guru 25 haribulan'...kononnya cukup bulan tunggu nak cucuk duit sahaja dekat mesin atm!!! huh...mmg saya tak nafikan dlm ramai2 ada yang malas kerja tapi bukan semua..kerana saya yakin perangai nan satu ini bukan ada di dlm bidang ini sahaja..buktinya kalau anda berduit, sudah pasti anda lebih memilih hospital swasta drpd hospital kerajaan bukan? kalau anda pergi kemana2 jab.perkhid. awam kekadang anda terpaksa pergi berkali2 utk menyelesaikan perkara yang remeh-temeh..nah!! ini sudah cukup bahawa perkara malas ini bukan dlm golongan kami sahaja..tapi semua hatta dalam swasta sekali pun..jadi mengapa org itu begitu lancang mulutnya berkata demikian?Mungkin bidang pendidikan paling ramai yang bekerja dgn gomen...

Pernahkah anda pergi melawat sekolah2 lama?...Ada sesetgh sekolah yang tempat duduk guru pun buruk, bagai nak runtuh mejanya..disusun rapat2 sehingga tiada ruang utk melaluinya...kalau yang perut buncit tu terpaksela tarik nafas kempis kan..tapi kalau yang mengandung?...bersesak!!!...dan itupun terpaksa berkongsi sampai 4 org..manalah hendak diletakkan fail2 dan buku2...bilik guru tiada kemudahan air cond, hanya disejukkan dgn kipas yang hidup segan mati tak mau...ada juga sekolah yang tidak dpt menyediakan komputer dalam bilik guru apatah lagi printer atau scanner utk membuat soalan..kalau ada pun utk kegunaan org2 yang mmpunyai jawatan tertentu di sekolah..selalunya kami print dirumah sahaja...Kalau anda ditmptkan di sekolah baru alhamdulillah kerana mungkin anda akan lebih selesa..alangkah lebih baik jika projek2 gomen yang tidak mendatangkan hasil itu disalurkan kepada yang sepatutnya?

Bukan hendak berkira, tetapi ini bukan sekali sekala..malah semua kerja sepanjang tahun terpaksa dibuat dan diprint dirumah. Elektrik, dakwat dan kertas guna duit poket sendiri...itu belum kira dgn duit fotostat lembaran kerja dan soalan2 utk pelajar..ada sek yg jenis membolehkan guru riso secara percuma kepada pelajar tetapi ada juga yang tidak membenarkan..suruh kami f/stat dan kutip duit dari pelajar!!Dan biasanya tidak mudah utk mngutip duit dari pelajar..ada yang jeni s liat nak bayar.."belanjala cikgu"..ya kalau seringgit dua tak menjadi hal tetapi bayangkan kalau satu helai sudah 5 sen..lembaran kerja bukan setakat sehelai dua tetapi boleh mencecah 10 helai..didarab pula dgn sekurang-kurangnya 35 org satu kelas dan anda bukan mengajar satu kelas sahaja tetapi mungkin sehingga berbelas kelas!!! Dan bukan sekali setahun guru memberi hand-out kepada pelajar!!!

Sebab itu kini golongan kami mmg tidak mendapat kebajikan yang sepatutnya..kadang saya tgk lebih baik pula kerani bawahan..meja sorang satu, bilik pej beraircond, komputer seorang satu (of course tidak langsung mahu berkongsi dgn guru!!!), segala pen, liquid, kertas, printer hatta mau f/stat pun mmg tak menjadi hal..sedangkan saya terpaksa membeli sendiri marker pen dan refillnya sekali! Itu belum tentu kalau hendak menjayakan apa2 program..duit poket didahulukan..bila claim dgn org yg berkerja dlm aircond..kadang habuk pun tak dapat!!!!

Semasa saya menjadi setiausaha peperiksaan dahulu, daftar spm menggunakan online..kemudahan internet tiada disediakan dlm bilik setiausaha terpaksa menempel di bilik komputer itu pun kadang boleh pakai kadang tidak!! Tahun pertama saya terpaksa ke kedai internet..berpuluh ringgit saya habis utk key in semua maklumat..beli dakwat printer utk print segala dokumen peperiksaan, slip peperiksaan utk setiap calon..thn kedua saya masukkan internet ke rumah..sbb saya boleh bekerja dgn lebih fleksibel..tidak di claim segala bil...cuma separuh sahaja sempat di claim..bukan apa takut org kata saya mengarut..mintak duit lebih..tak pela yang itu saya kira umpama bayar hutang kalau ada waktu saya terlewat masuk ke kelas (ehem...bukan di sengajakan!!!!)...

Ada satu ketika, saya mendengar radio...topiknya "Ramai guru yang tension!!!"..ada satu caller perempuan ni call..katanya dia seorang nurse... "Kenapa diorang nak tension2..keja bukan nya susah..cikgu sekarang masuk kelas pastu suruh bukak buku kerja buat muka surat ini-ini!! tgk i, i enjoy dgn kerja i!!feel happy ok..jgn nak tension2..." dgn nada kekwat sekali.....hadui terus hati rase mendidih..geram sahaja saya nak cal balik cakap.." ye la u all mana nak tension..kalau pesakit bising2 u all main cucuk jer kasi diam!! itu yang ada kudung sana sini tu...kalau nak beranak tu tunggu terberanak kat atas tray baru u all nak relax2 dtg kan?"....nasib baik saya beristifar ..ingat balik..kalau saya balas bali mcm tu mungkin ada golongan nurse yang rajin bekerja pula rasa naik angin..jadi saya anggap aje caller tadi itu tak memahami tugas guru..nescaya kalau satu hari saya bagi satu mase sahaja dan utk mengajar semata2 kelas yang paling "hero dan heroin" saya rase dia yg terjun bangunan dulu..!!!Esoknya saya ada bercerita dgn rakan2 di kantin (hehe..gosip ckit!!)..dan ternyata ramai juga yang naik darah dgr cerita tersebut..kawan saya kata "la apsal hang tak call je balas balik? suka hati je nak ckp apa!!!"

Apa pun yang saya ingin katakan...bukan kerana ini penyebab utama menjadikan saya letih menjadi cikgu..w/pun tidak seselesa kakitgn gomen lain, w/pun terpaksa berdepan dgn murid yang kurang ajar dan enggan diajar, kena marah kena herdik dgn ibu bapa, tambah kena jadik cleaner atau jadik tukang kebun, itu semua tahap yang saya boleh bertahan!!! Tetapi apa yang menyebabkan saya rasa kecewa, menyampah dan penat menjadi cikgu ialah tanggapan masyarakat kini yang memandang kami golongan yang lekeh, malas bekerja, kerja senang balik awal, cuti panjang, boleh dimarah ditengking bila ada yang tidak betul (kadang mmg betul pun anak2 berperangai yang tidak disangka ibu dan bapa sendiri!!!) serta tidak mahu berbincang, tidak hormat guru seprti dahulu..lantas bagaimana anak hendak menghormati kami andainya masyarakat sendiri tidak menghormati kami dan tidak cuba memahami kami, ditegur dgn mulut pun dtg sekolah berparang bagai usah kan kalau kiter cuit sedikit anaknya itu...letak dirimu ditempatku..nescaya kau akan merasa betapa penatnya menjadi cikgu!!!!!

Tabik kepada semua warga pendidik terutama golongan2 senior kerana anda semua mmg 'super human!!'..tiada kita..tiadalah mereka yang cerdik pandai...



5 comments:

  1. sbb tu kan jon,aku xpilih KPLI.pengalaman jadik GSTT cukup mengajar aku yg bidang ni tak sesuai ngan jiwa aku meskipun gaji blh tahan.frust gak bapak aku tp kali ni aku rase aku tau ape yg aku mau.tp kalau itu yg dah tertulis jd rezeki kite,nak tak nak t/jwb ttp kene laksanakan juge.don't be sad ok?& don't u ever2 regret for being a teacher.

    ReplyDelete
  2. aku rasa semua post P&P dlm gomen ni memang camtu.. selalu kena buat tugas2 lain yang diarahkan dan takde kene ngene ngan jawatan hakiki.. aku dulu elok2 keje ngan the biggest international firm worlwide, last2 kena buli masuk gomen.. regret it till now. tapi takpela, berkorban untuk family dan hubby.. keje itu ibadah.

    ReplyDelete
  3. AKu memang salute dgn cikgu22 nih. Sbb dlm famili aku ramai cikgu, dr mak2 sedara smpai ler kakak aku sendiri. X pernahs ekali pndang rendah pd tugas GURU ni.

    CUkup kagum dgn kuasa super power y tak terbatas dlm mendidik anak2 tanpa jemu nih.

    Y pntg JGN PUTUS asa ya cikgu anese.
    Chai yok, Chai yok!!

    ReplyDelete
  4. wah....melepas geram nampaknye cikgu annis...sabar anese sabarrrr
    mmg susah nk bagi org lain faham dgn tugas kite ni..hanya kite je yang mampu memahami tugas kita sendiri!(mcm lagu hanya engkau yang mampu..afundi nubies)

    setuju gak dgn ika..lain bidang lain tugasnye.n aku setuju dgn statement engkau ittew! sama gak kes medical doctor yang pandang sikit rendah dgn kami ni walaupun bertitle yang sama..igt jadi dentist ni keje senang.lepak2 berblog2 chatting(erk)..duduk2 korek gigi then tampal then kol 5 balik..tapi tak pikir penatnye nk membongkok kan badan selama berjam2,memcabut gigi yang sgt payah itu serta menahan napas dari mulut yang busuk lagi membusukkan....kalau oncall lagi camner...nk menjahit segala bagai..ikat tulang lagi! letih giler uol.sehinggakan masa utk bersama keluarga terpaksa di korbankan..

    permasalahan ni bukan pada cikgu je rasa,pada semua bidang yang lain ggak...jadi yang penting kene sabar je la..dah ini ditakdirkan oleh tuhan kepada kite..daripada yang tak berkeja langsung tu..sekurang2 kita mampu menyuap sesuap nasi walaupun ada yang lain yg terlebih suap tanpa bekerja keras.apa pun aku yakin semua ni akan dibalas kemudian hari!

    n yang penting lagi..jgn la kite cakap2 yang tak betul tentang pekerjaan org lain sedangkan kite tak tau camner tugasnya itu..takde keje yang tak meletihkan..makcik2 yang jadi tukang lap cermin bangunan tu lagi letih kot drpd kite..biarkan la sape yang ckp tanpa fakta yang tepat tu bersuara because mereka telah menampakkan kebodohan pada diri mereka sendiri.
    yang penting we RESPECT each other
    (walaupun kenkadang aku bengang gak citer pasal cikgu mcm tiap2 hari je dalam tv...insentif pelbagai..erk larikkkkkk)

    just enjoy ur work n think positive!wahh..terlebih sudah!
    aku pun tak lama lagi jadi mcm ko gak..aiii camner la ekkk!

    p/s besarkan font ko bley tak..kecik mata aku nk baca bahhhh!

    ReplyDelete
  5. luahan perassan alis menyedarkan akak..betapa susahnya jadi cikgu...
    kepada semua warga guru, terima kasih atas jasa dan pengorbanan mendidik anak bangsa..insya allah,semua ilmu yang dicurahkan itu mendapat balasan setimpal dari Allah..banyak pahalanya tu. :)

    ReplyDelete

WE KNOW EACH OTHER SINCE 1996

Daisypath Anniversary tickers

Our anniversary

Daisypath Anniversary tickers